CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Wednesday, November 10, 2010

metodologi Al-Qur’an menerapkan aqidah

Ni sebenarnya sambungan post sebelum ni la. Ni pun note dalam kelas gak. K, xnk merapu panjang, sebab banyak lagi x study. Selamat membaca la ye...


Metodologi ketiga: mendedahkan kepercayaan yang batil dan isbatkan kebatilan

* Mendedahkan ajaran Dahriyyun atau atheis. (mereka x percaya tentang wujudnya tuhan)

(

24. dan mereka berkata: "Tiadalah hidup Yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah Yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

(surah al-jathiyah: 24)

* Mendedahkan tentang kebatilan penyembahan kepada alam. Alam itu contohnya bulan dan matahari hanyalah makhluk ciptaan Allah. Allah lah yang berkuasa menciptakan segala yang ada di bumi dan di langit. Patutkah kita menyembah makhluk ciptaan Allah?

ô

37. dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.

Surah al-fussilat: 37

* Membuktikan bahawa menyembah berhala itu hanyalah amalan yang sia-sia, kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan mahupun keburukan. Sedangkan berhala itu sendiri diciptakan oleh manusia sendiri. Perlukah menyembah barangan yang manusia sendiri hasilkan? Adakah tuhan hanya selemah itu?

(

3. dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda Yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, Yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi); dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan, atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk Yang telah mati.

Surah al-furqan: 3

Metodologi keempat: membentangkan aqidah yang benar dan isbatkan kebenarannya.

* Orang yang berilmu pasti akan dapat merasai kewujudan Allah

yÎ

18. Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah aali-imraan: 18

* Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, pasti akan mendapat balasan di akhirat kelak.


136. Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh.

Surah an-nisa’: 136

* Segala yang berlaku di dunia dan alam semester ini adalajh dalampengetahuan Allah dan dengan izin Allah. Tanpa izin Allah, walau kita berusaha sekeras mana pun, pasti kita tidak akan berjaya. Tetapi, jika Allah mengkehendaki sesuatu, cukup hanya dengan berkata “jadi”, maka jadilah ia.

59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata.

Surah al-an’am: 59

12 comments:

  1. tq...ia sgt berguna utk kami..
    semoga urusan anda dlm peperiksaan dipermudahkan insyaALLAH!..
    kami rujuk buku pengantar tauhid karangan dr rosmawati dan ust latiff muda tp susah utk difahami n cari point..nota anda sgt mmbntu, terima kasih skali lg dan insyaALLAH sme2 bjaya dnia dan akhirat!!..amin

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komen awak...
    maaf, baru perasan ada komen, sebab time awak komen ni Hana dah balik kampung..hehe

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan,,saya ske baca blog wak

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan juga...time kaceh... ^^

    ReplyDelete
  5. wk...ipg bangi ea..ni msty knal dibah azmi??he

    ReplyDelete
  6. a'ah....knl...classmate sy tu...awk kwn dye ek?

    ReplyDelete
  7. aah,,sya dlu 1 sek men dgn dia..nk tnya pasal metadologi alquran yang 1 n 2 bleh?harap wk dapat bantu

    ReplyDelete
  8. awk ipg mne?nama pe?
    tnye la...kalu sy dpt bantu, sy bantu...

    ReplyDelete
  9. saya nur syuadah ,dari ipg tun hussien onn,batu pahat..x fhm sgt tntg metodologi al quran dalam akidah ni...ni pon baca blog wak ni..p trus masok metodologi yg ketiga...??dan kte boleh saling kenal2...terasa bes plak dpt kwn dari ipg len...

    ReplyDelete
  10. oh....ni sambungan dr post yg sblm ni...
    http://hanasyakira90.blogspot.com/2010/11/al-quran-membebaskan-akal-daripada.html

    ReplyDelete