CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Tuesday, January 11, 2011

SEANDAINYA DAPAT KITA BERTEMU...

Setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk bertemu dengan seseorang yang tidak pernah ditemuinya. Jika ditanya kepada umat Islam di seluruh dunia, pastinya hampir semua yang akan menyatakan keinginan untuk bertemu dengan kekasih Allah yang mulia iaitu Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad (SAW). Pernah kita mendengar kisah insan-insan bertuah yang berpeluang bertemu dengan Rasulullah dalam mimpi. Alangkah nikmatnya. Tapi lihat sajalah orang yang berpeluang berjumpa dengan Rasulullah di dalam mimpi. Mereka diuji dengan berbagai ujian, namun jangan kan cakap nak menyalahkan takdir, tetapi merungut pun tidak. Subhanallah... marilah kita sama-sama mencuba untuk menjadi mukmin yang bertaqwa pada-Nya.

Namun, jika kita diberi pilihan untuk bertemu dengan orang-orang biasa yang telah meninggal dunia di dalam mimpi, Hana teringin untuk bertemu dengan arwah atuk Hana, Ibrahim Bin Ahmad dan arwah abang Hana yang ke-4, Yahya Bin Hussin.

Hana tak pernah bertemu dengan dua insan ini. Arwah atuk Hana ni meninggal semasa abang Hana yang ke-3 baru dilahirkan. Menurut cerita yang disampaikan oleh ayah dan emak Hana, atuk Hana ni dikatakan seorang ayah yang tegas, tetapi atuk yang sangat penyayang. Beliau seorang yang patuh pada syariat Islam dan sangat baik hati kepada orang-orang yang memerlukan. Bila Hana mendapat tawaran untuk menjadi guru pelatih (ustazah), Hana bisikkan seorang diri seolah atuk mendengar, "Tok Im, Hana bakal jadi ustazah". Kubur atuk kat kampung. Hana tak pernah balik ke kampung...

Arwah abang Hana ni meninggal dunia semasa berumur setahun 3 bulan. Masa tu, keluarga Hana baru berpindah ke Terengganu. Keluarga Hana sangat susah waktu tu. Arwah abang meninggal pada hari raya puasa yang pertama. Bayangkanlah, betapa sedihnya mak Hana waktu tu. Hana beza umur dengan abang 5 tahun. Jadi, lebih kurang 4 tahun lepas tu baru Hana lahir. Walaupun tak banyak cerita tentang abang yang diceritakan sebab abang 'pergi' awal, namun Hana sangat-sangat merindui abang. Sekarang ni, Hana hanya punya seorang abang (yang ke-3).

Semoga roh mereka semua dirahmati oleh Allah.. Entah bila tibanya masa Hana pula...

No comments:

Post a Comment