A.
PENGENALAN
Perkataan
fotografi berasal daripada Bahasa Perancis dan berakar umbi daripada Bahasa
Greek, yang secara literalnya bermaksud “drawing with light”. Menurut
definisinya pula, fotografi adalah seni, sains dan amali dalam menghasilkan
imej melalui tindakan cahaya atau lain-lain radiasi elektomagnetik, sama ada
secara elektronik atau secara kimia seperti filem fotografi. Oleh itu, untuk
menguasai kemahiran fotografi, adalah tidak mencukupi bagi seseorang individu
untuk hanya mempelajari teorinya sahaja, tetapi perlu turut mempraktikkannya.
Oleh itu, “Kursus Pengamalian Fotografi” ini perlu dijalankan bagi memberi
pendedahan dan menguji tahap kemahiran fotografi ke atas guru pelatih yang
mengambil kursus Teknologi Dalam Pendidikan bagi semester ini.
OBJEKTIF PROGRAM
Memberi peluang pelajar
mengaplikasikan teknik-teknik fotografi sebagai mana yang dipelajari di dalam
kursus Teknologi Pendidikan (EDU 3105)
Memenuhi kehendak kursus Teknologi Pendidikan (EDU
3105)
Memberi peluang kepada
para pelajar untuk menguruskan sesuatu program dalam usaha untuk melatih sifat
kepimpinan guru pelatih
Menyedarkan guru pelatih
akan keistimewaan Malaysia
Menyemai rasa cinta
terhadap keindahan flora
Menanam rasa syukur akan
keistimewaan Malaysia
Mengeratkan ukhuwah
antara guru pelatih sepanjang mengendalikan program Kursus Pengamalian
Fotografi ini.
B.
ASAS-ASAS FOTOGRAFI
i)
ISO
ISO sama dengan fungsi ASA, namun ASA digunakan pada kamera yang
menggunakan filem, manakala ISO digunakan pada kamera digital.Mengikut
definisinya, ISO adalah suatu ukuran tingkat sensitiviti kamera terhadap cahaya.
Ini bermakna, semakin tinggi tetapan ISO pada kamera kita, maka semakin
sensitiflah sensor kamera terhadap kamera.
ISO boleh diibaratkan sebagai lebah pekerja yang tugasnya memungut
cahaya masuk ke dalam lensa kamera. Tingginya nilai ISO diibaratkan sebagai
banyaknya jumlah lebah pekerja. Jadi, jumlah cahaya yang dipungut masuk melalui
lensa kemera adalah lebih banyak.
ISO diwakili dengan nombor seperti ISO80, ISO
100, ISO 200 dan seterusnya. Tambahkan ISO jika menggunakan aperture kecil dan
shutter speed yang lebih pantas. Ini kerana ISO akan membantu mencerahkan imej
yang dirakam. Lebih tinggi ISO yang digunakan, gambar akan menjadi lebih cerah
dan kurang kualitinya untuk cetakan bersaiz besar.
Penggunaan
ISO yang rendah adalah untuk mengurangkan ‘noise’ atau ‘grain’.
Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih ‘grain’
berbanding dengan ISO rendah.
ii)
Shutter Speed
Shutter speed adalah kelajuan ‘blade’ ditutup apabila sesuatu
gambar diambil. Dalam ayat yang lebih mudah, shutter speed bermaksud waktu
untuk butang shutter kembali semula ke posisi asal setelah ditekan.
Shutter speed membantu kamera mengawal jumlah cahaya yang masuk.
Sekiranya menggunakan shutter speed yang laju, maka gambar akan menjadi lebih
tajam dan begitulah sebaliknya.
Untuk mengambil gambar yang bergerak laju seperti,
pergerakan sebuah kereta, shutter speed juga mestilah laju (contoh shutter
speed 1/500 saat). Jika tidak, gambar akan menjadi kabur (blur). Untuk
mengambil gambar pergerakan air seperti air terjun, mestilah menggunakan
shutter speed yang slow untuk menghasilkan gambar yang cantik (contoh shutter
speed 5 saat).
Bagi mengelakkan gambar menjadi blur, pemggunaan
shutter speed mestilah tidak kurang daripada 1/60 saat. Sekiranya
menggunakan shutter speed 1/60 dan kebawah (1/30, 1/10, 2, 5, ...), penggunaan
tripod adalah diperlukan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada hasil gambar
anda menjadi blur akibat pergerakan kamera yang tidak statik.
iii)
Aperture
Semasa kita menekan butang shutter, lubang di depan sensor kamera
akan terbuka. Bukaan inilah yang dipanggil sebagai aperture. Sebagai
definisinya, aperture adalah saiz bukaan lensa sewaktu kita mengambil gambar.
Aperture dinyatakan dalam satuan f-stop. Untuk bukaan/aperture 7.2,
dalam bahasa fotografi, ia disebut f/7.2. Semakin besar saiz bukaan lensa, maka
semakin banyaklah cahaya yang dibenarkan masuk sewaktu mengambil gambar.
Semakin kecil angka f-stop, bermaksud semakin besar lubang yang terbuka. Maka
semakin banyak cahaya yang masuk. Sebaliknya, semakin besar angka f-stop, maka
semakin kecil lubang yang terbuka. Ia bermaksud semakin kurang cahaya yang
dapat memasukinya.
Aperture adalah luas bukaan iris pada lensa. Lebih luas bukaan
iris, lebih banyak cahaya boleh masuk. Sama juga dengan keadaan iris mata kita
akan terbuka luas jika kita pergi ke kawasan gelap dan kurang cahaya.
Lebih luas bukaan pada sesuatu
subjek dengan shutter speed yang pendek dapat menghasilkan ‘exposure’ (dedahan)
yang betul. Kamera memilih ‘shutter speed’ berpandukan berapa banyak cahaya
yang masuk di dalam camera. Subjek yang cerah atau bukaan aperture yang besar
membolehkan lebih cahaya masuk.
Aperture yang besar diwakili dengan nombor
yang kecil; f/2. Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang lebih
besar; f/16. Ini adalah pecahan, bermakna 1/16 lebih kecil dari ½.
*ada masa Hana update lg pasal jenis penggambaran dan teknik penggambaran ye... ^_^
No comments:
Post a Comment