Hidup ni tak selalunya cerah...tak selalunya indah seperti yang diimpikan... Impian yang diidamkan tak semestinya mampu dicapai...
Sama juga dalam soal hati dan perasaan... Tanpa diduga, boleh saja tiba-tiba hati dilukai.... Tapi, hidup mesti diteruskan. Bak lirik lagu, "dunia belum berakhir, bila kau putuskan aku..."
Tapi tak dinafikan, sakitnya tuh di situ, di dalam hati... Luka di jari nampak berdarah... Luka di hati, siapa yang tahu... Ada yang macam hilang separuh dari dirinya bila cinta yang diimpikan putus di tengah jalan...
Sakit
yang takkan ada sesiapa yang mengerti... Tapi berbaloikah hidup hanya untuk
disakiti? Berbaloikah hidup hanya untuk meratapi pemergian orang yang langsung
tak menghargai kita? Yes, Hana tak faham sakit yang korang rasa. Hana takkan
mengerti. Hanya orang yang melaluinya sahaja yang mengerti. Tapi walau siapa
pun kita, perlu bangkit! Perlu ubat hati yang terluka tu. Biar walau banyak
mana parutnya
Jadi
macam mana? Baik, kat sini Hana share sikit benda-benda yang boleh kita buat
untuk ubat hati kita yang sedang parah tu, and insya-Allah akan menjadi insan
yang lebih bahagia. Tanpa perlu membalas dendam pada si dia yang pernah
mengecewakan kita....huhuhu
1.
MENGADU PADA ALLAH
1st of all, mesti dan mesti, mengadulah
pada yang lebih mengenali, mengerti dan memahami kita melebihi yang diri kita
sendiri. Dialah Allah yang memegang hati-hati kita. Tuhan sekalian alam. Dialah
yang menciptakan kita, yang sentiasa ada untuk kita walau di saat seluruh dunia
meninggalkan kita, tapi Dia tak pernah tinggalkan kita walau kita sendiri cuba
untuk lari daripada-Nya. Mengadulah, menangislah sepuas hati. Sesungguhnya Dia
Maha mendengar. Mohon darinya petunjuk dan ketenangan. Insya-Allah Allah tak
akan mengecewakan doa hamba-Nya yang beriman. Perbanyakkan ibadah kita. Mohon ampun,
solat taubat. Mana tahu, musibah yang kita terima ni sebenarnya sebagai
pembalasan dosa atas segala dosa yang kita lakukan. Dengan mengadu pada Allah,
insya-Allah kita akan merasai ketenangan yang sebelum ini kita tak rasa dengan
manusia. Insya-Allah, dengan kita cuba rapat dengan Allah, kita akan berubah
jadi mukmin lebih baik. Itu yang lebih dan teramat bagus!
2.
MENGADU PADA
KELUARGA/TEMAN RAPAT
Tak dinafikan, kita sebagai manusia
sentiasa ingin untuk didengari. Jadi mengadulah dan minta nasihat daripada
orang yang rapat dengan kita. Ingat, pilihlah yang boleh dipercayai. Insya-Allah,
mereka akan cuba untuk menenangkan kita. Mungkin dengan cara menasihati kita
atau dengan cara membawa kita beraktiviti supaya hilang kesedihan kita. Jangan mengurung
diri keseorangan, nanti bertambah stress kita.
3.
PENUHI MASA DENGAN
HOBI YANG BERMANFAAT
Baik, setiap orang mesti ada hobi
masing-masing kan? Mungkin selama awak semua hangat bercinta, semua jarang
melakukan hobi-hobi ni. Cuba ubatkan hati dengan buat hobi-hobi yang digemari. Contohnya
membaca, bersukan, menjahit dan lain-lain. secara tak langsung, ia akan improve
ur skills. Mana tahu, boleh jana pendapatan tambahan dengan hobi-hobi ni.
Contoh, kalau awak pandai design in photoshop, illustrator dan lain-lain, kalau
pandai, boleh a=diupah untuk buat design orang. Design kad kahwin ke (jangan
nangis plak buat design kad kahwin orang...huhu). tak pun, kalau minat
photography, bleh diupah untuk photoshoot orang (pesanan sama, jangan nangis
kalau photoshoot orang kahwin..hihi). tak pun, kalau pandai menjahit, boleh la
berdiy buat cenderahati untuk dijual, or jahit baju or tudung. Awak semua mesti
lagi tahu kehebatan masing-masing kan?
4.
SIBUKKAN DIRI DENGAN
KERJA/STUDI
Orang kata, bila kita sibuk, kurang la
sikit masa untuk kita layan perasaan sedih kita tu kan?walaupun sebenarnya bila
dalam penat-penat tu, kadang-kadang kita akan teringat jugak si dia. Takpe,
lumrah la tu. Mana boleh sehari terus lupa kan? Kita bukannya robot boleh
diset-set perasaan. Walaupun, akan teringat jugak, tapi at least, masa kita
dalam sehari tu, kita guna sikit je untuk teringat kat dia yang sakitkan hati
kita tu, sebab banyak masa dah digunakan untuk kerja/studi. Mana tau, dengan
effort kita kat tempat kerja or dalam studi ni, kita cepat naik pangkat ke,
ataupun cemerlang dalam pelajaran? Untung kat kita jugak kan?hehe
5.
PART TIME JOB
Untuk siapa yang masa kerja/belajarnya
tak banyak sangat, boleh la try buat part time job. At least awak busy sket and
dapat jana pendapatan. Yeay! Tak kisah la, mengajar tuisyen ke, bisnes ke? Up to
u, yang korang rasa sesuai. Sebabkan Hana cikgu, so Hana lebih suka mengajar
home tuition la...hehe
6.
BERSATU DENGAN ALAM
Perasan tak, kalau kita lihat alam, kita
akan rasa lebih tenang? Masa belajar dulu, Hana bila rasa stress, suka jogging
and then suka baring je atas padang tu, tengok langit... Untung dulu sebab ada
padang untuk perempuan je. So boleh la sesuka hati nak baring kan?hehe... Bila
tengok pokok-pokok and langit, rasa macam tenang sangat. Nak lagi best, masuk
hutan or pergi taman or pusat rekreasi yang lagi banyak alam semulajadi. Dengan
high concentration of oxygen tu, Insya-Allah lagi rasa tenang... tapi kalau
masuk hutan, jangan la pegi sorang-sorang k...
7.
MELANCONG
Baik, kalau kat atas tadi, ada cara untuk
dapatkan duit, kat sini caranya menghabiskan duit pulak... haha.. Tak salah
kalau sesekali nak manjakan diri, pergilah melancong. Mana tahu, sebelum ni
awak ada simpan duit, konon nak kahwin. Tapi dah jadi macam ni, guna je la duit
tu untuk ubat hati korang kan? Pergilah melancong, bahagiakan diri...hehe. Tapi
takyah la habiskan semua duit simpanan tu, simpan jugak untuk masa depan k.
8.
SPA
Seronok tau kalau ada orang urut-urut
badan awak. Kaadng-kadang sampai tertidur. Secara tak langsung, badan awak akan
lebih relaks and akan hilang sikit tekanan yang awak hadapi. Tak percaya? Cubalah...hehe
(Hana bukan agent promote spa ye...hihi)
Hmmm... Setakat ni, tu je la yang
terfikir... Masa tengah drive tu, banyak je yang terlintas. Bila duk taip ni,
tak ingat pulak. Harap post ni dapat membantu mengurangkan rasa sakit di hati
korang. Sebab hidup kita terlalu berharga untuk dibazirkan dengan untuk meratap
pemergian orang yang tak sayang kita pun. Banyak lagi benda yang boleh kita
achieve dalam hidup ni. Jodoh tu memang perlu dicari, tapi tawakkal la pada
yang Maha Berkuasa. Insya-Allah akan datang orang yang terbaik buat kita. Yang penting,
kita perbaiki diri kita dulu rohani (ibadah, iman, dll) dan fizikal (rupa paras
n kesihatan).
No comments:
Post a Comment