CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Wednesday, November 10, 2010

KONSEP SYAHADAH

Waaaaa..... debaran untuk jawab paper esok sudah mula Hana rasai. Actually, last week dh jawab 2 paper, tapi gap 2nd paper dgn 3rd paper ni lama sangat. So, mula la mood study tu menerawang ke lain. Tengok movie kat lappy la (padahal movie tu hajatnya nak simpan untuk cuti ni...hahahaha). Then, bila dh dekat dgn exam 3rd paper ni, mula la menggelabah. Rupanya banyak lagi yg x baca, terutamanya Resam Uthmani. Bukannya apa, Ustazah sempat ajar sejarah bla..bla.. Ustazah pesan suh baca something yang ustazah bagi. Bila baca, baru la perasan, rupanya kaedah penulisan Resam Uthmani tu banyak giler. Waaa.... T_T
tapi, dalam debaran macam ni pun, still lagi leh bukak emel n blog. hahaha... Hmmmm...Hana bukan nak share note sal Resam Uthmani dalam post kali ni (mana bleh share benda yang kita sendiri x faham. Kang, kalu silap maklumat, susah pulak kan?). Hana nak share pasal note aqidah lagi. Entah la, sem ni macam terlebih rajin catat nota sal aqidah n tamadun. Sebabnya lecturer yang ngajar subjek ni mmg sgt rajin n nak yang terbaik kot. Nak assignment baik punyer. So, kena la jadi rajin lebih sket kan?




DEFINISI KONSEP SYAHADAH

Bahasa:

1- Ilmu

2- Penerangan

3- Perkhabaran

4- Kenyataan

Oleh itu, org yg bersyahadah dipanggil saksi atau naik saksi kerana ia mengkhabarkan atau memberitahu akan kesaksiannya

Makna:

Memberi makna pengakuan atau pengiktirafan atau kepercayaan.

Jadi seseorang yg bersyahadah memang mempercayai dan berkeyakinan akan kebenaran sesuatu yg disaksikan. Tegasnya mesti mempercayai apa yg disyhadahkan.

Menurut dr. abdul karim zaidan: pengkuan, peberitahuan dan keterangan (pernyataan). Sebab itulah org yg menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi, kerana dia memberitahu akan apa yg diketahuinya.

Menurut sulaiman yasin (ukm): lafaz yg khusus yg diucapkan oleh seseorang utk mengkhabarkan apa yg berlaku dalam diri seseorang tentang ilmu, keyakinan akan mewujudkan zat Allah, ketunggalan dan keesaan Allah.

KANDUNGAN KALIMAH SYAHADAH:

-persetujuan

Setuju akan keesaaan Allah dan apa yg disampaikan oleh rasulullah

-Pengakuan

-keyakinan

* Asas terpenting dalam Islam

* Rukun pertama rukun Islam

* Kunci penerimaan amalan

* Pengisytiharan kemasukan

KEPENTINGAN SYAHADAH:

* Pintu masuknya Islam

* Intisari ajaran Islam

* Dasar2 perubahan menyeluruh – kepercayaan, cara hidup, sikap

* Hakikat dakwah para rasul

* Keutamaan yg besar

* Sahnya iman

* Kesempurnaan iman

* Membezakan muslim n kafir

6:122

122. dan Adakah orang Yang mati (hatinya Dengan kufur), kemudian Kami hidupkan Dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) Yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan dapatlah) ia berjalan Dengan suluhan cahaya itu Dalam masyarakat manusia, (adakah orang Yang demikian keadaannya) sama seperti Yang tinggal tetap di Dalam gelap-gelita (kufur), Yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang Yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang Yang kafir itu akan keelokan apa Yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan Segala jenis maksiat).

33:23

z

23. di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.



21:25

!

25. dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku".


18;110

รถ

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

PERINGKAT SYAHADAH

1. Mencintai Allah

2:165

š

165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

2. Redha kepada Allah

2:207

š

207. dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

3. Celupan Allah

2:138

s

138. (Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".

No comments:

Post a Comment