CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Tuesday, October 30, 2012

Kurus Amali Fotografi 1- pengenalan


A.           PENGENALAN
Perkataan fotografi berasal daripada Bahasa Perancis dan berakar umbi daripada Bahasa Greek, yang secara literalnya bermaksud “drawing with light”. Menurut definisinya pula, fotografi adalah seni, sains dan amali dalam menghasilkan imej melalui tindakan cahaya atau lain-lain radiasi elektomagnetik, sama ada secara elektronik atau secara kimia seperti filem fotografi. Oleh itu, untuk menguasai kemahiran fotografi, adalah tidak mencukupi bagi seseorang individu untuk hanya mempelajari teorinya sahaja, tetapi perlu turut mempraktikkannya. Oleh itu, “Kursus Pengamalian Fotografi” ini perlu dijalankan bagi memberi pendedahan dan menguji tahap kemahiran fotografi ke atas guru pelatih yang mengambil kursus Teknologi Dalam Pendidikan bagi semester ini.

OBJEKTIF PROGRAM
*      Memberi peluang pelajar mengaplikasikan teknik-teknik fotografi sebagai mana yang dipelajari di dalam kursus Teknologi Pendidikan (EDU 3105)
*      Memenuhi  kehendak kursus Teknologi Pendidikan (EDU 3105)
*      Memberi peluang kepada para pelajar untuk menguruskan sesuatu program dalam usaha untuk melatih sifat kepimpinan guru pelatih
*      Menyedarkan guru pelatih akan keistimewaan Malaysia
*      Menyemai rasa cinta terhadap keindahan flora
*      Menanam rasa syukur akan keistimewaan Malaysia
*      Mengeratkan ukhuwah antara guru pelatih sepanjang mengendalikan program Kursus Pengamalian Fotografi ini.


B.   ASAS-ASAS FOTOGRAFI
i)      ISO
ISO sama dengan fungsi ASA, namun ASA digunakan pada kamera yang menggunakan filem, manakala ISO digunakan pada kamera digital.Mengikut definisinya, ISO adalah suatu ukuran tingkat sensitiviti kamera terhadap cahaya. Ini bermakna, semakin tinggi tetapan ISO pada kamera kita, maka semakin sensitiflah sensor kamera terhadap kamera.
ISO boleh diibaratkan sebagai lebah pekerja yang tugasnya memungut cahaya masuk ke dalam lensa kamera. Tingginya nilai ISO diibaratkan sebagai banyaknya jumlah lebah pekerja. Jadi, jumlah cahaya yang dipungut masuk melalui lensa kemera adalah lebih banyak.
 ISO diwakili dengan nombor seperti ISO80, ISO 100, ISO 200 dan seterusnya. Tambahkan ISO jika menggunakan aperture kecil dan shutter speed yang lebih pantas. Ini kerana ISO akan membantu mencerahkan imej yang dirakam. Lebih tinggi ISO yang digunakan, gambar akan menjadi lebih cerah dan kurang kualitinya untuk cetakan bersaiz besar.
Penggunaan ISO yang rendah adalah untuk mengurangkan ‘noise’ atau ‘grain’. Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih ‘grain’ berbanding dengan ISO rendah.


ii)     Shutter Speed
Shutter speed adalah kelajuan ‘blade’ ditutup apabila sesuatu gambar diambil. Dalam ayat yang lebih mudah, shutter speed bermaksud waktu untuk butang shutter kembali semula ke posisi asal setelah ditekan.
Shutter speed membantu kamera mengawal jumlah cahaya yang masuk. Sekiranya menggunakan shutter speed yang laju, maka gambar akan menjadi lebih tajam dan begitulah sebaliknya.
Untuk mengambil gambar yang bergerak laju seperti, pergerakan sebuah kereta, shutter speed juga mestilah laju (contoh shutter speed 1/500 saat). Jika tidak, gambar akan menjadi kabur (blur). Untuk mengambil gambar pergerakan air seperti air terjun, mestilah menggunakan shutter speed yang slow untuk menghasilkan gambar yang cantik (contoh shutter speed 5 saat).
Bagi mengelakkan gambar menjadi blur, pemggunaan shutter speed mestilah tidak kurang daripada 1/60 saat. Sekiranya menggunakan shutter speed 1/60 dan kebawah (1/30, 1/10, 2, 5, ...), penggunaan tripod adalah diperlukan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada hasil gambar anda menjadi blur akibat pergerakan kamera yang tidak statik.


iii)    Aperture
Semasa kita menekan butang shutter, lubang di depan sensor kamera akan terbuka. Bukaan inilah yang dipanggil sebagai aperture. Sebagai definisinya, aperture adalah saiz bukaan lensa sewaktu kita mengambil gambar.
Aperture dinyatakan dalam satuan f-stop. Untuk bukaan/aperture 7.2, dalam bahasa fotografi, ia disebut f/7.2. Semakin besar saiz bukaan lensa, maka semakin banyaklah cahaya yang dibenarkan masuk sewaktu mengambil gambar. Semakin kecil angka f-stop, bermaksud semakin besar lubang yang terbuka. Maka semakin banyak cahaya yang masuk. Sebaliknya, semakin besar angka f-stop, maka semakin kecil lubang yang terbuka. Ia bermaksud semakin kurang cahaya yang dapat memasukinya.
Aperture adalah luas bukaan iris pada lensa. Lebih luas bukaan iris, lebih banyak cahaya boleh masuk. Sama juga dengan keadaan iris mata kita akan terbuka luas jika kita pergi ke kawasan gelap dan kurang cahaya.
Lebih luas bukaan pada sesuatu subjek dengan shutter speed yang pendek dapat menghasilkan ‘exposure’ (dedahan) yang betul. Kamera memilih ‘shutter speed’ berpandukan berapa banyak cahaya yang masuk di dalam camera. Subjek yang cerah atau bukaan aperture yang besar membolehkan lebih cahaya masuk.
Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil; f/2. Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang lebih besar; f/16. Ini adalah pecahan, bermakna 1/16 lebih kecil dari ½.




*ada masa Hana update lg pasal jenis penggambaran dan teknik penggambaran ye... ^_^