Sekarang pun Hana tak sembuh lagi.huhu..cian kat Hana. Tapi takpe la, Hana sanggup luangkan masa untuk menulis di sini.
Cuti yang lepas, banyak perkara yang Hana lakukan. Hana buat lesen P untuk motosikal dan kereta dan macam-macam lagi la. Happy sangat sebab dah dapat lesen. Penat sangat sebab Hana buat lesen tu dalam masa just 2 minggu je. Hana tak buat kat kampung Hana. Tapi Hana buat kat negeri lain, kat rumah abang Hana. Dalam masa Hana buat lesen ni, Hana ada la kenal beberapa orang yang buat lesen jugak sekali dengan Hana. majoriti nyer muda dari Hana la.. Ramai yang after form 4 dan spm... Perbualan dengan seorang lelaki yang sebaya dengan adik Hana ni la yang masih lagi Hana ingat. Kenapa Hana ingat? Bukan la sebab dia handsome pun.hehe.. Tapi sebab ia buat Hana rasa bertuah belajar di IPG ni. Walaupun sebelum ni Hana sering sangat confuse either keputusan Hana masuk IPG ni tepat atau tak. Dia ni belajar kat sebuah koleh swasta peringkat diploma je. Tapi jumlah pinjaman yang dia terpaksa hutang dengan PTPTN sebanyak RM60 000. Tapi banyak yang habis untuk yuran pengajian. Untuk duit poket lebih kurang seribu lebih je sebulan. Memang sesak jugak nk berjimat tu. Bila dah kerja nanti, gaji yang tak seberapa tu terpaksa bayar balik pinjaman la, makan la, nak tolong mak ayah la, nak kumpul duit nak kahwin la. Kesiannya. Hana rasa bersyukur sangat sebab tak payah ambil pinjaman. Dapat elaun lagi tiap-tiap bulan. Syukur sangat-sangat.
Selain tu, Hana dapat anak saudara baru...hoyeay!!! Nama putera idaman Hana yang sorang ni ialah Muhammad Harith Haziq. Haziq ni anak saudara kelima Hana, tapi anak pertama daripada kakak kedua Hana. Cian kat kakak Hana ni, dia dah berkahwin 7 tahun, baru memperoleh zuriat, Alhamdulillah...akhirnya Haziq idaman semua ni lahir pada 29/12/2010... Suka bebenor la abah dan ibunya...hehe
Semasa Hana berada kat rumah abang, kakak sulung Hana ada hantar mesej, bertanyakan sama ada Hana ada ke Kuantan ataupun tak sebelum ke rumah abang. Hana jawab la tak pernah sebab memang tak pernah. Rupanya, kakak Hana bertanyakan begitu sebab ada fitnah tentang Hana ni disebarkan, dan sampai ke telinga kakak Hana. Kononnya, Hana berjalan berpelukan dengan seorang lelaki di Kuantan. Amboi... ada ke patut buat fitnah macam tu? Orang tu kenal sangat ke Hana, sampai nak buat fitnah macam tu. Mak Hana tu bukan macam mak orang lain, sesenang hati je nak benarkan Hana keluar dari rumah. Lagipun, Hana mana la ada sangat kawan yang dekat-dekat rumah atau kat Kuantan. Kawan-kawan Hana semuanya jauh-jauh. Lagipun Hana ni bukan la jahil sangat pasal agama sampai tergamak nak berpelukan dengan lelaki sampai macam tu. At least Hana akan protect la kehormatan tudung labuh yang Hana pakai. Kalau ye pun nak buat fitnah, logik la sikit. Kuantan tu jauh la. Hana tak jejak kaki pun kat Kuantan sepanjang bercuti di rumah. Kat bandar dekat dengan rumah tu ada la dua kali. Tu pun pergi dengan ayah.
Sebelum ni, Hana sering dengar fitnah yang disebarkan tentang kakak-kakak dan abang Hana. Namun sekarang dah tiba masa Hana pulak. Yang suka sangat fitnah kami adik beradik kenapa? Kami ni bukannya jenis kacau orang. Balik kampung, duduk je kat rumah tu. Tapi fitnah tersebar jugak. Entah la..ni la susahnya bila hati dah ada perasaan hasad dengki. uiks...ter emosi la pulak....
Hana ni jarang menang kalau ada cabutan bertuah. Tapi hari terakhir 2010 yang lepas, Hana menang cabutan bertuah sebuah handphone blackberry. Memang happy sangat-sangat sebab handphone Hana yang sekarang ni pun memang bermasalah. Namun, rasa happy tu merudum bila syaratnya kena langgan postpaid celcom sebanyak RM118 sebulan (internet, balckberry service n panggilan n sms). Hana pun serahkan je sampul hadiah tu kat abang. Ikut abang la kalau dia nak. Hana tak mampu la. Banyak lagi benda penting yang Hana nak kena beli. Kalau Hana dah jadi cikgu, kot-kot Hana ambil.
Ok la..tu je kot coretan dan bebelan Hana buat masa ni..
No comments:
Post a Comment