CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, January 30, 2011

joli-joli Alamanda

Bersempena dengan masuknya elaun ke dalam akaun, Hana pun apa lagi, joli la...kuikui.... Dengan Cik Nor, Cik X and B....Then, tetibe lak 2 orang junior ni ikut kitorg...Arif and Muslim...takpe la, jd orang suruhan...kuikui..... Lokasi: Alamanda, Putrajaya..... Wahhh....dengar cam gempak je kan? Padahal, beli barang-barang keperluan je. Bak kata Arif and Muslim , "Akak beli barang-barang ni semua nak bawak balik rumah ke?". Ada ke patut? haha...tapi takleh nak kata gak, sebab Hana beli cecair pencuci yang 5L punyer, bulu ayam yang sapu habuk tu and ntah apa-apa lagi la. Memang stok 1 sem r...hehe

Kata nak joli kan? Mesti la masuk macam-macam kedai. Tapi lebih kepada teman kawan or usha2 je...hehe... Yang joli lebih nyer kat carefour jek...kuikui... Antara kedai yang Hana masuk, kedai baby (sebab nak cari hadiah untuk Haziq n Riz....). Banyak jugak la kedai baby yang kitorang masuk, tapi lastly beli kat Parkson. 2 pasang kasut, almost same but little bit different... I hope they'll like that. Kalau tak suke pun, paksa jugak pakai...hehehe...




perasan tak perbezaan 2 kasut ni? tak? tak prihatin betul....ish2....hehe



Then, masuk jugak kedai kamera....wah.....kitorang punyer berangan, sampai abg salesman tu sengih jek...kuikui... Teringat lak peristiwa dalam kelas pagi Jumaat tu. Sembang-sembang dengan classmate sampai la keluar topik sal kamera. Nani pun search la kat internet harga-harga kamera. Ada 1 kamera tu, harga dye RM16+++. Terbeliak mata kitorang tengok harga. Mahal lagi dari hantaran kahwin dah.... kalau kahwin, dpt hantaran ni 1 dulang dh cukup dh...haha..




ni la kamera nyer....



Oleh sebab banyak sangat berjalan, so kami terpaksa la solat Asar and Maghrib kat situ. Takpe, surau kat Alamanda agak selesa. Masa lepas solat Maghrib, Hana ngadap la cermin, nak pakai tudung. It takes time sebab Hana pakai belit-belit ari tu. Entah mood apa la pakai belit-belit...hehe... Biasanya Hana pakai simple je. Maybe mood orang kaya baru kot...hehe

Tengah-tengah duk pakai tudung tu, Hana perasan orang sebelah kiri Hana. Dia bukan tengah pakai tudung, tp tengah make up. Actually at first, Hana kagum tengok muka dye. Cantik sangat. Her eyes, her skin...sangat cantik. Lepas tu baru Hana perasan baju dye. Dye pakai gaun labuh yg non-sleeves...ada la tali halus... Maybe nak pergi function kot. Rasa bersalah lak tengok dye lama-lama tadi. Mesti dye ingat Hana tengok dye tadi sebab pakaian dye.

Hana sebenarnya kagum kat dye. Walaupun dye pakai gtu, dye tetap solat. Tak malu dengan pandangan orang. Bukannya Hana nak menggalakkan orang buka aurat. Hana just puji dari side yang patut dipuji. At least dye terlepas 1 dosa. Hana tak mampu untuk tegur dye agar menutup aurat. Takkan r x kenal, jumpa-jumpa terus cakap sal aurat. Sape yang bleh terima kan? Hana just mampu doakan agar satu hari nanti dye akan menutup aurat dye. Ameen.....

Thursday, January 20, 2011

NIKMATNYA!


Yeay, hari ni sambutan Thaipusam. Bukan Hana suka sebab Hana sambut perayaan ni, tapi Hana suka sebab dapat cuti umum...hehe..




Bukan sebab Hana malas belajar, ish2, cikgu tak leh malas-malas belajar... Tapi sebab Hana memang betul-betul letih sepanjang minggu ni. Jadi cuti yang ada ni, memang Hana terima dengan besar hati la. Syukur sangat-sangat. hehe...

Tapi cuti hari ni tak bermakna Hana boleh makan tidur macam tu je. Pagi hari cuti ni pun Hana ada kuliah. Tapi bukan kuliah yang belajar tu la. Hana ada kuliah Darussyifa'. Hana join kelas perubatan Darussyifa' ni bukannya apa. Hana nak protect diri sendiri dan cuba bantu keluarga. Keluarga Hana memang selalu jugak kena ganggu. Kalau jumpa bomoh, dyorang kata ada yang menghantar. Tapi kalau pergi kat perubatan Islam, takde pulak dia kata apa-apa. Yela, kalau dyorang kata ada yang menghantar, tak pasal-pasal pulak kita syak kat sape-sape kan? Buruk sangka tu kan tak baik. So, orang hantar ke, ada yang sengaja nak tumpang ke, yang penting kita berubat. yang paling penting, cara kita berubat tu selari dengan syariat kita.

Alhamdulillah, dengan cuti ni, berpeluang la Hana nak jogging (minggu ni tak jogging pun lg...). Selain tu, berpeluang untuk ke masjid time maghrib dan isyak. Sebelum ni ada meeting la, klas la, usrah la... Tak berpeluang nak pergi masjid... Syukur sangat dengan cuti nan sehari ni... ^^

Okeyla, kita hargailah setiap hari yang kita ada. Cuti ke tak cuti ke, tetap kita kena hargai sebab setiap hari tu adalah nikmat yang tak ternilai bagi kita sebab kita masih diberikan masa, ruang dan peluang untuk menambah amal kita sebagai bekalan ke dunia sana. Okey, jangan tension-tension. Ni bukan ceramah, tapi sekadar peringatan kepada diri Hana sendiri dan pembaca (kalau ada pembaca la... hehe)

Monday, January 17, 2011

ASSEMBLY 17/01/11

Assembly hari ni macam perhimpunan bulanan biasa la... Cuma yang lain sket, nama JPP baru diumumkan. K, Hana taknak cakap pasal tu, sebab Hana tak kisah sangat pun pasal tu...hehe

Pe yang Hana nak highlight kat post kali ni ialah ucapan Timbalan Pengarah tadi. Pe yang Tuan Haji Anuar sebut tadi ek? Takkan dah lupa kot? Nampak sangat tak pay attention kan? Ke tidur?ish2...mentang-mentang la duduk je dalam dewan tadi, ada air-cond pulak tu...haha.. K, antara banyak-banyak yang Timbalan sebut tadi, ni je Hana nak share:


KEJAYAAN SESUATU ORGANISASI BERGANTUNG PADA:
PEOPLE
POLICY
PROCESS
PERFORMANCE
PRACTICE


................renung-renungkan, dan selamat beramal..................

Thursday, January 13, 2011

SANAH HELWAH, HANA

Setelah lebih kurang 9 bulan 10 hari kita berada dalam alam rahim atau dalam kandungan ibu kita yang tercinta, lalu lahirlah kita di dunia ini seperti yang telah dijanjikan oleh Allah tanpa lewat atau awal walau sedetik pun.



Hari kelahiran kita merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup kita. Permulaan usia kita di dunia ini. Mangakhiri penantian ibu dan ayah yang pastinya tidak sabar-sabar untuk menatap, mendukung dan memeluk kita. Segala kesakitan yang ditanggung oleh ibu kita semasa mengandung dan melahirkan serta merta hilang tatkala mendengar tangisan pertama kita sebaik selamat dilahirkan. Alangkah bertuahnya kita diberi peluang untuk lahir ke dunia sebagai makhluk yang paling banyak keistimewaan. Tambahan pula ditakdirkan lahir dalam keluarga yang sangat mengasihi kita.

Setelah kita dapat mengingat, hari lahir adalah hari yang paling kita tunggu-tunggu saban tahun. Dalam hati mengharapkan ucapan dan hadiah daripada orang tersayang. Ada ibu bapa yang berada yang menyambut hari lahir anaknya dengan parti besar-besaran. Bagi yang sederhana pula masih menganjurkan jamuan hari lahir bagi menggembirakan hati si anak. Bagi yang lebih memahami penghayatan agama pula mengadakan kenduri doa selamat agar usia anaknya yang bertambah diiringi dengan keberkatan.

Hadiah dan ingatan daripada rakan-rakan dan insan-insan tersayang pastinya sangat-sangat membawa kesan di hati. Segalanya pasti akan menjadi sesuatu yang berharga bagi kita. Kita juga pasti mengharapkan hadiah yang diterima itu adalah ahdiah yang sangat berharga dan bernilai serta istimewa. Jikalau orang yang kita sayang tidak mengingati hari lahir kita, pastinya hati kita begitu tersentuh dan terluka. Pastinya terasa diri tidak dihargai.

Namun, pernahkah kita terfikir apa hadiah yang selayaknya kita berikan kepada diri kita sendiri? Jika kita mengharapkan hadiah yang berharga daripada orang lain, pasti juga kita harus menghadiahkan sesuatu yang berharga buat diri kita sendiri.

Sebelum ini, Hana tak pernah terfikir untuk memberikan hadiah kepada diri sendiri. Sehinggalah pada tahun ini, Hana mendapat mesej daripada CELCOM tentang bonus hari lahir sewaktu Hana mendengar satu lagu yang Hana kira mempunyai pengertian yang tersendiri bagi Hana.

Hari lahir adalah hari yang sepatutnya menjadi peringatan bagi kita tentang usia kita yang masih berbaki di dunia ini. Jika tahun ini Hana bakal menyambut hari lahir yang ke-21, maka masih tinggal berapa lama lagikah untuk Hana di dunia ini? Akankah ada lagi Hana untuk menyambut hari lahir yang ke-22 dan seterusnya? Cukupkah masa yang tinggal buat Hana bagi menebus segala dosa dan kesalahan serta berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertindak sebagai khalifahnya di dunia ini? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui tentang segala sesuatu. Rebutlah masa yang ada ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa kepada-Nya.

“Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian,

Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh,

Ingat lima perkara sebelum lima perkara,

Lapang sebelum sempit,

Muda sebelum tua,

Kaya sebelum miskin,

Sihat sebelum sakit,

Hidup sebelum mati…..”

Tuesday, January 11, 2011

SEANDAINYA DAPAT KITA BERTEMU...

Setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk bertemu dengan seseorang yang tidak pernah ditemuinya. Jika ditanya kepada umat Islam di seluruh dunia, pastinya hampir semua yang akan menyatakan keinginan untuk bertemu dengan kekasih Allah yang mulia iaitu Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad (SAW). Pernah kita mendengar kisah insan-insan bertuah yang berpeluang bertemu dengan Rasulullah dalam mimpi. Alangkah nikmatnya. Tapi lihat sajalah orang yang berpeluang berjumpa dengan Rasulullah di dalam mimpi. Mereka diuji dengan berbagai ujian, namun jangan kan cakap nak menyalahkan takdir, tetapi merungut pun tidak. Subhanallah... marilah kita sama-sama mencuba untuk menjadi mukmin yang bertaqwa pada-Nya.

Namun, jika kita diberi pilihan untuk bertemu dengan orang-orang biasa yang telah meninggal dunia di dalam mimpi, Hana teringin untuk bertemu dengan arwah atuk Hana, Ibrahim Bin Ahmad dan arwah abang Hana yang ke-4, Yahya Bin Hussin.

Hana tak pernah bertemu dengan dua insan ini. Arwah atuk Hana ni meninggal semasa abang Hana yang ke-3 baru dilahirkan. Menurut cerita yang disampaikan oleh ayah dan emak Hana, atuk Hana ni dikatakan seorang ayah yang tegas, tetapi atuk yang sangat penyayang. Beliau seorang yang patuh pada syariat Islam dan sangat baik hati kepada orang-orang yang memerlukan. Bila Hana mendapat tawaran untuk menjadi guru pelatih (ustazah), Hana bisikkan seorang diri seolah atuk mendengar, "Tok Im, Hana bakal jadi ustazah". Kubur atuk kat kampung. Hana tak pernah balik ke kampung...

Arwah abang Hana ni meninggal dunia semasa berumur setahun 3 bulan. Masa tu, keluarga Hana baru berpindah ke Terengganu. Keluarga Hana sangat susah waktu tu. Arwah abang meninggal pada hari raya puasa yang pertama. Bayangkanlah, betapa sedihnya mak Hana waktu tu. Hana beza umur dengan abang 5 tahun. Jadi, lebih kurang 4 tahun lepas tu baru Hana lahir. Walaupun tak banyak cerita tentang abang yang diceritakan sebab abang 'pergi' awal, namun Hana sangat-sangat merindui abang. Sekarang ni, Hana hanya punya seorang abang (yang ke-3).

Semoga roh mereka semua dirahmati oleh Allah.. Entah bila tibanya masa Hana pula...

Thursday, January 6, 2011

CERITA CUTI...

Lama benar Hana tidak mencoret sesuatu di sini. Memang telah Hana katakan, Hana tidak dapat mencoret sesuatu di sini sepanjang Hana bercuti, tetapi hajat di hati ingin terus menulis sebaik sahaja cuti tamat. Namun, malang tak berbau, sampai sahaja Hana ke sini, Hana terus sahaja diserang penyakit yang Hana tak sukai. Hana diserang selsema... T_T

Sekarang pun Hana tak sembuh lagi.huhu..cian kat Hana. Tapi takpe la, Hana sanggup luangkan masa untuk menulis di sini.

Cuti yang lepas, banyak perkara yang Hana lakukan. Hana buat lesen P untuk motosikal dan kereta dan macam-macam lagi la. Happy sangat sebab dah dapat lesen. Penat sangat sebab Hana buat lesen tu dalam masa just 2 minggu je. Hana tak buat kat kampung Hana. Tapi Hana buat kat negeri lain, kat rumah abang Hana. Dalam masa Hana buat lesen ni, Hana ada la kenal beberapa orang yang buat lesen jugak sekali dengan Hana. majoriti nyer muda dari Hana la.. Ramai yang after form 4 dan spm... Perbualan dengan seorang lelaki yang sebaya dengan adik Hana ni la yang masih lagi Hana ingat. Kenapa Hana ingat? Bukan la sebab dia handsome pun.hehe.. Tapi sebab ia buat Hana rasa bertuah belajar di IPG ni. Walaupun sebelum ni Hana sering sangat confuse either keputusan Hana masuk IPG ni tepat atau tak. Dia ni belajar kat sebuah koleh swasta peringkat diploma je. Tapi jumlah pinjaman yang dia terpaksa hutang dengan PTPTN sebanyak RM60 000. Tapi banyak yang habis untuk yuran pengajian. Untuk duit poket lebih kurang seribu lebih je sebulan. Memang sesak jugak nk berjimat tu. Bila dah kerja nanti, gaji yang tak seberapa tu terpaksa bayar balik pinjaman la, makan la, nak tolong mak ayah la, nak kumpul duit nak kahwin la. Kesiannya. Hana rasa bersyukur sangat sebab tak payah ambil pinjaman. Dapat elaun lagi tiap-tiap bulan. Syukur sangat-sangat.

Selain tu, Hana dapat anak saudara baru...hoyeay!!! Nama putera idaman Hana yang sorang ni ialah Muhammad Harith Haziq. Haziq ni anak saudara kelima Hana, tapi anak pertama daripada kakak kedua Hana. Cian kat kakak Hana ni, dia dah berkahwin 7 tahun, baru memperoleh zuriat, Alhamdulillah...akhirnya Haziq idaman semua ni lahir pada 29/12/2010... Suka bebenor la abah dan ibunya...hehe

muhammad harith haziq tengah nyenyak tidur...

Semasa Hana berada kat rumah abang, kakak sulung Hana ada hantar mesej, bertanyakan sama ada Hana ada ke Kuantan ataupun tak sebelum ke rumah abang. Hana jawab la tak pernah sebab memang tak pernah. Rupanya, kakak Hana bertanyakan begitu sebab ada fitnah tentang Hana ni disebarkan, dan sampai ke telinga kakak Hana. Kononnya, Hana berjalan berpelukan dengan seorang lelaki di Kuantan. Amboi... ada ke patut buat fitnah macam tu? Orang tu kenal sangat ke Hana, sampai nak buat fitnah macam tu. Mak Hana tu bukan macam mak orang lain, sesenang hati je nak benarkan Hana keluar dari rumah. Lagipun, Hana mana la ada sangat kawan yang dekat-dekat rumah atau kat Kuantan. Kawan-kawan Hana semuanya jauh-jauh. Lagipun Hana ni bukan la jahil sangat pasal agama sampai tergamak nak berpelukan dengan lelaki sampai macam tu. At least Hana akan protect la kehormatan tudung labuh yang Hana pakai. Kalau ye pun nak buat fitnah, logik la sikit. Kuantan tu jauh la. Hana tak jejak kaki pun kat Kuantan sepanjang bercuti di rumah. Kat bandar dekat dengan rumah tu ada la dua kali. Tu pun pergi dengan ayah.

Sebelum ni, Hana sering dengar fitnah yang disebarkan tentang kakak-kakak dan abang Hana. Namun sekarang dah tiba masa Hana pulak. Yang suka sangat fitnah kami adik beradik kenapa? Kami ni bukannya jenis kacau orang. Balik kampung, duduk je kat rumah tu. Tapi fitnah tersebar jugak. Entah la..ni la susahnya bila hati dah ada perasaan hasad dengki. uiks...ter emosi la pulak....

Hana ni jarang menang kalau ada cabutan bertuah. Tapi hari terakhir 2010 yang lepas, Hana menang cabutan bertuah sebuah handphone blackberry. Memang happy sangat-sangat sebab handphone Hana yang sekarang ni pun memang bermasalah. Namun, rasa happy tu merudum bila syaratnya kena langgan postpaid celcom sebanyak RM118 sebulan (internet, balckberry service n panggilan n sms). Hana pun serahkan je sampul hadiah tu kat abang. Ikut abang la kalau dia nak. Hana tak mampu la. Banyak lagi benda penting yang Hana nak kena beli. Kalau Hana dah jadi cikgu, kot-kot Hana ambil.


handphone blackberry.....


Ok la..tu je kot coretan dan bebelan Hana buat masa ni..