Sekali baca tajuk, skema giler kan? Sebenarnya takde apa pun. Hana just nak cerita pasal subjek sejarah je. Apa? Sejarah bosan? Memang ramai yang cakap macam tu. Tapi sebenarnya tak pun. Jangan la cop gitu kat sejarah, cian dia...
Hana pernah meminati subjek sejarah. Sebab tu la agaknya result subjek sejarah Hana boleh la dikatakan okey. Biasanya memang skor A. Bila dapat slip keputusan SPM, first tengok, alhamdulillah, dapat sejarah dapat A1. Tapi bila dua kali tengok, rupanya sejarah dapat B3. Yang A1 tadi rupanya Bahasa Inggeris.
Memang gembira Bahasa Inggeris dapat A1. Tapi yang sedihnya, Sejarah yang dapat B3. Boleh dikatakan, memang sejarah tu subjek yang saya target untuk dapat A1. Hmmm… cedey..
Lepas tu, memang kalu boleh tak nak ambik tau lagi dah pasal sejarah. Bila adik tanya pasal sejarah pun, taknak jawab dah… (x baik kan?)
ustaz Syaari with his beautiful wife....^^
Dalam 2 tahun jugak la Hana macam anti dengan sejarah. Namun, apa yang mula membuka kembali hati Hana untuk mencintai sejarah, setelah Hana mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Syaari Abd Rahman. Cara penyampaiannya memang melambangkan beliau banyak membaca dan mengkaji tentang sejarah Islam dan isu semasa. Baca blog ustaz pun turut membuatkan Hana kagum melihat ilmu yang dimilikinya.
"Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain?"
Minat Hana pada sejarah semakin membuak-buak apabila belajar tamadun dan sirah semester ni. Hana rasa gembira bila berpeluang membantu pembentang menjawab persoalan pensyarah atau kawan-kawan dan Hana suka bila dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan sekelas. Bukan niat Hana untuk menunjuk-nunjuk, namun memang sejak dulu Hana memang jenis suka berkongsi apa yang Hana tahu dengan orang lain.
Kemudian, Hana berjaya juga membeli buku “Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain?”. Bila selesai membaca buku tersebut, banyak ilmu tentang sejarah yang Hana dapat. Memang sah, Hana memang kembali meminati sejarah. Alhamdulillah…
"Alexander adalah Zulqarnain"
Hana plan nak beli buku “Alexander adalah Zulqarnain” pulak lepas ni. Hana nak buat perbandingan dan melihat dari sudut yang berbeza tentang kedua-dua penulis ni. Tapi bulan ni agak sesak la pulak kewangan Hana. Banyak komitmen. Mana duit nak simpan untuk lessen lagi. Jadi, niat Hana untuk memiliki buku ni kena tangguh dulu la… -_-“
Bagus sebenarnya belajar dan faham sejarah ni, sebab ia akan memberikan kesan yang mendalam kepada kita dalam pengukuhan iman. Tambahan pula, ia membantu kita untuk lebih kenal akan Islam dan dapat menangkis serangan dari pihak yang sangat-sangat bencikan Islam.
Satu lagi nasihat Hana, kalau kita gagal dalam sesuatu subjek sekalipun, janganlah sesekali kita membenci subjek tu. Sebab semua ilmu yang ada ni adalah dari Allah. Okey, tu je la kot bebelan Hana buat masa ni. Nak baca tamadun pulak. Exam dah dekat… ^^
Sunday, October 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment