CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Monday, November 8, 2010

AL-QUR'AN MEMBEBASKAN AKAL DARIPADA PAKSAAN DAN TAKLID

Hmmmm.... sempena exam yang sedang berlangsung ni, Hana nak share la salah satu benda yang Hana tengah study ni. kot-kot la boleh korang gunakan suatu hari nanti..hehe
Tapi, Hana nak warning awal-awal, ayat yang Hana taip tu x skema. Kalau exam BM masa SPM, memang x lulus la. Bukan pe, tu notes yang Hana catat dalam kelas, x sempat la nk tulis ikut skema kan. Now, x sempat la pulak nak edit, sebab byk lagi nak study untuk exam. Tapi xpe, korang faham kot. macam la korang x penah tulis short form kan?hehe..


Kedudukan akal dlm Islam

· trdapat 49 kali word ‘akal’ dalam AQ

· akal mendapat kedudukan yg tinggi dlm Islam

· slh 1 dr 3 cara utk mmproleh ilmu

· menurut Imam Al-Ghazali, akal adlh tmpt di mana ilmu berkembang.

· bezakan manusia dgn haiwan

· jatuh martabat manusia lebih rendah dr haiwan jika berkelakuan buruk dgn tidak menggunakan akal sebaik-baiknya atau membuat perkara yg merosakkan akal.

Tingkatan dan pemikiran masyarakat

· glgn terpelajar dan berilmu pengetahuan

· glgn sederhana

· dlgn masyarakat awam

-cari surah n ayat “adakah sama org yg berilmu dan x berilmu?”

Taklid dalam akidah

· surah Al-Isra’ ayat 36:

36. dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.

· Kata2 imam Al-Syatibi (meninggal 790H)

“maka wajib bg kita utk mengikut org yg terhalang drp kesilapan (maksudnya Rasulullah SAW) dan berhenti dr mengikut sesiapa yg tidak terhalang drp kesilapan apabila melihat kekeliruan pd ikutan tersebut. Bahkan kita bentangkan apa yg dtg drp para imam kpd Al-Kitab dan assunnah. Apa yg keduanya terima, maka kita terima, dan apa yg keduanya tidak terima, kita tinggalkan.”

(Al-Syatibi, Al-I’tisam, m/s 165. Beirut: Dar al-Kitab al-‘arabi)

Dalil mengenal Allah

· Surah Al-Ikhlas ayat 1-3

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

· Surah al-Baqarah ayat 255

255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

2-menggunakan akal untuk berfikir dan menganalisa alam nyata

Al-Qur’an mengarah akal berfikir dan menganalisa alam ciptaan Allah

Cth:

i. Tentang kejadian alam

ii. Tentang kejadian manusia

43. tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? selepas itu Engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) Yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa Yang dikehendakiNya. sinaran Kilat Yang terpancar dari awan Yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Surah An-Nur: ayat 43

  • Para pengkaji sains mengkaji menerusi Al-Qur’an.
  • Kita kena kembali kepada Al-Qur’an
  • Segala yang berlaku mengikut aturan Allah

4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).

Surah At-Tin ayat 4

  • Kita ni istimewa sbb ada akal
  • Guna akal utk fikir dan analisa kita ni ciptaan Allah
  • Menafikan dakwaan sains charles darwin
  • Ada cara2 kejadian manusia

21. tidakkah Engkau memerhatikan, Bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatmu berupa kuning; kemudian ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna.

Surah Az-Zumar ayat 21

  • Kehebatan ciptaan Allah ini takkan dapat kita lihat tanpa kita lihat dan berfikir.

PERANAN AKAL

1- Membezakan antara yang haq dan yang batil

2- Menentukan tindakan seseorang

3- Berfikir tentang kejadian makhluk

4- Meningkatkan iman dan amal seseorang supaya bahagia di dunia dan akhirat

Sumber untuk kita berfikir

1- Wahyu dan syariat Islam

-kemampuan akal terbatas kerana x dpt mencakupi perkara2 ghaib melainkan apa yg diberitahu oleh Allah

2- Akal fikiran

-dpt membezakan perkara yang baik dan buruk

3- Bukti2 kajian saintifik

-dpt meneroka ilmu praktikal

4- Maklumat dan fakta yang benar dan tepat

-mewujudkan disiplin ilmu yg memberi manfaat

5- Matlamat yang jelas

-berfikir lebih fokus dan terancang

Adab berfikir dalam Islam

1- Berfikir perkara kebaikan

2- Berlandaskan AQ dan sunnah

3- X memudaratkan org lain

4- Berdasarkan buah fikiran yg baik dan bernas

Cara berfikir menurut Islam

* Mengetahui batasan dan kemampuan akal

-xleh fakir zat Allah, roh

* Mengetahui tujuan berfikir

* Mengetahui perkara yg difikirkan

-bkn berkhayal

* Mengetahui cara mencapai matlamat

* Mengetahui risiko yg akan berlaku

Cara berfikir yang x beradab

* Berfikir perkara maksiat

-zina, raba org

* Berfikir cara yang membawa kemudaratan diri, keluarga dan masyarakat

-nk bunuh diri camne, minum racun ke, terjun bangunan ke

* Berfikir untuk menyesatkan seseorang dari kebenaran

-ayah pin, tuan haji kahar, asyaari, yahudi, kristian

* Berfikir sesuatu yang boleh merosakkan aqidah

-Allah tu ada ke?, arasy katne?, apa itu roh?, nape takdir tu mcm ni?

Akibat berfikir yg x beradab

* X dpt petunjuk Allah

-jauh dari kebenaran, makin sesat

* X dpt keputusan yg baik

-bila hati dah gelap, ilmu susah nak masuk, so x pandai la.

* Keputusan dan tindakan akan gagal

-keputusan kita dlm sesuatu perkara tu x betul sbb Allah x berkati hidup kita. Nak wat keputusan pun, hati x tenang, x dpt membezakan antara yg haq dan batil

* Mendatangkan kesusahan kpd org lain

-segala keputusan yang kita buat, akan berkait jugak dgn org lain cthnye keluarga dan masyarakat. Mencuri ke, dadah ke

* Akan dibenci orang

-bila kita buat kejahatan, mesti la orang x suka. Cthnye pemimpin yg zalim

Hikmah berfikir menurut Islam

* Dpt menghindarkan unsur negative

* Pro aktif dan berdaya maju

-buat sesuatu yg +ve tanpa disuruh2

* Memantapkan iman

* Dapat menghindarkan unsur khurafat

-lenggang perut, incak, bomoh

* Dpt menceburi bidang baru

* Menyedari kekuasaan dan kebesaran Allah

* Boleh menyelesaikan masalah

* Dihormati dan disanjung masyarakat


Ulul albab-pandai dan menggunakan akal secara rasional, beradab dan berpandukan Al-Qur’an dan As-Sunnah, menghasilkan buah fikiran yg menguntungkan org lain, berlandaskan syariah, dan dpt mendekatkan diri kpd Allah.












No comments:

Post a Comment