Bersempena dengan musim haji ni, Ustaz Bahasa Arab Hana menyambut seruan Allah untuk menunaikan haji. So, Hana n rakan sekelas terpaksa la menumpang kasih Ustaz Arab kelas sebelah. Kebetulan masa sama.
Hana suka pengajaran ustaz ni yakni Ustaz Zuraini. Hana yang kureng sket arab ni boleh la faham sket2 apa yang Ustaz terangkan. Lagipun dah dekat nak exam kan, so kena la pay attention... Oh ye, ditambah perisa duk sebelah Tihal (bdk 4.00 sem lepas), so Hana jadik lebih rajin la bila dye duk mencatat kan? Kalu Hana duk sorang2, nampak gayanya mcm akan tido or buat keje lain... Nape la pemalas sangat?ish2...
Selain cara pengajaran Ustaz ni yang best, Ustaz ni ske jugak selitkan tazkirah. He's not giving it straigth to the point, tp Ustaz selitkan dan kaitkan dengan apa yang dibincangkan. So, xde la boring sangat belajar or mendengar tazkirah kan? ^_^
Salah 1 tazkirah yang Hana tertarik:
Bila kita dengar azan, kita selalu faham bahawa azan tu tandanya sudah masuk waktu solat fardhu. Tapi jauh ke dalam daripada tu, azan sebenarnya sebagai tanda untuk kita meninggalkan apa yang kita buat pada waktu tu (yang boleh ditinggalkan la) untuk sama-sama solat berjemaah... Oh snap! terkena Hana...huhu
Selain tu, bila seseorang anak mumayyiz, bukannya baru sampai masa untuk ibu bapa memperkenalkan tentang fardhu ain. ibu bapa perlu ajar sebelum tu lagi dah. pada saat mumayyiz, ibu bapa sepatutnya mula serius untuk mengajar dan menggalakkan anak akan hukum.
Bila dah baligh pulak, ibu bapa seharusnya panggil anak n bercakap personally dengan anak: " Sekarang Mimi (bukan nama sebenar) dah baligh. Jadi sekarang Mimi perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sama ada dosa atau pahala. Buat apa yang disuruh Allah akan beroleh pahala, namun berbuat maksiat akan mendapat dosa."
Menurut Ustazah Ros Izanuri pulak di dalam sebuah forum yang Hana hadiri baru-baru ni, ibu bapa perlu:
memberikan belaian semasa anak lahir --> 7 tahun
bertindak tegas semasa anak 7 tahun --> 14 tahun/ baligh
memberikan penghargaan dan berkawan dengan anak semasa anak 15 --> 21 tahun.
*Nape pulak pasal parenting skills ni? exam luh Hana oi...huhu
Tuesday, October 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment