CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Monday, November 15, 2010

Untuk terakhir kali...

Hmmmmm…. Nape ek, tetibe je Hana rasa macam cedey? Hmmm… maybe sebab ni post terakhir untuk tahun ni kot. Yela, lepas ni dah nak balik. Kat umah xde internet. So, xleh lg dh nak post artikel ke blog. Jadi, izinkan Hana merapu sket untuk post kali ni ek. =)

Ok... Sebenarnya Hana nak cepat ni... Sebab maybe nak keluar awal. Yela, sebenarnya xleh balik lagi ari ni, kena balik esok, tapi faham-faham aje la, nak rayani. Tiket pun laju je abes. Sebab tu la nak balik ari ni. Tapi pihak HEP nak tahan jugak sape yang nak balik ari ni. Ni tengah fikir camne nak lepas pintu pagar ni. Sepatutnya dyorg faham la kan? Susah kot kalau duk jauh. Tapi entahlah... malas Hana nak komen banyak-banyak. Time camni la teringat-ingat PK HEM kat sekolah dulu. Dye tegas, tapi sangat-sangat memahami. Sudah la, kita tukar topik la pulak. Boring kalu cakap sal HEP kat sini.

Hmmm... Paper PI 2 tadi xde la susah sangat. Biasa je la. Tapi banyak yang Hana baca x masuk. Pasal tamadun sikit je. Yang banyak sal Ulum Hadis n Akhlak. Mujur la Akhlak bleh goreng. Ulum tu xleh goreng la, tapi mujur la dah baca walaupun Hana baca tajuk tu sebelum paper PI 1 dulu. Alhamdulillah ingat lagi. Hehe...

Sem 3 ni rasa macam laju sangat. Sekejap je dah nak abes. Tahun depan insya-Allah Hana akan melangkah ke degree. Finally!!! Dulu dah nk masuk degree (lps matrik) course Kimia Gunaan, tapi sebelum bertolak ke u, dapat tawaran sini lak. So, fikir punyer fikir, istikharah pe sumer, Hana akhirnya decide ke sini. So, foundation lagi setahun setengah. Jadi, kalu panjang umur, insya-Allah tahun depan baru Hana amek degree. Syukur sebab berjaya menghabiskan PPISMP ni. rasanya Hana xde la bermasalah sangat kot. hehe... Harap-harap result sem 3 ni tinggi. Hana memang lebih fokus sem ni, starting awal sem lagi dah (walaupun orang tengok Hana cam main2...hahaha)

Banyak suka duka yang Hana dah lalui sepanjang PPISMP ni. Ada suka, ada duka. Semuanya bermain kat mata Hana. Entah la, tetibe jadi cam touching lebih lak. Rasa sayang pada classmate, roomate tersayang, Aida dan kawan-kawan lain semakin bertambah. Hana tak tau nak explain camne. Roomate Hana baik sangat kat Hana. Selalu kejut Hana bangun Subuh...heheh... Dia banyak memahami Hana la, walaupun kitorang bukan dari klas n course yang sama. Walaupun kami banyak berbeza, tapi kami still mampu hidup sama-sama. Kalau boleh, tahun depan xnak tukar roomate...huhu.. Kawan-kawan pun banyak tolong Hana.Entah la, sebak ni...

with my roomate....

Banyak yang Hana belajar daripada sikap orang lain, daripada pemerhatian Hana. Entah la, Hana rasa cam makin matang sket. Mungkin sebab umur dah 20 kot. Hana selalu cuba memahami orang lain, tapi kadang-kadang tu Hana still lagi emo. I'm still learning. So, harap kawan-kawan sabar dengan kerenah Hana ek. Hana sentiasa cuba untuk membuang sikap buruk Hana especially emo n agak hot temper. Harap2 la Hana akan berubah menjadi lebih baik. Amin... Hana akan cuba untuk menerima kekurangan dan kelebihan orang-orang di sekeliling Hana.

Pernah sekali, sorang classmate Hana cakap Hana ni agak perfectionist. Iye ke? X pernah pulak Hana perasan. dia ckp, kalau Hana ditugaskan dengan apa-apa tanggungjawab, Hana akan try wat yg terbaik. Sebab tu la orang slalu lantik Hana dengan jawatan yang penat2 (contohnya s/u). Yeke??? Hana x pernah berniat gitu sebenarnya. (bukannya Hana nak sangat pun jawatan2 tu...penat, tapi orang selalu lantik. Hana pulak jenis ylang x reti nak tolak wlpn sebenarnya Hana memang rasa xnk sbb dh byk sgt jawatan). Entah la...Tapi Hana ni jenis akan cuba yang terbaik dalam setiap tugasan Hana, tapi bukan berniat untuk menjadi perfectionist... Entah la, setiap pandangan orang berbeza.. Mungkin sebabtu Hana akan mudah hangin kalau pasangan Hana dalam membuat sesuatu kerja tu ambil sambil lewa je tentang tugas tu.

Hmmm... Cuti ni Hana plan nak sambung wat lesen P untuk kete n moto. Harap2 la lulus. Kalau x, susah nak kena ulang-alik lagi. One more, Hana ni xde duit sangat. Kalau lulus, Hana nak simpan duit untuk beli motor lak tahun depan. Biasa la, kena sikit2 sebab semua tu Hana kumpul duit elaun. Rasa perit gak r nak jimat. But I have to sebab xnk susahkan mak ayah. Hana bukan orang senang. I always remember that.

Kat sini, Hana nak minta maaf banyak2 kat semua, kalau artikel yang Hana post tu membawa keburukan kepada korang. Membuang masa korang. Hana nak minta maaf gak kat family Hana (kalau satu ari terjumpa blog Hana). Hana banyak buat silap kat semua. Hana ni sangat mudah touching sebenarnya. Hana ni manja sebenarnya n selalu inginkan perhatian. Tapi Hana terlalu memendam n agak pendiam kat umah. Hana minta maaf atas segalanya. Doakan Hana, semoga semua berjaya di dunia dan akhirat. Jangan abaikan aurat dan solat. Semoga kita semua diberkati Allah. Hana sayang semua.

Kepada classmate n kawan-kawan Hana kat mana je korang semua. Kalau la korang terjumpa blog Hana ni, Hana pun nak minta maaf sangat-sangat ek. kalau ada dosa korang kat Hana, Hana maafkan kalau la umur Hana dah x panjang. Terima kasih sangat-sangat atas segalanya, sebab mengajar Hana erti hidup. Hana sayang sangat korang semua. Semua kawan Hana sejak tadika sampai sekarang. Hana takkan lupakan korang, walaupun korang mungkin dah lupakan Hana.

Hmmm... pe la yang Hana merapu ni? Macam wasiat terakhir lak..hehe... okey la... doakan Hana selalu ek... =)

Sunday, November 14, 2010

REFORMASI PENTADBIRAN ZAMAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Hmmm... Actually, Hana nak tulis benda ni tadi, tp ada perjumpaan blok pulak. Then sakit kepala, cam nak demam. Disebabkan esok nak exam, so, Hana gagahkan diri untuk telan la panadol sebijik (kalau x, jgn harap nak makan ubat).
Ok, Hana nak citer sket sal reformasi pendidikan zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ni. Dengar citer masuk exam esok. Tapi jangan percaye sgt tau. Setakat ni, soalan spot bukannya masuk sangat. Kalau x masuk pun, korang leh r gunakan sebagai rujukan or penambah ilmu kan? Kalau memang dah sedia tau, boleh la sebagai peringatan. hehe...


Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah cucu kepada saidina Umar Bin Al-khatab. Beliau dilantik sebagai ke-6 Bani Umayyah. Beliau mempunyai pekerti yang sangat mulia dan merupakan seorang yang zuhud. Setelah dilantik sebagai khalifah, banyak perubahan dan reformasi yang telah dilaksanakannya untuk kebaikan Islam dan rakyatnya walaupun hanya sempat memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Beliau wafat akibat diracun kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahannya yang telus dan menolak kezaliman.

REFORMASI 1 : Memecat pegawai-pegawai/ wali-wali yang zalim atau tidak cekap dan menggantikannya dengan orang yang lebih baik dan berkelayakan.
Umar Bin Abdul Aziz telah menyelia segala tindakan yang dibuat oleh wali-walinya. Beliau memerhatikan setiap kemungkaran dan tabiat buruk wali yang menindas rakyat dengan kezaliman. Beliau menggantikan tempat wali yang zalim dengan wali yang baik akhlak dan budi pekertinya. ketegasan pendiriannya dalam menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya dengan menjalankan hukum-hukum yang hak termasuk memecat gabenor-gabenor yang tidak berkelayakan adalah sama seperti mendirikan solat dan membayar zakat.

REFORMASI 2 : Penubuhan Baitul Mal dan mengembalikan harta yang tidak sah ke dalam baitul Mal
Sifat amanah yang tinggi mendorong umar Bin Abdul Aziz untuk berlaku adil terhadap semua pihak baik kepada dirinya, keluarganya mahupun kerabatnya yang dekat sekalipun. Sebagai contoh, beliau menjual tenda-tenda yang diberikan kepada beliau di atas pelantikan sebagai Khalifah dan wang tersebut dimasukkan ke dalam Baitul Mal. Begitu juga kuda-kuda yang dihadiahkan kepada beliau sewaktu diangkat sebagai khalifah, beliau menolak untuk menggunakan kuda-kuda tersebut sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri. harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitu Mal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas sebab, ia adalah harta rakyat. segala bentuk jamuan dalam negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan. Beliau merampas kembali harta yang diseleweng oleh pegawai dan mengembalikannya kepada baitul mal.

REFORMASI 3: Menghapuskan amalan nepotisme dan mengembalikan sistem syuraa.
Beliau menurunkan darjat kaum kerabatnya sendiri sekiranya mereka tidak mampu menegakkan keadilan dan memerintah berunsurkan tipu daya. beliau mengembalikan semula sistem syuraa dan mengambil kira pendapat rakyatnya yang bernas dan tepat dan beliau sangat tidak mahu menyusahkan rakyatnya. syuraa benar-benar hidup di zamannya menggantikan sistem nepotisme yang bersifat diktator.

REFORMASI 4: Mengubah dasar kerajaannya dengan mementingkan kebajikan rakyatnya.
Sebelum pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, sistem pemerintahan hanya tertumpu pada pungutan hasil cukai dan pembangunan material sahaja dan tidak mementingkan pembangunan rohani dan keagamaan. Namun, beliau menukar dasar dengan mementingkan kebajikan rakyatnya dan mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama sehingga sangat sukar untuk berjumpa fakir miskin yang berhak untuk menerima zakat.

REFORMASI 5: Mengubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata
Zaman pemerintahan khalifah sebelumnya amat mementingkat hal-hal duniawi dan ada yang bercanggah dengan hukum agama. Perkara-perkara tersebut menjadi bualan rakyat jelata. jadi beliau merubah sistem pemerintahan dengan mementingkan perkara ukhrawi dan ilmu sehingga tajuk yang menjadi perbualan utama pada zamannya ialah tentang solat, doa dan ibadah serta peningkatan ilmu.

REFORMASI 6: Penubuhan jabatan awam (dewan)
penubuhan ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai. antara jabatan yang ditubuhkan ilah jabatan ketenteraan, jabatan pengaduan awam dan lain-lain.

REFORMASI 7: Pembaharuan dasar berkaitan sistem percukaian, tanah dan taraf kaum hamba.
Beliau telah memansuhkan undang-undang cukai tanah kerana ia membebankan para petani. Beliau juga meningkatkan juga taraf kaum hamba dengan membela nasib metreka yang ditindas. Gaji buruh juga dinaikkan sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan. Beliau juga menghapuskan cukai jizyah yang dikenakan kepada orang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

REFORMASI 8: Pengenalan sistem kalendar Islam
Beliau telah memperkenalkan satu sistem kalendar Islam yang mengikut peredaran bulan mengelilingi bumi bermula dengan detik penghijrahan Nabi. Sistem kalendar ini membantu Umat Islam terutamanya dalam menentukan awal Ramadhan dan Syawal.

REFORMASI 9: Perumusan kod etika bagi pemimpin, hakim dan tentera.
Ianya bertujuan untuk mengelakkan pemimpin, hakim dan tentera menyalahgunakan kuasa mereka kerana ia akan menindas rakyat.

REFORMASI 10: Pembinaan bandar dan kemudahan infrastruktur
Antara bandar yang dibangunkan ialah Basrah, Kufah, Fustat dan lain-lain. Selain itu, kemudahan infrastruktur seperti sekolah dan hospital turut dibina bagi memudahkan rakyat. Beliau juga membesarkan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram agar dapat menampung lebih ramai jemaah untuk solat.

REFORMASI 11: Peningkatan ilmu
Beliau telah mengarahkan cendikiawan Islam untuk menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan berbagai lagi bidang ilmu daripada Bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam Bahasa Arab agar memudahkan umat Islam mempelajarinya. Beliau juga banyak membina sekolah agar semua rakyatnya berpeluang untuk menuntut ilmu.

REFORMASI 12: Dakwah dan syiar Islam
Beliau menitik beratkan penghayat agama dalam kalangan rakyatnya. Beliau memerintahkan rakyatnya agar mendirikan solat secara berjemaah di masjid. Beliau juga menjadikan masjid sebagai tempat untuk mempelajari hukum-hukum Islam sebgaimana pada zaman Rasulullah dan Khalifah Arrasyidin. Beliau turut memerintahkan Muhammad Bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah untuk mengumpul dan menyusun hadis-hadis Rasulullah. Beliau juga menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara dan beberapa orang lagi pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar untuk mengajak mereka memeluk Islam. Selain itu, beliau juga telah menghapuskan cacian terhadap saidina Ali dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci Al-Quran. Ini kerana, Saidina Ali dan keluarganya adalah antara insan mulia yang banyak membantu Rasulullah dalam perjuangan Islam dan sebagai umat Islam, tidak berhak mencaci mereka.

Saturday, November 13, 2010

ILMU QIRAAT


DEFINISI ILMU QIRAAT

Qiraat berasal daripada perkataan “qaraa”, “yaqrau”, “qiraah” yang membawa maksud wajah-wajah bacaan. Manakala, dari segi istilah pula, ilmu qiraat bermaksud cara bacaan yang dinisbahkan kepada beberapa imam qiraat. Manakala maksud ilmu qiraat yang kedua ialah wajah atau bacaan tertentu yang terdapat pada kalimah tertentu yang berhubung sanadnya terus kepada Rasulullah.

SEJARAH ILMU QIRAAT

Al-quran merupakan kalam yang diturunkan kepada Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibrail secara mutawwatir dalam Bahasa Arab, bermula dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah Al-Nas, dan membacanya adalah suatu ibadah. Al-quran ialah sebuah kitab samawi terakhir yang diturunkan oleh Allah, dan ia telah dijanjikan oleh Allah bahawa ia merupakan sebuah kitab yang lengkap dan relevan serta terpelihara sehingga hari qiamat.

Jibril merupakan malaikat yang ditugaskan untuk menyampaikan dan mengajarkan wahyu Allah ini kepada Nabi Muhammad. Berbekalkan ilmu tersebut, Rasulullah mengajarkan pula ilmu qiraat kepada para sahabat sebagaimana yang telah diajarkan oleh malaikat Jibrail. Terdapat berbagai wajah bacaan yang telah Nabi Muhammad ajarkan kepada sahabat-sahabatnya mengikut kesesuaian individu yang menerimanya kerana malaikat Jibrail mengajarkan Al-Quran dalam sab’ah ahruf (tujuh huruf) kepada Nabi Muhammad.

Kemudian, para sahabat mengajarkan pula ilmu qiraat kepada para tabi’in, tabi’in pula mengajarkan kepada tabi’ tabi’in. tabi’ tabi’in ini pula bukanlah semestinya orang arab. Mereka terdiri daripada berbagai bangsa seperti asad. Qis, tamim dan sebagainya. Dengan perkembangan ini, pasti sahaja timbul berbagai lahjah lafaz atau bahasanya. Justeru, memreka memilih untuk mengambil jenis qiraat yang dibawa oleh imam-imam qiraat iaitu yang diambil daripada rasulullah mengikut kesesuaian lidah dan lahjah masing-masing.

Terdapat juga usaha keji pihak tertentu yang cuba mereka-reka qiraat baru yang mana tidak pernah sekalipun diajarkan oleh Baginda Rasulullah. Usaha mereka ini bertujuan untuk meruntuhkan martabat Al-Quran atau untuk kepentingan tertentu. Namun, usaha ini dikekang oleh para ulama’ pada waktu tersebut yang sangat menjaga dan memelihara kesucian Al-Quran. Tambahan pula, Allah pasti tidak memungkiri janji-Nya untuk memelihara Al-Quran sehingga hari qiamat.

RUKUN-RUKUN QIRAAT

1- Muafakat wajah ilmu nahu

Jika terdapat bacaan qiraat di dalam Al-Quran yang bermuafakat dengan kaedah penulisan ilmu nahu walaupun dalam satu wajah, ia akan dikira sah dalam Bahasa Arab. Dalam erti kata lain, ia mestilah menepati kaedah nahu Bahasa Arab.

2- Terdapat di dalam Resam Uthmani

Resam Uthmani memenuhi segala qiraat yang sahih dan menjaga kedudukan beberapa qiraat yang berada di dalam satu lafaz.

3- Isnad yang sahih

Qiraat ini mestilah yang diterima secara mutawwatir sejak zaman Rasulullah. Jika tidak, ia tidak akan diterima, kerana malaikat Jibrail telah membuat penyemakan terakhir dengan Rasulullah sebelum Baginda wafat. Jadi, qiraat yang diterima secara mutawwatir sejak zaman rasulullah adalah sahih sebagai jenis qiraat yang telah malaikat Jibrail ajarkan kepada Rasulullah. Jika kesahihan qiraat tersebut datangnya daripada Rasulullah pun masih diragui (tidak mutawwatir), apatah lagi kesahihan ianya diajarkan oleh malaikat Jibrail lebih-lebih lagilah diragui.

Wednesday, November 10, 2010

KONSEP SYAHADAH

Waaaaa..... debaran untuk jawab paper esok sudah mula Hana rasai. Actually, last week dh jawab 2 paper, tapi gap 2nd paper dgn 3rd paper ni lama sangat. So, mula la mood study tu menerawang ke lain. Tengok movie kat lappy la (padahal movie tu hajatnya nak simpan untuk cuti ni...hahahaha). Then, bila dh dekat dgn exam 3rd paper ni, mula la menggelabah. Rupanya banyak lagi yg x baca, terutamanya Resam Uthmani. Bukannya apa, Ustazah sempat ajar sejarah bla..bla.. Ustazah pesan suh baca something yang ustazah bagi. Bila baca, baru la perasan, rupanya kaedah penulisan Resam Uthmani tu banyak giler. Waaa.... T_T
tapi, dalam debaran macam ni pun, still lagi leh bukak emel n blog. hahaha... Hmmmm...Hana bukan nak share note sal Resam Uthmani dalam post kali ni (mana bleh share benda yang kita sendiri x faham. Kang, kalu silap maklumat, susah pulak kan?). Hana nak share pasal note aqidah lagi. Entah la, sem ni macam terlebih rajin catat nota sal aqidah n tamadun. Sebabnya lecturer yang ngajar subjek ni mmg sgt rajin n nak yang terbaik kot. Nak assignment baik punyer. So, kena la jadi rajin lebih sket kan?




DEFINISI KONSEP SYAHADAH

Bahasa:

1- Ilmu

2- Penerangan

3- Perkhabaran

4- Kenyataan

Oleh itu, org yg bersyahadah dipanggil saksi atau naik saksi kerana ia mengkhabarkan atau memberitahu akan kesaksiannya

Makna:

Memberi makna pengakuan atau pengiktirafan atau kepercayaan.

Jadi seseorang yg bersyahadah memang mempercayai dan berkeyakinan akan kebenaran sesuatu yg disaksikan. Tegasnya mesti mempercayai apa yg disyhadahkan.

Menurut dr. abdul karim zaidan: pengkuan, peberitahuan dan keterangan (pernyataan). Sebab itulah org yg menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi, kerana dia memberitahu akan apa yg diketahuinya.

Menurut sulaiman yasin (ukm): lafaz yg khusus yg diucapkan oleh seseorang utk mengkhabarkan apa yg berlaku dalam diri seseorang tentang ilmu, keyakinan akan mewujudkan zat Allah, ketunggalan dan keesaan Allah.

KANDUNGAN KALIMAH SYAHADAH:

-persetujuan

Setuju akan keesaaan Allah dan apa yg disampaikan oleh rasulullah

-Pengakuan

-keyakinan

* Asas terpenting dalam Islam

* Rukun pertama rukun Islam

* Kunci penerimaan amalan

* Pengisytiharan kemasukan

KEPENTINGAN SYAHADAH:

* Pintu masuknya Islam

* Intisari ajaran Islam

* Dasar2 perubahan menyeluruh – kepercayaan, cara hidup, sikap

* Hakikat dakwah para rasul

* Keutamaan yg besar

* Sahnya iman

* Kesempurnaan iman

* Membezakan muslim n kafir

6:122

122. dan Adakah orang Yang mati (hatinya Dengan kufur), kemudian Kami hidupkan Dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) Yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan dapatlah) ia berjalan Dengan suluhan cahaya itu Dalam masyarakat manusia, (adakah orang Yang demikian keadaannya) sama seperti Yang tinggal tetap di Dalam gelap-gelita (kufur), Yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang Yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang Yang kafir itu akan keelokan apa Yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan Segala jenis maksiat).

33:23

z

23. di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.



21:25

!

25. dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku".


18;110

ö

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

PERINGKAT SYAHADAH

1. Mencintai Allah

2:165

š

165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

2. Redha kepada Allah

2:207

š

207. dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

3. Celupan Allah

2:138

s

138. (Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".

metodologi Al-Qur’an menerapkan aqidah

Ni sebenarnya sambungan post sebelum ni la. Ni pun note dalam kelas gak. K, xnk merapu panjang, sebab banyak lagi x study. Selamat membaca la ye...


Metodologi ketiga: mendedahkan kepercayaan yang batil dan isbatkan kebatilan

* Mendedahkan ajaran Dahriyyun atau atheis. (mereka x percaya tentang wujudnya tuhan)

(

24. dan mereka berkata: "Tiadalah hidup Yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah Yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

(surah al-jathiyah: 24)

* Mendedahkan tentang kebatilan penyembahan kepada alam. Alam itu contohnya bulan dan matahari hanyalah makhluk ciptaan Allah. Allah lah yang berkuasa menciptakan segala yang ada di bumi dan di langit. Patutkah kita menyembah makhluk ciptaan Allah?

ô

37. dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.

Surah al-fussilat: 37

* Membuktikan bahawa menyembah berhala itu hanyalah amalan yang sia-sia, kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan mahupun keburukan. Sedangkan berhala itu sendiri diciptakan oleh manusia sendiri. Perlukah menyembah barangan yang manusia sendiri hasilkan? Adakah tuhan hanya selemah itu?

(

3. dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda Yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, Yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi); dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan, atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk Yang telah mati.

Surah al-furqan: 3

Metodologi keempat: membentangkan aqidah yang benar dan isbatkan kebenarannya.

* Orang yang berilmu pasti akan dapat merasai kewujudan Allah

yÃŽ

18. Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah aali-imraan: 18

* Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, pasti akan mendapat balasan di akhirat kelak.


136. Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh.

Surah an-nisa’: 136

* Segala yang berlaku di dunia dan alam semester ini adalajh dalampengetahuan Allah dan dengan izin Allah. Tanpa izin Allah, walau kita berusaha sekeras mana pun, pasti kita tidak akan berjaya. Tetapi, jika Allah mengkehendaki sesuatu, cukup hanya dengan berkata “jadi”, maka jadilah ia.

59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata.

Surah al-an’am: 59

Monday, November 8, 2010

AL-QUR'AN MEMBEBASKAN AKAL DARIPADA PAKSAAN DAN TAKLID

Hmmmm.... sempena exam yang sedang berlangsung ni, Hana nak share la salah satu benda yang Hana tengah study ni. kot-kot la boleh korang gunakan suatu hari nanti..hehe
Tapi, Hana nak warning awal-awal, ayat yang Hana taip tu x skema. Kalau exam BM masa SPM, memang x lulus la. Bukan pe, tu notes yang Hana catat dalam kelas, x sempat la nk tulis ikut skema kan. Now, x sempat la pulak nak edit, sebab byk lagi nak study untuk exam. Tapi xpe, korang faham kot. macam la korang x penah tulis short form kan?hehe..


Kedudukan akal dlm Islam

· trdapat 49 kali word ‘akal’ dalam AQ

· akal mendapat kedudukan yg tinggi dlm Islam

· slh 1 dr 3 cara utk mmproleh ilmu

· menurut Imam Al-Ghazali, akal adlh tmpt di mana ilmu berkembang.

· bezakan manusia dgn haiwan

· jatuh martabat manusia lebih rendah dr haiwan jika berkelakuan buruk dgn tidak menggunakan akal sebaik-baiknya atau membuat perkara yg merosakkan akal.

Tingkatan dan pemikiran masyarakat

· glgn terpelajar dan berilmu pengetahuan

· glgn sederhana

· dlgn masyarakat awam

-cari surah n ayat “adakah sama org yg berilmu dan x berilmu?”

Taklid dalam akidah

· surah Al-Isra’ ayat 36:

36. dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.

· Kata2 imam Al-Syatibi (meninggal 790H)

“maka wajib bg kita utk mengikut org yg terhalang drp kesilapan (maksudnya Rasulullah SAW) dan berhenti dr mengikut sesiapa yg tidak terhalang drp kesilapan apabila melihat kekeliruan pd ikutan tersebut. Bahkan kita bentangkan apa yg dtg drp para imam kpd Al-Kitab dan assunnah. Apa yg keduanya terima, maka kita terima, dan apa yg keduanya tidak terima, kita tinggalkan.”

(Al-Syatibi, Al-I’tisam, m/s 165. Beirut: Dar al-Kitab al-‘arabi)

Dalil mengenal Allah

· Surah Al-Ikhlas ayat 1-3

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

· Surah al-Baqarah ayat 255

255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

2-menggunakan akal untuk berfikir dan menganalisa alam nyata

Al-Qur’an mengarah akal berfikir dan menganalisa alam ciptaan Allah

Cth:

i. Tentang kejadian alam

ii. Tentang kejadian manusia

43. tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? selepas itu Engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) Yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa Yang dikehendakiNya. sinaran Kilat Yang terpancar dari awan Yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Surah An-Nur: ayat 43

  • Para pengkaji sains mengkaji menerusi Al-Qur’an.
  • Kita kena kembali kepada Al-Qur’an
  • Segala yang berlaku mengikut aturan Allah

4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).

Surah At-Tin ayat 4

  • Kita ni istimewa sbb ada akal
  • Guna akal utk fikir dan analisa kita ni ciptaan Allah
  • Menafikan dakwaan sains charles darwin
  • Ada cara2 kejadian manusia

21. tidakkah Engkau memerhatikan, Bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatmu berupa kuning; kemudian ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna.

Surah Az-Zumar ayat 21

  • Kehebatan ciptaan Allah ini takkan dapat kita lihat tanpa kita lihat dan berfikir.

PERANAN AKAL

1- Membezakan antara yang haq dan yang batil

2- Menentukan tindakan seseorang

3- Berfikir tentang kejadian makhluk

4- Meningkatkan iman dan amal seseorang supaya bahagia di dunia dan akhirat

Sumber untuk kita berfikir

1- Wahyu dan syariat Islam

-kemampuan akal terbatas kerana x dpt mencakupi perkara2 ghaib melainkan apa yg diberitahu oleh Allah

2- Akal fikiran

-dpt membezakan perkara yang baik dan buruk

3- Bukti2 kajian saintifik

-dpt meneroka ilmu praktikal

4- Maklumat dan fakta yang benar dan tepat

-mewujudkan disiplin ilmu yg memberi manfaat

5- Matlamat yang jelas

-berfikir lebih fokus dan terancang

Adab berfikir dalam Islam

1- Berfikir perkara kebaikan

2- Berlandaskan AQ dan sunnah

3- X memudaratkan org lain

4- Berdasarkan buah fikiran yg baik dan bernas

Cara berfikir menurut Islam

* Mengetahui batasan dan kemampuan akal

-xleh fakir zat Allah, roh

* Mengetahui tujuan berfikir

* Mengetahui perkara yg difikirkan

-bkn berkhayal

* Mengetahui cara mencapai matlamat

* Mengetahui risiko yg akan berlaku

Cara berfikir yang x beradab

* Berfikir perkara maksiat

-zina, raba org

* Berfikir cara yang membawa kemudaratan diri, keluarga dan masyarakat

-nk bunuh diri camne, minum racun ke, terjun bangunan ke

* Berfikir untuk menyesatkan seseorang dari kebenaran

-ayah pin, tuan haji kahar, asyaari, yahudi, kristian

* Berfikir sesuatu yang boleh merosakkan aqidah

-Allah tu ada ke?, arasy katne?, apa itu roh?, nape takdir tu mcm ni?

Akibat berfikir yg x beradab

* X dpt petunjuk Allah

-jauh dari kebenaran, makin sesat

* X dpt keputusan yg baik

-bila hati dah gelap, ilmu susah nak masuk, so x pandai la.

* Keputusan dan tindakan akan gagal

-keputusan kita dlm sesuatu perkara tu x betul sbb Allah x berkati hidup kita. Nak wat keputusan pun, hati x tenang, x dpt membezakan antara yg haq dan batil

* Mendatangkan kesusahan kpd org lain

-segala keputusan yang kita buat, akan berkait jugak dgn org lain cthnye keluarga dan masyarakat. Mencuri ke, dadah ke

* Akan dibenci orang

-bila kita buat kejahatan, mesti la orang x suka. Cthnye pemimpin yg zalim

Hikmah berfikir menurut Islam

* Dpt menghindarkan unsur negative

* Pro aktif dan berdaya maju

-buat sesuatu yg +ve tanpa disuruh2

* Memantapkan iman

* Dapat menghindarkan unsur khurafat

-lenggang perut, incak, bomoh

* Dpt menceburi bidang baru

* Menyedari kekuasaan dan kebesaran Allah

* Boleh menyelesaikan masalah

* Dihormati dan disanjung masyarakat


Ulul albab-pandai dan menggunakan akal secara rasional, beradab dan berpandukan Al-Qur’an dan As-Sunnah, menghasilkan buah fikiran yg menguntungkan org lain, berlandaskan syariah, dan dpt mendekatkan diri kpd Allah.