CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, November 14, 2010

REFORMASI PENTADBIRAN ZAMAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Hmmm... Actually, Hana nak tulis benda ni tadi, tp ada perjumpaan blok pulak. Then sakit kepala, cam nak demam. Disebabkan esok nak exam, so, Hana gagahkan diri untuk telan la panadol sebijik (kalau x, jgn harap nak makan ubat).
Ok, Hana nak citer sket sal reformasi pendidikan zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ni. Dengar citer masuk exam esok. Tapi jangan percaye sgt tau. Setakat ni, soalan spot bukannya masuk sangat. Kalau x masuk pun, korang leh r gunakan sebagai rujukan or penambah ilmu kan? Kalau memang dah sedia tau, boleh la sebagai peringatan. hehe...


Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah cucu kepada saidina Umar Bin Al-khatab. Beliau dilantik sebagai ke-6 Bani Umayyah. Beliau mempunyai pekerti yang sangat mulia dan merupakan seorang yang zuhud. Setelah dilantik sebagai khalifah, banyak perubahan dan reformasi yang telah dilaksanakannya untuk kebaikan Islam dan rakyatnya walaupun hanya sempat memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Beliau wafat akibat diracun kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahannya yang telus dan menolak kezaliman.

REFORMASI 1 : Memecat pegawai-pegawai/ wali-wali yang zalim atau tidak cekap dan menggantikannya dengan orang yang lebih baik dan berkelayakan.
Umar Bin Abdul Aziz telah menyelia segala tindakan yang dibuat oleh wali-walinya. Beliau memerhatikan setiap kemungkaran dan tabiat buruk wali yang menindas rakyat dengan kezaliman. Beliau menggantikan tempat wali yang zalim dengan wali yang baik akhlak dan budi pekertinya. ketegasan pendiriannya dalam menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya dengan menjalankan hukum-hukum yang hak termasuk memecat gabenor-gabenor yang tidak berkelayakan adalah sama seperti mendirikan solat dan membayar zakat.

REFORMASI 2 : Penubuhan Baitul Mal dan mengembalikan harta yang tidak sah ke dalam baitul Mal
Sifat amanah yang tinggi mendorong umar Bin Abdul Aziz untuk berlaku adil terhadap semua pihak baik kepada dirinya, keluarganya mahupun kerabatnya yang dekat sekalipun. Sebagai contoh, beliau menjual tenda-tenda yang diberikan kepada beliau di atas pelantikan sebagai Khalifah dan wang tersebut dimasukkan ke dalam Baitul Mal. Begitu juga kuda-kuda yang dihadiahkan kepada beliau sewaktu diangkat sebagai khalifah, beliau menolak untuk menggunakan kuda-kuda tersebut sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri. harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitu Mal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas sebab, ia adalah harta rakyat. segala bentuk jamuan dalam negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan. Beliau merampas kembali harta yang diseleweng oleh pegawai dan mengembalikannya kepada baitul mal.

REFORMASI 3: Menghapuskan amalan nepotisme dan mengembalikan sistem syuraa.
Beliau menurunkan darjat kaum kerabatnya sendiri sekiranya mereka tidak mampu menegakkan keadilan dan memerintah berunsurkan tipu daya. beliau mengembalikan semula sistem syuraa dan mengambil kira pendapat rakyatnya yang bernas dan tepat dan beliau sangat tidak mahu menyusahkan rakyatnya. syuraa benar-benar hidup di zamannya menggantikan sistem nepotisme yang bersifat diktator.

REFORMASI 4: Mengubah dasar kerajaannya dengan mementingkan kebajikan rakyatnya.
Sebelum pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, sistem pemerintahan hanya tertumpu pada pungutan hasil cukai dan pembangunan material sahaja dan tidak mementingkan pembangunan rohani dan keagamaan. Namun, beliau menukar dasar dengan mementingkan kebajikan rakyatnya dan mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama sehingga sangat sukar untuk berjumpa fakir miskin yang berhak untuk menerima zakat.

REFORMASI 5: Mengubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata
Zaman pemerintahan khalifah sebelumnya amat mementingkat hal-hal duniawi dan ada yang bercanggah dengan hukum agama. Perkara-perkara tersebut menjadi bualan rakyat jelata. jadi beliau merubah sistem pemerintahan dengan mementingkan perkara ukhrawi dan ilmu sehingga tajuk yang menjadi perbualan utama pada zamannya ialah tentang solat, doa dan ibadah serta peningkatan ilmu.

REFORMASI 6: Penubuhan jabatan awam (dewan)
penubuhan ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai. antara jabatan yang ditubuhkan ilah jabatan ketenteraan, jabatan pengaduan awam dan lain-lain.

REFORMASI 7: Pembaharuan dasar berkaitan sistem percukaian, tanah dan taraf kaum hamba.
Beliau telah memansuhkan undang-undang cukai tanah kerana ia membebankan para petani. Beliau juga meningkatkan juga taraf kaum hamba dengan membela nasib metreka yang ditindas. Gaji buruh juga dinaikkan sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan. Beliau juga menghapuskan cukai jizyah yang dikenakan kepada orang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

REFORMASI 8: Pengenalan sistem kalendar Islam
Beliau telah memperkenalkan satu sistem kalendar Islam yang mengikut peredaran bulan mengelilingi bumi bermula dengan detik penghijrahan Nabi. Sistem kalendar ini membantu Umat Islam terutamanya dalam menentukan awal Ramadhan dan Syawal.

REFORMASI 9: Perumusan kod etika bagi pemimpin, hakim dan tentera.
Ianya bertujuan untuk mengelakkan pemimpin, hakim dan tentera menyalahgunakan kuasa mereka kerana ia akan menindas rakyat.

REFORMASI 10: Pembinaan bandar dan kemudahan infrastruktur
Antara bandar yang dibangunkan ialah Basrah, Kufah, Fustat dan lain-lain. Selain itu, kemudahan infrastruktur seperti sekolah dan hospital turut dibina bagi memudahkan rakyat. Beliau juga membesarkan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram agar dapat menampung lebih ramai jemaah untuk solat.

REFORMASI 11: Peningkatan ilmu
Beliau telah mengarahkan cendikiawan Islam untuk menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan berbagai lagi bidang ilmu daripada Bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam Bahasa Arab agar memudahkan umat Islam mempelajarinya. Beliau juga banyak membina sekolah agar semua rakyatnya berpeluang untuk menuntut ilmu.

REFORMASI 12: Dakwah dan syiar Islam
Beliau menitik beratkan penghayat agama dalam kalangan rakyatnya. Beliau memerintahkan rakyatnya agar mendirikan solat secara berjemaah di masjid. Beliau juga menjadikan masjid sebagai tempat untuk mempelajari hukum-hukum Islam sebgaimana pada zaman Rasulullah dan Khalifah Arrasyidin. Beliau turut memerintahkan Muhammad Bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah untuk mengumpul dan menyusun hadis-hadis Rasulullah. Beliau juga menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara dan beberapa orang lagi pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar untuk mengajak mereka memeluk Islam. Selain itu, beliau juga telah menghapuskan cacian terhadap saidina Ali dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci Al-Quran. Ini kerana, Saidina Ali dan keluarganya adalah antara insan mulia yang banyak membantu Rasulullah dalam perjuangan Islam dan sebagai umat Islam, tidak berhak mencaci mereka.

11 comments:

  1. Thanks a billion for this!! Semoga dirahmati Allah S.W.T

    ReplyDelete
  2. sama2.... =). terima kasih...semoga awk juga dirahmati oleh Allah... =)

    ReplyDelete
  3. thanks..berguna ntuk saya..kamsa hamnida.

    ReplyDelete
  4. welcome....alhamdulillah kerana boleh menyumbang walau hanya sedikit manfaat... ^^

    ReplyDelete
  5. dia mmrintah slama 6 thn atau 8 thn??

    ReplyDelete
  6. Beliau memerintah selama 852 hari bersamaan dgn 2 tahun 5 bulan....ada mention kat atas tu...cer try baca balik.. ^^

    ReplyDelete
  7. perkongsian informasi yg amat menarik..tq

    ReplyDelete
  8. perkongsian informasi menarik..tq

    ReplyDelete
  9. wlcm...saya hanya menyampaikan setakat apa yang termampu...alhamdulillah jika dapat membantu.. ^^

    ReplyDelete