CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Saturday, November 13, 2010

ILMU QIRAAT


DEFINISI ILMU QIRAAT

Qiraat berasal daripada perkataan “qaraa”, “yaqrau”, “qiraah” yang membawa maksud wajah-wajah bacaan. Manakala, dari segi istilah pula, ilmu qiraat bermaksud cara bacaan yang dinisbahkan kepada beberapa imam qiraat. Manakala maksud ilmu qiraat yang kedua ialah wajah atau bacaan tertentu yang terdapat pada kalimah tertentu yang berhubung sanadnya terus kepada Rasulullah.

SEJARAH ILMU QIRAAT

Al-quran merupakan kalam yang diturunkan kepada Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibrail secara mutawwatir dalam Bahasa Arab, bermula dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah Al-Nas, dan membacanya adalah suatu ibadah. Al-quran ialah sebuah kitab samawi terakhir yang diturunkan oleh Allah, dan ia telah dijanjikan oleh Allah bahawa ia merupakan sebuah kitab yang lengkap dan relevan serta terpelihara sehingga hari qiamat.

Jibril merupakan malaikat yang ditugaskan untuk menyampaikan dan mengajarkan wahyu Allah ini kepada Nabi Muhammad. Berbekalkan ilmu tersebut, Rasulullah mengajarkan pula ilmu qiraat kepada para sahabat sebagaimana yang telah diajarkan oleh malaikat Jibrail. Terdapat berbagai wajah bacaan yang telah Nabi Muhammad ajarkan kepada sahabat-sahabatnya mengikut kesesuaian individu yang menerimanya kerana malaikat Jibrail mengajarkan Al-Quran dalam sab’ah ahruf (tujuh huruf) kepada Nabi Muhammad.

Kemudian, para sahabat mengajarkan pula ilmu qiraat kepada para tabi’in, tabi’in pula mengajarkan kepada tabi’ tabi’in. tabi’ tabi’in ini pula bukanlah semestinya orang arab. Mereka terdiri daripada berbagai bangsa seperti asad. Qis, tamim dan sebagainya. Dengan perkembangan ini, pasti sahaja timbul berbagai lahjah lafaz atau bahasanya. Justeru, memreka memilih untuk mengambil jenis qiraat yang dibawa oleh imam-imam qiraat iaitu yang diambil daripada rasulullah mengikut kesesuaian lidah dan lahjah masing-masing.

Terdapat juga usaha keji pihak tertentu yang cuba mereka-reka qiraat baru yang mana tidak pernah sekalipun diajarkan oleh Baginda Rasulullah. Usaha mereka ini bertujuan untuk meruntuhkan martabat Al-Quran atau untuk kepentingan tertentu. Namun, usaha ini dikekang oleh para ulama’ pada waktu tersebut yang sangat menjaga dan memelihara kesucian Al-Quran. Tambahan pula, Allah pasti tidak memungkiri janji-Nya untuk memelihara Al-Quran sehingga hari qiamat.

RUKUN-RUKUN QIRAAT

1- Muafakat wajah ilmu nahu

Jika terdapat bacaan qiraat di dalam Al-Quran yang bermuafakat dengan kaedah penulisan ilmu nahu walaupun dalam satu wajah, ia akan dikira sah dalam Bahasa Arab. Dalam erti kata lain, ia mestilah menepati kaedah nahu Bahasa Arab.

2- Terdapat di dalam Resam Uthmani

Resam Uthmani memenuhi segala qiraat yang sahih dan menjaga kedudukan beberapa qiraat yang berada di dalam satu lafaz.

3- Isnad yang sahih

Qiraat ini mestilah yang diterima secara mutawwatir sejak zaman Rasulullah. Jika tidak, ia tidak akan diterima, kerana malaikat Jibrail telah membuat penyemakan terakhir dengan Rasulullah sebelum Baginda wafat. Jadi, qiraat yang diterima secara mutawwatir sejak zaman rasulullah adalah sahih sebagai jenis qiraat yang telah malaikat Jibrail ajarkan kepada Rasulullah. Jika kesahihan qiraat tersebut datangnya daripada Rasulullah pun masih diragui (tidak mutawwatir), apatah lagi kesahihan ianya diajarkan oleh malaikat Jibrail lebih-lebih lagilah diragui.

1 comment: