CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, November 16, 2014

AKAUN

Dulu masa f4, Hana penah join Program Usahawan Muda (PUM). Sebenarnya xtau sgt pun psl PUM ni sbb niat asal join PUM ni sebenarnya sebab nak rasa pengalaman nk bakar burger je...haha.. Nampak tak betapa addictednye dgn burger. Rupanya PUM ni x mcm persatuan biasa yg organisasinya pengerusi, s/u, bendahari, AJK, dll. rupanya dia ada pengarah urusan n dibantu oleh 4 orang pengurus. 5 orang ni dipanggil ahli lembaga pengarah (ALP).... Oh....

Nak dijadikan cerita, cikgu PUM tu lantik Hana jadi Pengurus pemasaran, one of the ALP tu. So, dlm xtau apa2 tu, terima je la sbb cikgu dh lantik. So, yg special sket PUM ni sbb byk seminar n aktiviti yg boleh duduk hotel.. Suke2..hihi..

Dalam seminar2 tu, ada jugak la diajar tentang basic account. Nama pun usahawan kan. So, masa belajar tu, rasa senang jugak akaun ni, x macam bio. Memang la senang, sbb basic je kan? Kalu belajar mendalam, msti susah. Kalu x, xde la degree akaun 4 tahun. Tapi bg Hana yg amek bio ni, tetap rasa, nape la basic bio x sesenang ni?haha...

Bila balik kampung, ckp2 dgn adik (adik mmg minat akaun sbb KH dye perdagangan). Adik penah tanye, "Nape Kakni x amek aliran akaun?"

Hmmmm... Hmmm...x penah plak ada consideration nk amek akaun...just jwb sbb x minat.

Walaupun sains tu susah, termasuk la chem yg Hana minat and Hana pun xde la pandai sgt subject sains, tp Hana tetap xnk pilih account as my course in u. Sbb Hana xnk teruskan carrier Hana dlm bidang yg mmg Hana x minat ni.

Buktinya, skrg bila belajar Pengajian Fiqh, Salah 1 bab tu Sistem Kewangan Islam. Dalam kuliah, bkn takat tersengguk, memang lentok abes bila sampai bab ni. Bab lain ok je, siap bersoal jwb dengan lec...haha...

~Isnin ni exam paper Pengajian Fiqh ni....huhuhu... Susah..... -_-

Friday, November 7, 2014

BAB 6: Kepimpinan Guru (EDU 31083)

1.1          CIRI-CIRI KEPIMPINAN



Faktor kepimpinan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu organisasi sehinggalah sesuatu Negara. Faktor ini juga tidak kurang pentingnya dalam menentukan kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan guru mempunyai ciri-ciri guru berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM)  yang mampu membentuk modal insan yang cemerlang dan berkualiti.
            Terdapat berbagai ciri kepimpinan yang lahir sejak dahulu lagi. Kesemua gaya ini mempunyai kebaikan dan kekurangannya yang tersendiri. Seseorang pemimpin di sekolah seperti guru besar, guru panitia, guru persatuan, guru kelas dan lain-lain perlu bijak mengadaptasi ciri kepimpinan ini dalam memimpin ahli pasukannya. Di bawah ini disenaraikan enam ciri kepimpinan yang dirangkumkan di dalam peta pokok seperti di dalam lampiran 2.
            Perkataan autokratik diambil dari kata dasar autokrat yang berasal dari Bahasa Yunani. Orang yang bersifat autokrat percaya bahawa kuasa untuk membuat keputusan 100% berada dalam tangan pemimpin. Hanya pemimpin yang layak memberikan arahan, manakala orang bawahan tidak boleh tidak mesti mematuhinya. Bagi meningkatkan profesionalisme saya sebagai seorang guru, saya perlu mengelakkan dari menggunakan gaya kepimpinan ini kecuali pada waktu-waktu yang benar-benar memerlukannya sahaja. Jelas sekali, murid akan berasakan wujud suatu jurang yang sangat jauh antara mereka dengan saya sekiranya saya kerap kali memimpin dengan gaya seperti ini.
            Sementara itu, ciri kepimpinan demokratik pula berbeza dengan ciri kepimpinan autokratik. Dalam kepimpinan ini, pemimpin mempunyai hubungan yang baik dengan orang bawahannya kerana didasari prinsip saling hormat-menghormati, saling bekerjasama dan bertanggungjawab. Sesuatu keputusan diputuskan setelah mendapat kata sepakat hasil perbincangan dan pandangan ahli-ahlinya. Pemimpin berciri demokratik ini bersedia menerima teguran dan kritikan daripada ahli bawahannya. Dalam profesion perguruan, seseorang guru digalakkan bersifat demokratik bagi menghormati pandangan semua ahli bawahan termasuk murid. Saya percaya, sekiranya saya mengamalkan gaya kepimpinan jenis ini, murid dan rakan sekerja pasti akan lebih menghormati saya kerana saya menghormati pandangan yang mereka berikan. Oleh itu, segala arahan atau tugasan yang diberikan menjadi lebih mudah kerana murid akan melakukannya dengan senang hati.
Selain itu, terdapat ciri kepimpinan yang bertentangan dengan ciri kepimpinan autokratik. Ia digelar sebagai kepimpinan Laissez Faire. Menurut Keith & Girling (1991) di dalam buku (Syed Ismail dan Ahmad Subki: 2013), gaya kepimpinan ini bersandarkan kepada falsafah yang membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri. Seseorang pemimpin yang mempunyai ciri ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas kerana menyerahkan segala-galanya di tangan orang bawahannya. Sebagai seorang guru dan pemimpin di sekolah, profesionalisme seseorang guru akan kurang kelihatan sekiranya sentiasa mengamalkan gaya kepimpinan ini. Sekiranya saya memimpin dengan gaya ini, mungkin saya akan disenangi oleh murid dan guru-guru lain, namun risiko bermasalah dalam mengurus dan menangani masalah disiplin murid adalah sangat tinggi kerana selama ini mereka berada dalam zon selesa dan tidak bersedia untuk menerima arahan.
Seterusnya adalah ciri kepimpinan kontingensi. Saya telah menceritakan serba sedikit tentang ciri kepimpinan ini kerana saya mengamalkannya dalam mengendalikan program Kembara Merdeka. Pada pandangan saya, ciri kepimpinan ini sesuai diamalkan di sekolah dan ia tidak mengganggu gugat profesion perguruan. Pemimpin yang bercirikan kontingensi perlu bijak menyesuaikan gaya kepimpinan mengikut kekuatan antara ketiga-tiga aspek iaitu bidang kuasa, struktur tugas dan hubungan dengan pekerja. Walaupun terdapat sedikit masalah dalam perlaksanaan program Kembara Sejarah ini, namun saya tetap berpegang dengan ciri kepimpinan jenis ini. Masalah yang berlaku adalah di luar jangkaan dan mungkin disebabkan oleh perancangan program ini di saat akhir, maka terdapat petugas yang kurang memahami perjalanan program.  Semoga permasalahan yang timbul dalam melaksanakan program ini menjadi pengajaran dan pemangkin dalam membentuk akauntibili saya sebagai seorang guru kelak.
            Ciri kepimpinan seterusnya adalah ciri kepimpinan Islamik. Pada pandangan saya, pemimpin yang mempunyai ciri kepimpinan ini adalah yang terbaik. Ini kerana, gaya kepimpinan jenis ini adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagaimana yang telah dijanjikan Allah, Al-Quran merupakan panduan hidup yang lengkap sehingga ke hari kiamat. Manakala As-Sunnah pula adalah adalah setiap perkataan, perbuatan, sifat dan taqrir Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana yang semua telah maklum, Rasulullah diiktiraf sebagai pemimpin terbaik menurut kajian yang dilakukan oleh Michael H. Hart (1992) di dalam bukunya “100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah”. Sekiranya saya sebagai seorang guru menerapkan ciri kepimpinan Islamik ini dalam kepimpinan saya, insya-Allah saya akan dapat memimpin dengan baik walaupun kepada golongan bukan Islam kerana Al-Quran dan Rasulullah sendiri menyarankan agar berbuat baik kepada semua termasuk orang bukan Islam.
            Blasé (1989) menyatakan bahawa kepimpinan instruksional adalah penyeliaan pembangunan staf untuk perkembangan kurikulum. Pada pandangan saya, saya juga perlu memimpin dengan ciri instruksional ini apabila bergelar guru kerana seperti yang semua maklum, proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tugas utama bagi seseorang guru. Profesionalisme saya sebagai seorang guru tidak boleh sewenang-wenangnya dipertikaikan sekiranya aspek perkembangan kurikulum menjadi fokus utama saya.

1.2          KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL
Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang menjadi ikutan atau amalan para pemimpin termasuk guru yang bertindak sebagai pemimpin di sekolah. Salah satu daripada gaya kepimpinan tersebut adalah gaya kepimpinan instruksional. Perkataan instruksional berasal dari perkataan “instruct” daripada Bahasa Inggeris yang bermaksud arah. Ia bersesuaian dengan ciri ini yang bertunjangkan kepada arahan.
            Menurut Brewer (2001), pemimpin yang memimpin dengan gaya instruksional memberi tumpuan kepada arahan dan tunjuk ajar, membina komuniti pembelajaran, berkongsi sama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), manfaat dan mengoptimumkan masa, menyokong perkembangan staf yang berterusan, merancang semula sumber-sumber untuk menyokong program-program sekolah, mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan.
            Gaya kepimpinan instruksional sering dikaitkan dengan guru besar atau pengetua sesebuah sekolah dalam memimpin guru-guru bagi membimbing murid. Ini kerana, kualiti kepimpinan guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang terpenting dalam menentukan kemenjadian murid,
            Gaya kepimpinan instruksional ini terbahagi kepada dua iaitu gaya kepimpinan instruksional hubungan (Relational Instructional Leadership) dan gaya kepimpinan instruksional linear (Linear Instructional Leadership). Gaya ekpimpinan instruksional hubungan menekankan kepada hubungan yang baik antara pemimpin dan orang bawahannya. Sementara gaya kepimpinan linear pula yang biasa diamalkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah. Ia menekankan kepada aktiviti akademik seiring dengan kehendak dan piawaian yang telah ditetapkan (Zulkifli: 2013).
Secara ringkasnya, seseorang pemimpin sekolah yang bergaya kepimpinan instruksional adalah seperti peta alir dalam lampiran 3.
Perkara pertama yang akan dititik beratkan oleh pemimpin bergaya instruksional adalah pembangunan guru. Pemimpin ini akan melakukan penyeliaan dan pemantauan secara konsisten ke atas amalan pedagogi dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran guru di bawah seliaannya.
            Seterusnya, pemimpin gaya instruksional akan memberi tumpuan kepada perkembangan kurikulum pula. Pemimpin akan memastikan supaya wujud penyelarasan antara kurikulum dan tidak tersasar daripada objektif pembelajaran yang sepatutnya.
            Perkembangan kurikulum ini seterusnya akan meningkatkan kualiti kepimpinan guru. Guru tidak lagi berada dalam keadaan beku, lesu dan jumud. Guru seharusnya sudah boleh berfikir dengan kreatif dan kritis dan mencambahkan idea yang bernas dan inovatif. Ia akan melahirkan murid yang mampu berfikir di luar kotak dan mampu membuat keputusan sendiri dengan matang selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin melahirkan generasi yang mampu berfikir aras tinggi (HOT).

            Melalui gaya kepimpinan instruksional ini yang menekankan kepada perkembangan guru, perkembangan kurikulum dan seterusnya meningkatkan kualiti kepimpinan guru, maka hasilnya keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan dapat dicapai. Ia dapat dibuktikan dengan kemenjadian murid bukan sahaja kecemerlangan dalam bidang akademik, malah bidang-bidang lain yang berkaitan dengan perkembangan murid.

Thursday, November 6, 2014

ivspp

Assalamualaikum....


Dulu2, kali terakhir interview mse 2009. 1st iv nk masuk IPG, 2nd iv lepasan matrik. tp satu lepas, satu lg x lepas. Dah takdir nk jadi ustazah agaknye...huhu...
Dah masuk IPG ni, ingat kompem bleh keje, xyah interview dh...rupanya sejak beberapa tahun lps, student IPG pun kena iv jugak... So, Hana pun x terlepas la.... Cuma yg beza sket, senior dulu after abes bljr baru iv, kami awal sket, b4 exam mengikut course n IPG masing2. Alkisahnya, Hana n the geng kena iv a few days b4 exam...hoho...mmg menguji minda (padahal xde la studi sgt pun...haha). Alhamdulillah, td baru sahaja ditemu dan diduga oleh seorang pegawai SPP n seorang ustaz. huhu... Sebelum iv, banyak jugak baca2 especially mengenai content. Tapi masa iv td, 2 soalan je mengenai course, yg lain byk pengetahuan awam...hmmmm... Buat malu je nama menteri komunikasi salah sebut. Sebab dh terbiasa dgr org panggil Shabery Chik, Lupa plak nama penuh Ahmad Shabery Chik. Tadi just jawab YB Datuk Seri Shabery Chik. Then ustaz "Ahmad"... Ok, miane...hihi...
Pape pun, i've tried my best (even mmg malas nk studi). Hope semuanya ok n cpt2 posting ke tempat yg terbaik...huhu




Tuesday, October 14, 2014

Hidup tak selalunya indah


Kita merancang, Allah juga merancang...
Tapi Allah lah sebaik-baik perancang...

Walau seperti segala yang direncana tidak menjadi...
Walau seperit apa pun cabaran yang perlu dihadapi...
Walau sepedih apa pun luka yang berbekas di hati...
Walau seperti doa yang dipohon tidak dikabulkan Allah...

Tetapi sebenarnya Allah merancang untuk memberi yang lebih baik buat kita...
Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita...
Hanya Allah yang tahu masa depan yang cerah buat kita...

Barangkali kita menyukai sesuatu itu sedangkan ia tidak baik buat kita...
Dan barangkali kita membenci sesuatu itu sedangkan ia baik buat kita...

Ingatlah, kerna sesungguhnya, Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

~La takhaf wala tahzan, innallaha ma'ana~

Friday, October 3, 2014

Sakit Gigi

Assalamualaikum dan selamat tengahari....

Orang cakap, sakit gigi tu sakit yang paling sakit selepas bersalin.... Hmmm... Mmg sakit, sakit yg amat. Macam mana la bersalin agaknye ye?hukhukhuk T_T

Alkisahnya, Hana selalu sakit2 kat gigi geraham bawah. Mulanya berlubang sikit, tp nak dijadikan cerita, ari tu gigi tu terserpih sikit... hmmm... mmg kurang kalsium, patut x tinggi. T_T
Lepas gigi tu terserpih, sakitnye makin kerap n makin menjadi-jadi. Jadi, lepas tamat internship, Hana ke klinik utk tampal gigi. Yela, klinik kat Bangi better than Panglima Garang. Bila masuk bilik, tgk ada doc India lelaki... T_T. Tapi sebab sakit aka darurat, terpaksa la. Tapi doc tu ckp gigi tu xleh tampal dulu, kena wat rawatan akar dulu, then baru bleh tampal. Katanya lagi, kena wat appoinment di klinik di Putra Perdana kalu x silap, then after 5 or 6 month baru akan dipanggil. Masalahnya kat sini, dah x wape lama dh Hana nk abes belajar. T_T. So, I said, xpe la, biar Hana buat appointment kat Kemaman je kalu gitu. Masalahnya pulak, cuti bulan 9 ari tu, Hana sibuk sangat g majlis kahwin, lupa nk g Hospital Kemaman. -_-

So, setiap kali makan sebenarnya Hana sakit2 jugak, cuma x teruk. Hana akan makan sebelah kanan utk elakkan nasi or makanan masuk kat gigi berlubang tu. Hana akan kumur2 byk kali lepas makan n sangat kerap gosok gigi n kumur listerin. Boleh kata setiap kali nk amek wudhuk gosok gigi. Tapi nk dijadikan cerita, since Ahad lepas, rasa berdenyut-denyutnye tu makin teruk. Hari Rabu Hana ada pembentangan kajian tindakan (VIVA). So doa a banyak2 supaya x sakit. And alhamdulillah, sakit tu berkurang balik.

Tapi keesokan hari lepas VIVA, it back. Sakitnye macam nk menjerit. Berus gigi dengan Sensodyne siap, tp still sakit. Yg lagi teruk, bila berus gigi bersihkn lubang tu, sakit yg amat mcm nk terlepas berus gigi. Tak terasa air mata keluar. Kawan cadangkan suh g wat rawatan akar kat private clinic. Godek2 fb, paling kurang RM80 harganya. Tak masuk tampal lg... T_T. Hana still student...hukhuk...

Ntah la... Sekarang ni denyut2 nya rasa, tp xde sampai nak nangis, tp tiba2 sakit yg amat balik. Kadang mcm fikir nak cabut je, tp sayang la... Tahun lepas baru cabut gigi... Sekarang baru 24, kalu asyik cabut gigi je, x sampai 24, dh kena pkai gigi palsu, xnak la camtu... Mmg la sakit gigi menguji kesabaran. No wonder la dulu2 mak akan marah lebih bila Hana n adik gaduh time mak sakit gigi...huhu...


~Balik Ganu ari ni, tp raya Haji, cmne nk wat appointment kat hospital?hukhuk... T_T

Tuesday, September 30, 2014

VIVA

Esok pembentangan kajian tindakan semester 8 (viva)....huhuhu...debor...huhuhu...moga dapat buat yg terbaik...insya-Allah, amin...


~sket je lg, qowiey!


Monday, July 21, 2014

Panggilan Rezeki

Assalamualaikum. Apa khabar? Harap semua sihat. Macam mana puasa hari ni? Moga2 ibadah puasa kita diterima Allah. Dah 23 Ramadhan dah hari ni. Oh ye, jangan lupa doakan buat saudara kita di Gaza dan tak lupa juga, takziah pada ahli keluarga mangsa MH17 yang ditembak dan terhempas baru-baru ni. Doakan juga moga MH370 selamat hendaknya.

Ok, back on topic, alhamdulillah Jumaat lepas dapat panggilan rezeki lagi. Kali ni saguhati lagi. Kali ni bernilai RM300 pula. Xpela, x menang pun, saguhati dh cukup alhamdulillah.
Ni lah peraduannya


Kawan2 semamangnya tumpang gembira jugak. Dan sebagai orang muda mudi, kompem la suh belanja. Hana memang berniat jugak nak belanja dyorg. Tapi actually Hana duk fikir2 utk bantu yang lebih memerlukan. Selain mak ayah, Gaza n Afnan (junior IPIS yang accident teruk), sebenarnya Hana nk bantu belikan serba sikit keperluan raya kat anak2 buah Hana yang yatim tu (anak kakak sulung). Yela, gaji mak dye x sampai pun seribu. Anak 5 orang. Mana mampu nak belikan keperluan raya + keperluan sekolah lagi. So, Hana fikir Hana perlu bantu dyorg. Yela, sebaik-baik sedekah ialah sedekah kepada anak yatim, kaum kerabat n orang yang memerlukan. Tak dinafikan kawan2 Hana tu kira orang yang dekat jugak, tp Hana fikir anak2 sedara Hana ni lebih memerlukan. Even anak kakak kedua n abg pun Hana x belikan sbb Hana fikir mak ayah dye dah mampu. Jadi Hana harap kawan2 Hana x berkecil hati la ye. Hana ni banyak tanggungan...huhu... Insya-Allah, ada rezeki nanti, Hana belanja. Lagipun susah jugak nk belanja mkn bulan2 puasa ni sbb Hana jenis x suka keluar malam. Naik moto je kan. Jangan kecil hati ye kawan2. Insya-Allah nanti. =)

Wednesday, July 9, 2014

MURAH REZEKI?

Assalamualaikum. Apa khabar? Harap semua dilimpahi rahmat n dilindungi dalam lindungan lembayung rahmat Ilahi.
Oh ye, selamat berpuasa semua. Sekejap je, kita dah masuk fasa kedua Ramadhan. Moga segala ibadah kita diterima Allah.

Hari ni alhamdulillah hadiah peraduan yang dah berbulan Hana join dh sampai. Adik Hana selalu ckp yang Hana ni murah rezeki, kalau beli barang, slalu dpt yg murah2. Slalu menang peraduan or lucky draw.  Ad kawan ckp Hana ni kaki Dhuha (yela, solat Dhuha kan membuka pintu2 rezeki). Sejujurnya, Hana xde la rajin sgt solat Dhuha. Jarang2 sekali. Bukan serajin kawan2 Hana.

Betul ke Hana murah rezeki? Hmmm... Insya-Allah, Hana memang bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan. Sangat banyak, tak terkira. Bukan setakat yang nampak mcm hadiah2 ni, tp byk lagi sebenarnya yang kita sendiri x sedar. Sebenarnya, bukan Hana sorang yang murah rezeki, Hana percaya orang lain pun sama.

Terkadang, kita dpt rezeki ni, tapi x dpt rezeki tu. Setiap orang ada bahagian masing2. Yang penting kita bersyukur dengan hidup kita. Hana ckp mcm ni, x semestinya Hana ni orang yg sentiasa bersyukur. Ada jugak kadang2 terselit kat hati rasa kufur tu. Ada jugak kadang2 hati mempersoalkan tentang takdir yang Allah dah tentukan. Tapi sama2 la kita muhasabah diri dan memohon ampun kepada Allah.

Jadi post kali ni Hana nk citer rentetan hadiah yang Hana penah dapat. Takde la banyak sgt pun n xde la slalu sgt menang. Selalu je sebenarnya Hana x menang peraduan or lucky draw. Tapi sbb bila x dpt, kte x heboh, kalu dpt baru heboh. Sbb tu orang ingat Hana slalu menang.

2006
Hana penah masuk peraduan teka silangkata Majalah Dewan Pelajar (nama yang macam ni jugak la). Majalah untuk student, bukan majalah mcm Mangga tu tau. Soalan dye, pergh!!! susah yang amat. Tapi sbbkan Hana ni kaki library la jugak, so Hana rujuk kat Kamus Dewan kat library. Alhamdulillah, bila result keluar, nama Hana salah sorang yang berjaya daripada 5 orang. Hadiahnya RM40.00. Happy n bangga sbb nama tersiar kat majalah. Hana beli n simpan. Tapi masa adik Hana f5, Hana pinjamkan majalah tu kat dye sbb ad soalan PMR dlm tu. Tapi adik Hana ni 'pemurah' yang amat, dye sedekah majalah tu ke library asrama dye sebelum dye abes belajar. Sedey gak la sbb hilanglah majalah yang Hana nk simpan tu.


2010
Time ni abg Hana bawak her wife, adik wife dye n Hana ke Karnival Makanan Perak sempena meraikan Hana dah lulus lesen P. Celcom ada wat lucky draw just dengan top up minimum rm10. So kami pun semua top up n join lucky draw tu. Tapi pemenang akan diumumkan semasa majlis ambang tahun baru. Walaupun kami sebenarnya x berniat nk tunggu sampai pukul 12, tp terpaksa la tunggu. Dan, penantian kami tu x sia2, alhamdulillah nama Hana diumumkan sebagai pemenang BLACKBERRY. Tapi ada terma n syarat kena langgan line celcom minimum 6 bulan. Hana plak baru nk masuk degree, so Hana pass hadiah tu kat abang.


2012
Tahun ni Hana g pesta buku antarabangsa KL dengan 4 orang lagi kawan Hana pada hari pertama. Kami pegi booth Karangkraf yang besar tu. Kat pintu masuk ad promoter warwarkan pasal lucky draw menang tab, iphone n macbook dengan pembelian minimum rm50. Lepas belek2 buku, Hana beli la beberapa buah buku n majalah PC utk join lucky draw tu. Hana bayar guna voucher buku 1 n rm4.00 duit sendiri. Jumlah belian Hana dalam rm54.00 macam tu je. dye ckp nk umum pukul 6.00 petang, tp xde pun disebut nama kami, so malam tu lps maghrib kami balik n teruskan hidup mcm biasa. Masa ari Ahad, Hana tgh berlatih silat dengan partner Hana utk pertandingan. Abes latihan, Hana tgk fon, ad 6 misscall dari no yg x dikenali. Bila Hana call balik, dye ckp Hana menang tab utk lucky draw tu. Mulanya Hana x caye sgt. Yelah, dh lepas 2,3 ari. Malam tu Hana msj lg no tu mintak kepastian. Dye ckp, "xnak xpe, bleh bagi kat saya". Hana ckp Hana nak la. Utk kepastian Hana, dye suh bukak page Karangkraf kat facebook. Alhamdulillah mmg ad nama Hana. Ari Selasa tu sempena cuti hari pekerja, Hana ditemani kawan g amek TAB tu. Alhamdulillah.


2014
Masa Hana g Watson nk beli krim rambut, Hana belek2 n pilih serum rambut Dove. Kebetulan Hana ad nampak peraduan sempena Tahun Baru Cina. So, Hana sje try hantar peraduan tu sbb serum tu agak mahal. Hehe... Tp daripada sblm praktikum, sampai dah abes praktikum, xde khabar berita pun, so Hana x kisah dah pasal peraduan tu, xde rezeki la tu. Tapi masa cuti pertengahan tahun, masa Hana kat umah, Hana ad dpt call dari mamat cina tanya Hana penah x masuk peraduan tu. Hana hampir2 jwb tak sbb dh lupa.. Hana... Dye ckp Hana menang hadiah saguhati. Hana dah x ingat hadiahnya apa, so dye ckp wang tunai RM888.00. Alhamdulillah, syukur. Tapi, smpai dah abes cuti sampailah dh start intern, xde sampai2 pun lg hadiah tu. Hana dh rasa ragu2. Betul ke? Kalau x menang, baik xyah call, dh lama dh redha. Kalau nk tipu, nape dye tnye alamat kakak (Hana isi alamat kakak kat peraduan tu), nape bukan alamat umah sbgaimana dlm IC? Hmmmm... Hana ingat xde rezeki la kot. Tapi ari ni, akak whatsaap gtau hadiah dh sampai. Dan betul, Rm888.00. Alhamdulillah. Rezeki utk byr hutang2 tertunggak...hehe ^_^



Wednesday, July 2, 2014

PERBEZAAN PENDAPAT ASWJ & MUKTAZILAH

Assalamualaikum. ok, ni another notes yang Hana nak share. Kalau tadi pasal hafazan, yang ni tentang aqidah plak. Moga bermanfaat. ^_^

aspek
ASWJ
MUKTAZILAH

SYAFAAT
Ada yg dpt syafaat daripada Allah
Tidak mendapat syafaat


ALLAH
Mempunyai zat dan sifat kesempurnaan
Tidak mempunyai sifat. Hanya zat
BALASAN DOSA
Pelaku dosa besar masih mukmin

Akan dapat balasan setimpal kemudian akan dimasukkan ke dalam syurga

Pelaku dosa besar xmukmin & xkafir

Akan berada di antara syurga dan neraka ( almanzilah bainal manzilatain )
KATEGORI JAHAT
Pelbagai kategori : nifaq, fasiq, kufur, zalim
Org jht = fasiq
QADA QADAR
Allah jadikan kehendak
Manusia usaha sendiri menuju kehendak
Manusia bebs melakukan sesuatu tanpa ad kaitan dengan Allah
ALQURAN
Kalam Allah yang qadim kerana makna dan isi drp Allah
AlQuran makhluk
SAMI’YAT
Perkara yg wajib diyakini berlaku
Tidak menjadi kewajipan kepaada Tuhan

ADAB DAN AKHLAK DALAM MEMBACA MENGHAFAZ AL-QURAN


Assalamualaikum. Sementara nak tunggu waktu iftar ni, meh Hana share sket nota sem 6 dulu2. Moga bermanfaat ^_^


ADAB DAN AKHLAK DALAM MEMBACA MENGHAFAZ AL-QURAN
1.    Ikhlaskan niat “setiap amal, berdasarkan niatnya”
2.    Sabar (nak buat kerja yg Allah suruh ni mmg sukar dan perlukan kekuatan mental & rohani)
3.    Mulakan dengan bismillah
4.    Banyakkan berdoa kepada Allah (kerana Allah sahaja yang boleh membalik-balikkan hati kita)
5.    Bersih daripada hadas besar dan kecil
6.    Menghadap kiblat (kalu nk ludah, jgn menghadap kiblat)
7.    Memakai pakaian yang putih bersih dan menutup aurat
8.    Jangan banyak bercakap dan ketawa
9.    Memberi tumpuan sepenuhnya kepada hafazan
10. Jangan membaca ketika letih dan mengantuk
11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angina
12. Solat 2 rakaat sunat utk menghafaz Al-Quran

ADAB SEBELUM MENGHAFAZ
1.    Mempunyai azam dan minat untuk menghafaz
2.    Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz (lepas solat, waktu pagi, waktu malam)
3.    Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz
4.    Diri berada dalam keadaan yang tenang
5.    Mestilah mengosongkan fikiran daripada hal2 dunia
6.    Tetapkan mashaf yang ingin digunakan (tetap, x tukar2)
7.    Banyakkan istighfar, selawat, doa
8.    Baca surah Al-Baqarah : ayat 164

Friday, June 27, 2014

RETIS #DEVOTEES

Assalamualaikum. Hmmm.... Lama tak menulis. Makin nak habis belajar, makin sibuk dengan berbagai urusan. So, di semester akhir ni, sebelum disibukkan dengan internship, moh le update blog yang dah lama bersarang ni...

Alkisahnya, duk godek2 hard disk, terjumpa gambar2 kat bawah ni.






Tak sangka still simpan gambar2 ni, ingat dah delete.


Kenal x sape tu? Bagi peminat2 retis tu, insya-Allah korang kenal sape yang di atas tu. Tu la kumpulan Devotees atau skrg dh tukar nama jadi kumpulan Devo je. Gambar ni Hana capture masa dyorang datang buat persembahan kat IPIS masa 2011 dulu. Hana memang minat lagu2 dyorang contohnya Mahar Cinta. Tapi, Hana ni jenis minat lagu, tp x berapa minat sangat retis. Dah la bukan jenis yang suka beli album. Senang citer, memang Hana bukan penyumbang kepada industri muzik tanah air (mesti retis2 x suka ada peminat macam Hana ni)... Huhuhuhu... Hana amek gambar ni pun sebab masa tu Hana ditugaskan untuk amek gambar sepanjang persembahan tu. Kalu x, mungkin Hana hanya duk dengar lagu dyorang dalam bilik je...huhuhu.. See, that's why I said retis sure x wape suka ada peminat macam Hana ni.

Nak dijadikan cerita, tahun lepas abang Hana (my only brother) kena berkursus DPA selama 6 bulan. Lepas abang Hana abes kursus tu, kebetulan Hana tengah cuti, Hana sembang2 la dengan abang Hana.

Hana : Ramai x PTD dalam kursus tu?
Abang : Ramai
Hana : Tapi mesti Abang Mat sorang je kan nama Muhammad? (sebab nama hanya Muhammad sahaja ni jarang2 dah)
Abang : Eh, xde la. Ada sorang lagi, retis.
Hana : Haaa... Muhammad mentor tu ke?
Abang : Eh, xde la.. Kumpulan nasyid. Kumpulan Devotees.
Hana : Ek? (macam yang Hana cakap, Hana jenis minat lagu, tapi bukan minat sangat retis, jadi Hana x kenal pun yang mana satu Muhammad. Jangan kata Muhammad la, ahli Devotees lain pun Hana xtau nama apa....)

So, lepas tu, Abang Hana ditugaskan ke Putrajaya. Kebetulan Hana memang belajar kat Bangi. One day, lps sambut besday Hana n Iman, kami g pasar malam sekali ngan kakak n her family. Tiba2 Abang Mat met a guy n called me. Abg Mat told me, itulah Muhammad Devotees. Eleh, padahal Hana dah penah jumpa la masa 2011 dulu... Tapi kalu selisish bahu pun, kompem Hana x cam sbb x amek tau sangat pasal retis...huhuhu... Masa Abg Mat sembang2 dengan Muhammad tu, rupanya Muhammad tu baru balik dari surau. Wah... Kagum Hana dengan retis yang macam tu... Ok, lepas ni, kalu selisih, mungkin dah cam kot...haha... Poyo betul Hana....




~Pada pendapat Hana, golongan retis perlu menunjukkan contoh yang baik macam Encik Muhammad tu sebab golongan retis ni ramai yang minat, ramai yang kenal. So, kalu buat apa2, ramai la mengikut. Insya-Allah, ramai je lagi retis lain yang bagus macam tu jugak. Kumpulan Raihan, Hijjaz tu, rasanya baik2 n selalu solat jemaah kot. Tapi yang lain Hana x penah jumpa waktu dye baru balik dari solat kat surau.


Saturday, March 8, 2014

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Assalamualaikum. kaifa halukum? moga semua sihat dan di bawah naungan redha Ilahi.

Al-Kisah, mcm yg Hana citer kat post ni, Hana demam yang amat teruk sampai nk studi pun x larat. Tapi, punyer la Allah nak tolong, dijadikan cerita, Hana hanya mampu dengar apa yg kwn baca hampir sejam sblm exam sbb nk baca nota pun x larat. tp masa dalam exam, kebetulan apa yg dibaca kawan tu masuk exam n suara dye terngiang-ngiang kat telinga. Alhamdulillah, dapat jwb. Then, next paper, wlpn demam dh semakin ok, tp masa tu ada diuji sikit, exam yg dlm jadualnya petang, tetibe jadi pagi, bangun tido, x mandi (ops!!!), terus masuk exam. Rasanya paper ketiga je yg normal...haha. Tapi, tu la, berkat doa mak ayah, bila check result bln 12 ari tu, alhamdulillah dikurniakan result yg x penah dpt pun sblm ni walaupun sblm ni exam dlm keadaan yg sihat walafiat. Alhamdulillah, Allah bg jugak merasa erti 4 rata tu.

Dan hari ni, hari anugerah pelajar cemerlang. Pulang ke ipis, amek sijil. mulut senyum, tp mata berair la jugak...haha (over!).


~Walaupun hatimu terobek macam mana pun, Allah tetap ada di sisi untuk mengubati lukamu dan membentukmu menjadi insan yang lebih kuat~

Friday, February 28, 2014

Alkisah Praktikum 3 #1


Assalamualaikum semua. Kaifa halukum? Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan rahmat dan redha-Nya.
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, pejam lagi…. Alhamdulillah celik balik..hehe.. Dah lebih sebulan dah praktikum. So, means that, dh x sampai dua bulan je lagi baki praktikum kali ni. Sekarang baru rasa nk bercerita…hehe… Maklumla, bz… bz dgn skolah, bz dengan family. ^_^
Alkisahnya, ari khamis nk ngajar tajuk wahdaniyah. Semua dah prepare except lagu. Dalam buku teks tu ada lagu dengan guna melodi lagu “Di Sini Kita Berkumpul” nyanyia Aeman. Try search kat utube, xde lagi yang buat lag utu upload kat utube. Yela, ni baru tahun pertama tahun 4 KSSR. Try plak search minus one lagu aeman tu, tp x jumpa. So, nk xnk, kena la nyanyi sendiri or suruh orang nyanyikan. Actually, bleh je kalu xnk wat rakaman lagu pun, tp bimbang murid x dapat nyanyi waktu mengajar sebab lag utu mcm lagu yg agak lama sket.
Hana try minta tolong abg ipar (dye sedara Jamal Abdillah) utk nyanyi lagu tu. Kompem la dye xnk.hukhuk…. petangnya, boleh plak ustaz call cakap nk dtg observe esoknya (time nk ngajar benda ni). Mlm tu try la rakam suara sendiri nyanyi. Bila dengar balik, Ya Allah, x sanggup nk dengar. Kalu dah diri sendiri x sanggup nk dengar, apatah lagi orang lain. Apatah lagi ustaz nk observe… -_-
Then, Hana ada la upload kat fb, yg tertulis gini:



Then, ada junior sekolah menengah dulu yg komen n willingly nk bantu (mungkin suara dye sedap). Hana rasa terkejut time tu sebab ada yang sudi nk tolong even Hana post kat fb sbnrnye sje2 je lepas perasaan, x harap pun utk orang bantu. Rupanya ada yang mulia hatinya.
Alkisahnya junior ni, Hana tau dye junior Hana, tapi actually Hana x ingat dye sape. Yela, bila tgk umur, dye f1, Hana f5. Jauh bezanya. Tapi x sangka plak dye ingat Hana (sbb kat fb Hana x guna nama betul). Then, sanggup plak nk membantu. Sangat rasa bersalah kat dye sbb even lps tgk gambar dye pun Hana xleh ingat dye sape. Mungkin junior PRS or junior kat hostel. Tapi serius, Hana rasa bersalah.
Dah tengah malam dye send kat emel, tp sebab internet lembap, ditambah dengan Hana yg dh mamai2, so paginya kat skolah baru Hana bukak. Alhamdulillah, memang sedap pun suaranya. Then, dapat la digunakan untuk observe. Alhamdulillah observe berjalan lancer even markah x tinggi pun. Papepun, yg penting asalkan murid faham n dapat redha Allah.
Untuk akhirnya, Hana mmg sgt berterima kasih pada junior tu. Moga saudari diberkati oleh Allah.

~Kalau dye izinkan, Hana nk upload masuk utube la beserta senikata bagi memudahkan guru2 lain nk ngajar lepas ni. ^_^

sebahagian anak murid

Tuesday, February 4, 2014

REZEKI

Larian anjuran IPG Teknik:
Tahun lepas Hana tak dapat join sbb ada kursus KOM, tapi tahun ni pun still tak dapat jugak join sbb KOM jugak, cumanya kali ni bertugas sbg pegawai KOM pulak.

Itulah, kalau dah bukan rezeki, bukan jugak rezeki kita. Kadang-kadang, Allah uji hambanya bukan dengan menarik nikmat semata-mata, tapi dengan melimpahkan nikmat yang banyak, tapi hambanya perlu memilih... Masa tu la ujian agar diri x bersikap tamak. Sebab kalau tamak, mesti akan rasa resah, gelisah, even Allah dah limpahkan nikmat yang banyak. Hmmmm... So, just saying good bye kat larian tu sbb tahun ni dh final year...huhu ^_^