Monday, July 26, 2010
MURID OH MURID!
Baru-baru ni, Hana ada tolong sorang senior untuk marking paper kuiz students tempat dia praktikum. Senang citer, kuiz tu kuiz jawi la…so, Hana nak citer sket la pengalaman Hana tu…
Mulanya, ok la. Hana still lagi boleh mark. Then, cabaran makin meningkat, bila marking paper yang dyorg kena translate tulisan rumi ke jawi. Kepala makin berdenyut, nak faham apa yang dyorang tulis. Then, perut pulak dah sakit, pasal asyik duk gelak je masa marking paper dyorang tu…hahahaha..sampai meleleh-leleh air mata Hana. Kawan-kawan lain yang tolong mark jugak pun sama je macam Hana. Semua gelak macam nak pecah perut.
Ada ke patut, Abu Thalib jadi, Abu Tulub. Ada tu, jadi Abu Tulum. Ada banyak lagi la word yang bertukar jadi sangat kelakar. Macam-macam ada..biasa la.. kanak-kanak…
Apa yang Hana paling takleh tahan, bila ada pulak pesanan kat situ. Pesanannya berbunyi “tak boleh buat, terlalu lemah”. Rupanya betullah apa yang cikgu-cikgu Hana dulu cerita pengalaman dyorang marking paper. Rupanya wujud orang yang tinggalkan pesanan macam ni…haha, first time Hana jumpa.
Masa marking paper, sangat susah nak faham tulisan mereka. Agaknya macam tu la cikgu-cikgu marking paper student dulu. kalau la Hana tau awal-awal, takdenyer Hana nak tulis kecik-kecik dulu. rupanya amat menyusahkan cikgu. Ada tulisan tu macam tulisan tamil pun ada. Ada yang macam nak tulis, tak nak tulis. Ada gak yang sangat la ‘cantik’, sampai Hana taktau dia tulis apa.
Agak-agak macam mana la Hana nak marking paper bila dah jadi cikgu nanti ye?hmm.. entah la. Rasanya makin bertambah la power spect Hana. Haha… memang agak tension la marking paper ni. Heheh… untuk semua, bila dah ada anak nanti, ajar-ajar la anak tulis besar-besar sikit dan cantik-cantik sikit ye. Mudahkanlah kerja cikgu-cikgu agar berkat sikit anak tu nak belajar bila memudahkan kerja cikgu..heheh.. (^_^)
Friday, July 23, 2010
al-hiwayah
Urm… apa yang Hana nak tulis kali ni ek? Hana citer pasal hobi la.urm.. hobi? Sebenarnya Hana ni ada banyak sangat hobi. Berubah-ubah dari semasa ke semasa.ish2, x tetap pendirian langsung…hehe
Kecik2 dulu, Hana suka sangat melukis. Ingat lagi, masa tu rumah kayu. Parent tak mampu nk cat rumah, then parent just tampal kertas mahjung kat diding sebab nak bagi nampak lawa. Tapi apa yang Hana wat? Apa lagi, kan? Mesti la ambil peluang yang ada. Gunakan sebaik-baiknya. Hehe.. nampak putih bersih je. So, Hana pun ‘pinjam’ (tanpa kebanaran) pen abang Hana. Hana pun memulakan kegiatan seni Hana kat dinding tu..haha.. cian kat parent, penat2 dyorg tampal kertas mahjung nak lawakan dinding, boleh pulak Hana ‘mencantikkan’ lagi. Ada jugak Hana melimpahkan karya kat buku-buku latihan abang. Teruk betul dapat adik yang mulut senyap, tapi tangan laju je. Pantang takde orang, ada la something yang Hana akan buat. Yang pasti, benda tu akan menghuru harakan keadaan…haha..
Hana ni suka lukis orang. Tapi orang perempuan je. Kalau lelaki, Hana tak pandai lukis. Antara kartun yang favourite sket Hana lukis, kartun sailormoon. Huhu.. entah la. Kanak2 kan, memang terpengaruh sket dengan kartun. Tapi seronok betul melukis ni.
Bila dah masuk sekolah menengah, Hana dah jarang melukis. Sebab dah mula sibuk dah. Masa form 3, Hana mula suka menulis cerpen. Cerpen cinta, cerpen persahabatan. Cerpen islamik tak tulis la pulak, sebab Hana tak berani nak tulis sal cerpen Islamik ni, takut tersalah info. Pernah la jugak sekali, cerpen Hana masuk majalah sekolah. Hehe..
Tapi, bila masuk matrik, semua hobi tu hilang. Macam dah takde hobi la pulak. Bukan tak rindu nak melukis, menulis, tapi kat matrik Hana memang betul-betul sibuk. Sibuk dengan pelajaran, sibuk dengan aktiviti.
Bila kat sini pulak, Hana dah bertukar hobi dengan surf internet sebab dah ada laptop. Banyak jugak habiskan masa kat facebook (jangan tiru ek). Tapi sekarang, Hana dah kurangkan sikit berfacebook tu. Hana buka, tapi tak layan sangat. Kalau boleh Hana nak start menulis balik. Sekarang Hana tengah kumpul maklumat. Takleh la buat cerpen cincai2 cam dulu. kalau boleh, kali ni Hana nak tulis dengan baik macam penulis hebat cam Kak Su, Hlovate n Ramlee Awang Murshid.
Sebanarnya, satu je hobi yang Hana tak pernah tinggalkan semenjak Hana sekolah rendah ialah lukis mata. Just mata. Sebab mata ni menceritakan segala-galanya. Mata ni seakan cermin kepada hati. Sebab tu Hana sangat suka sangat lukis mata. Mata yang Hana lukis tu, menggambarkan rasa hati Hana.
Yang Hana perasan, hobi ni mempengaruhi karakter dan personaliti seseorang. Macam Hana, Hana perasan karakter Hana turut berubah sedikit demi sedikit bila hobi Hana bertukar. Tapi bila difikirkan semula, sebenarnya, karakter kita bertukar, maka hobi pun akan turut berubah la. Apa yang Hana mengarut ni??ish2… okey la, as a conclusion, tak salah untuk mempunyai hobi, tapi biarlah hobi yang bawa kebaikan pada diri. Hobi yang salah tu, jauhkanlah…okey, selamat berhobi...heheh.. (^_^)

Tuesday, July 20, 2010
ULUM HADIS : BAB 2>AL-HADIS
K... ni presentation Hana untuk subjek Ulum Hadis untuk sem ni... so, kalu terkurang kat mana-mana tu, asif jiddan ye.. Hana budak baru belajar..hehe.. semoga apa yang Hana post ni dapat membantu kawan-kawan semua untuk memahami perkara-perkara berkaitan dengan ulum hadis, sama ada saja rajin nak belajar atau pun sama cam Hana, nk kena buat presentation or assignment.... selamat membaca ye..
PENDAHULUAN
Al Hadis juga dikenali sebagai al-Sunnah. Merupakan sebagai ucapan, perbuatan , pengakuan, akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah saw. yang diriwayatkan. Sumber yang terpenting selepas Al-Quran dalam pegangan dan kepercayaan Islam.Telah diterima sejak lebih seribu tahun yang lalu secara menyeluruh iaitu semenjak kewujudan Islam itu lagi.
Sebagai sumber hukum islam yang kedua, sunnah mendapat jaminan dari Allah S.W.T akan sentiasa terjaga keasliannya hingga ke akhir zaman. Meskipun terdapat usaha-usaha oleh musuh islam yang cuba memanipulasi, memutarbelitkan kenyataan, dan melontarkan syubhat-syubhat untuk membuatkan sunnah tidak relevan lagi untuk dijadikan sumber hukum dalam islam.
PENGERTIAN AL-HADIS
Definisi
الْحَدِيْثُ مَا جَاءَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، سَوَاءً كَانَ قَوْلاً أَوْ فِعْلاً أَوْ تَقْرِيْرًا أَوْ صِفَةً
Hadis adalah segala sesuatu yang datang dari Nabi saw, baik yang berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, ataupun sifat
PENGERTIAN AS-SUNNAH
BAHASA:
sunnah berasal dari kata sanna – yasunnu – sunnatan, yang bermaksud assirah wa tariqah(jalan dan metode), merangkumi jalan dan metode yang baik ataupun yang tidak baik.
ISTILAH:
Menurut ahli hadith:
Segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W, berupa perkataan, perbuatan, taqrir, sifat perilaku baik yang terjadi sebelum masa kenabian, seperti selain penyendirian baginda di Gua Hira’ ataupun sesudah masa kenabian.
Menurut ulama’ usul fiqh:
Segala sesuatu yang bersumberkan dari Rasulullah S.A.W selain al-Quran, baik berupa perkataan, perbuatan mahupun taqrir yang dapat dijadikan landasan bagi hukum syar’i.
Menurut Ulama’ fiqh:
Segala sesuatu yang datang dari Rasulullah S.A.W, yang bukan merupakan sesuatu yang wajib ataupun fardhu.
AL-AKHBAR DAN AL-ATHAR
Menurut pandangan jumhur ulama’, secara umumnya, maksud al-akhbar dan al-athar adalah sama. Pun begitu, terdapat segelintir golongan yang menyatakan perbezaan antara kedua-dua perkataan ini dari sudut istilah.
PENGERTIAN AL-AKHBAR
الْخَبَرُ مَا جَاءَ عَنْهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَ عَنْ غَيْرِهِ مِنْ أَصْحَابِهِ أَوِ التَّابِعِيْنَ أَوْ تَابِعِ التَّابِعِيْنَ أَوْ مَنْ دُوْنَهُمْ
Khabar adalah segala sesuatu yang datang dari Nabi saw ataupun yang lainnya, yaitu shahabat beliau, tabi’in, tabi’ tabi’in, atau generasi setelahnya
Bahasa : sesuatu berita yang disampaikan daripada seseorang kepada sesorang yang lain.
Istilah.
1. al-khabar ialah berita yang bersumberkan daripada Rasulullah atau sahabat atau tabi’in. Ia jelas menunjukkan bahawa al-khabar itu meliputi hadis marfu’, hadis mawquf dan hadis maqtu’. Dapat kita fahami juga bahawa pengertian al-khabar ini lebih umum berbanding al-hadis dan al-sunnah.
2. Diitlaqkan kepada apa yang diterima daripada Rasulullah.pengertiannya sama dengan hadis tetapi al-khabar lebih umum.
3. Menurut pendapat Ibn Hajar Al-’Asqalani. Al-khabar mempunyai maksud yang sama dengan al-hadis dan al-sunnah.
PENGERTIAN AL-ATHAR
الأَثَرُ مَا جَاءَ عَنْ غَيْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الصَّحَابَةِ أَوِ التَّابِعِيْنَ أَوْ تَابِعِ التَّابِعِيْنَ أَوْ مَنْ دُوْنَهُمْ
Athar adalah segala yang datang selain dari Nabi saw, yaitu dari shahabat, tabi’in, atau generasi setelah mereka
Bahasa – kesan atau bekas kepada sesuatu.
Istilah – terdapat banyak pendapat mengenai maksud al-athar dari sudup pandangan istilah
1. Mempunyai maksud yang sama dengan hadis.
2. menurut pendapat Imam Nawawi, al-athar ialah hadis Mawquf.
3. Menurut pendapat sesetengah ahli hadis yang lain pula, al-athar hanya khusus untuk kata-kata dari Tabi’in sahaja
4. 4. Menurut pendapat Al-Zarkasyi, al-athar digunakan untuk hadis Mawquf, namun ia boleh juga digunakan untuk hadis marfu’.
5. 5. Menurut pendapat al-Tahawi, al-athar digunakan untuk perkataan yang datang daripada Rasulullah dan sahabat.
6. 6. Bagi al-Tabari pula, al-athar dikhaskan untuk perkataan yang datang dari Rasululllah sahaja.
7. Fuqaha’ Khurasan menamakan hadis Mawquf sebagai al-athar, dan Marfu’ sebagai al-khabar.
HADIS QUDSI
BAHASA
* perkataan “qudsi” berasal dari perkataan qadusa, yaqdusu, qudsan bererti hadis yang suci
-sesuai dengan kedudukannya yang datang daripada Allah dari sudut lafaz dan makna,suci daripada sifat yang tidak layak bagi-Nya
-istilah lainnya disebut sebagai Hadis Ilahiyah atau Hadis Rabbaniah kerana datang dari Allah
ISTILAH
*Sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi
kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan baginda sendiri
CONTOHNYA:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدِى بِحَبِيْبَتَيْهِ فَصَبَرَ, عَوَّضْتُهُ مِنْهَا الْجَنَّة
( رواه البخاري )
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a berkata, daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman:Apabila aku menguji hambaku dengan dua orang anak perempuan kesayangannya maka ia tetap bersabar, aku akan menggantikannya dengan syurga
CIRI-CIRI HADIS QUDSI
- Makna dan lafaz daripada Allah
- Tidak dikira ibadat orang yang membacanya
- Disandarkan kepada Allah. Rasulullah sebagai orang yang menyampaikan berita dari Allah
-Mengguanakan lafaz tertentu
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربه
قال الله فيما رواه عنه رسول الله
-Memperkatakan tentang soal fada`il,sunat dan keistimewaan-keistimewaan
PENGUMPUL HADIS QUDSI
1) `Abd al-Ra`uf Ibn `Ali al-Munawi
*al-Ithafat al-Sunniyyah bi al-Ahadith al-Qudsiyyah
*272 buah hadis
2)Abu Nasr Ibn Husayn Ibn `Ali al-Husyni al-Bukhari al-Qanuji
*Hazirah al-Taqdis wa Zakhirah al-Ta`nis
*14 buah hadis
3)al-Allamah Mula `Ali al-Qari
*al-Ahadith al-Qudsiyyah al-Arba`iniyyah
*40 buah hadis
PERBEZAAN HADIS QUDSI DENGAN AL-QUR’AN
HADIS QUDSI AL-QUR’AN
-diturunkan melalui malaikat dan melalui wahyu ilham
-tidak dikira ibadat kalau membacanya
-berdasarkan kategorinya, mengingkarinya tidak menjatuhkan seseorang itu kekufuran
-diturunkan melalui malaikat secara lisan dan talaqqi
-dikira ibadat kalau membacanya
-menolak,mendusta atau tidak menerima al-Quran hukumnya kafir
HADIS NABAWI
• BAHASA : baru @ percakapan @ perkhabaran
• ISTILAH : perkataan, perbuatan takrir dan juga sifat, yg disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
• CONTOH HADIS :
عن زيد بن أرقم قال : أن رسول الله ( ص ) قال : كتاب الله عز وجل هو حبل الله , من اتبعه كان على الهدى, ومن تركه كان على ضلالة.
( رواه مسلم )
• MAKSUDNYA :
Daripada Zaid bin Arqam r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda, “كتاب الله عز وجل adalah tali Allah, setiap yang menurutnya ia akan memperolehi hidayah, dan setiap yang meninggalkannya ia akan berada dalam kesesatan” .
Sudut Pengertian
Pendapat ulama- Hadis Nabawi bermaksud perkataan yang keluar daripada Rasulullah tanpa dinisbahkan kepada Allah S.W.T.
( segala yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada perkataan, perbuatan, sifat, tubuh badan kelakuan dan ketetapan serta perjalanan hidup Rasulullah itu sendiri)
ISNAD ATAU SANAD
dinisbahkan terus ( secara langsung )kepada Rasulullah itu sendiri sebagai sabdanya.
Makna
Mempunyai dua bahagian- sebahagiannya wahyu dan sebahagiannya ijtihad Rasulullah
Jika terdapat mana-mana ijtihad Rasulullah yang salah, akan diperbetulkan oleh wahyu.
ISI
• Membincangkan perkara-perkara berikut:
Keperluan hidup manusia
Kepentingan manusia dan negara
Hukum halal dan haram
Perkhabaran yang baik dan buruk yang akan diterima oleh manusia sekiranya melakukan kebaikan ataupun keburukan
PERBEZAAN HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI
HADIS QUDSI HADIS NABAWI
- Makna dan lafaz daripada Rasulullah s.a.w
-Dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan lafaz : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
- Makna dan lafaz daripada Allah `Azza wajalla dan lafaz daripada Rasulullah s.a.w
- Dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w dgn lafaz : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربه
RUJUKAN
• Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2005. Pengantar Ulum Hadis Edisi kedua. Pustaka Salam. Kuala Lumpur
• عزويرا بن عبد العزيز, أحمد :امل بن حاج مت , محمد هاشم بن نواوي. 2002. فنديديقن القرءان دان السنة تيغكاتن 4 . ديوان بهاس دان فوستاك.
Monday, July 19, 2010
MIS
Alhamdulillah, setelah lima hari ia berlangsung, akhirnya Minggu Introduksi Usrah (MIS) untuk tahun ini berakhir dengan jayanya. Untuk MIS kali ini, Hana bukan lagi terlibat sebagai peserta seperti tahun lepas, tetapi kali ini Hana berdiri sebagai naqibah. Naqibah??? Hehe..kelakar kan? Hana sendiri pun masih tak percaya, tapi terpaksalah percaya.
Hana bergandingan dengan seorang lagi kawan sebagai naqibah untuk usrah Hana. Namanya macam nama Hana, tapi beza sket je. Nama dia Hanna. Hehe…padan sangat la tu. Adik usrah Hana ada 6 orang. 3 Sarawakian, 2 Sabahan, dan seorang Selangorian… huhu…setakat ni, semuanya baik-baik (Hana harap semuanya berkekalan baik la…hehe)
Minggu ni memang sangat-sangat penat sebab, Hana baru je habis dari satu program, terus sambung dengan MIS. Program yg sebelum tu start hari Ahad sampai Selasa. MIS dari Rabu hingga Ahad. Then, hari ni (Isnin) dah start minggu baru. So tired. Tapi Alhamdulillah, Allah banyak Bantu Hana untuk terus bersemangat.
Walaupun Hana ni bukanlah akak naqibah yang baik dan alim macam naqibah-naqibah lain(camne la dyorg leh pilih Hana???ish2), tapi Hana janji, Hana akan buat yang terbaik untuk adik-adik semua. Insya-Allah…
Sejak bergelar NAQIBAH ni, Hana kena fakir banyak kali dulu sebelum nak buat sesuatu perkara tu. Tak leh dah nak wat perangai Hana yang pelik-pelik cam dulu tu lagi dah. Kang tak pasal-pasal sesat lak budak-budak tu..heheh..
Yang agak hampeh, classmate Hana. Tak habis-habis usik Hana, ‘Kakak naqibah’… takpe-takpe, ni waktu korang. Tunggu la kalau korang jadi akak naqibah untuk next year, Hana la orang pertama yang nak gelak terguling-guling…haha…jahatnyer Hana..ish2… akak Naqibah kena jaga akhlak, xleh gelak cam gitu..hehe..
Rasanya tu je kot nak citer buat masa ni. Kang banyak yang ditulis, banyak yang Hana mengarut. Susah pulak nanti. Hana kan kena skema sekarang, xleh mengarut-ngarut cam dulu. hehe..
Tuesday, July 13, 2010
i've been a year here...
hari ni, genaplah setahun Hana menuntut ilmu di bumi Allah bernama Selangor ni..
banyak suka, duka, pahit, manis, masin pun ada sepanjang berada di sini.
masa sem 1 dulu, 1 of my friend meninggal duania....al-fatihah utk roh arwah..agak sedih n terkejut wlpn Hana xde la rapat pun dgn arwah..kenal pun x lama lg kan..arwah memang comel, baik n ceria... tp Hana tau, Allah lebih sayangkan arwah...
sem 1 lg...penah skali kena tulis nama dlm rekod kesalahan sbb x pakai baju batik hari khamis..heheh.. time Hana pakai, x pula dyorg buat spotcheck.. time x pakai ni la yg dyorg rajin pulak..heheh...dh nasib badan...
sem 1 ni jugak, Hana jd penolong kuliah... byk betul menguju=i kesabaran..dgn ragam classmate yg kita still x kenal sgt hati budi, tambah lg dgn ragam HEP...ditambah perisa pulak, kami mana la tau sgt, sbb baru sem 1..dh la ada byk benda yg nk kena uruskan...heheh.. sabarlah duhai hati...
start dul sini la, belajar x tido malam utk wat assignment... fuh!!! esoknyer otak macam saturated pelik je...apa org ckp, masuk telinga kanan, kuor telinga kiri... kenangan tuh!!!heheh
sem 2 pulak>>>>
yes!!! dh x pegang jawatan penolong kuliah... azam sem baru, xnk aktif lg dah..penat... tp hampeh... lagi aktif rupanya.. yg paling xleh lupa, semasa jd naib S/U utk program rekreasi.. sgt2 best.. wlpn penat, tp puas hati.. keje pulak dgn ahli jawatankuasa yg berdedikasi dgn tugas masing2.. terima kasih sumer...
satu lg yg xleh lupa, bila jadi bendahari utk majlis makan tghari kat hotel... kena uruskan duit hampir RM20 000...fuh!! tipu sgt kalu ckp x penat.. tp 1 lg pengalaman yg dikutip sepanjang titian hidupmenuju alam akhirat ni kan... utk majlis ni, Hana bersilat(best!! sbb lama x bersilat) n menari tarian endang...heheh... tangan keras macam apa je..hahah...
sem ni, dpt lg byk assignment...16 semuanya...huhu... sgt2 menguji kesabaran la...haha... kalu sem 1 dulu semalam je x tido mlm, sem 2 ni, 2 mlm...jgn sem 3 jd 3 mlm pulak sudah la..heheh..
sem ni, makin cinta akan lughatul jannah... tp x pandai pun... cuma makin berminat berminat nk belajar... but, unfortunately, result sem ni jatuh especially arab n english... still x gtau mak ayah... mak, ayah, Hana xtau nk gtau cmne... maaf sgt2...
sem 3>>>
baru je masuk sem ni... x byk lg yg jd... tp sem ni dh penah x tido mlm.. bukan sbb wat assignment(assignment x dpt pun lg), tp sebab xleh tido..nape ntah...
sem ni, kami kena berpindah kelas..sedih pulak nk tinggalkan kelas kesaykangan tu.. but, what can i do???hukhuk....
Hana harap, sem ni Hana akan dapat baiki result Hana... xde la teruk pun result tu, tp Hana sedih sbb jatuh...
~~~sesungguhnya, pengalaman2 merupakan guru yg terbaik dlm hidup kita... sekadar inilah saja catatan hidup seorang insan yg bergelar hamba Allah...
Tuesday, July 6, 2010
ALAT-ALAT BERFIKIR
k...kali ni, Hana nk masukkan asgnmnt Hana dlm sbjct Kemahiran Berfikir lak. Hana masukkan sket je. Hana nk citer sal alat2 berfikir. actually, ada byk lagi alat2 berfikir. tp 7 je yg Hana nk masukkan. yang lain, korg cari la sendiri..heheh...
Cognitive Research Trust 1 (CoRT 1)
Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keptusan atau untuk menyelesaikan masalah. Alat-alat tersebut ialah:
1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Intereting (PMI)]
B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.
B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.
M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea.
Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)]
Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.
3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)]
Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.
4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]
Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya.
5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]
Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.
6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices (APD)]
Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.
7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.

nak gembira ke nak pening kepala?
Citernye camni. tadi, time dalam kelas, 1 of my classmate bg 1 surat. dia ckp surat tu dari Najib. so, Hana x ambil pusing sangat la. Hana ingatkan Najib yg ketua editor majalah. rupanya bukan Najib, tp Najibah(actually dari org lain, tp classmate Hana ni ingat girl tu namanya Najibah..hehe)
once Hana baca je surat tu, Hana dah terbeliak dh biji mata. kalau dlm citer kartun, dh siap ada effect mata mcm nk terkeluar dh..hehe...
actually, surat tu surat lantikan naqibah usrah. Hana terkejut sangat2. Hana ingat, Hana memang x dpt jadi naqibah. ye la, Hana ni bukannya baik sangat. nak kata tawaduk? jauh sekali la. tgk design blog sudah la..kaki komik kot...hehe
masa akhir sem 2 dulu, dyorg ada ckp nk pilih naqib n naqibah dari batch kami. then, bila awal sem ni, Hana tgk senyap je. so, Hana ingat, memang Hana x terpilih la. sbb tu td terkejut sgt2.
actually, sincerely, jujurnya, sebenarnya(apa2 je la), Hana suka juga kalau jadi naqibah. ye la, Hana ske kaunseling n dkt dgn the other people. Hana ske dekati org lain. ye la, at least, kalu dyorg(junior) ada mslh, dyorg bleh dptkan nasihat. xde la dyorg buat keputusan yang salah. tapi, Hana takut. takut kalau x boleh jadi Naqibah yang baik. once Hana buat salah, bukan Hana je yg akan dpt nama buruk. tapi seluruh naqib n naqibah. sebab tu Hana takut.
sebelum ni, Hana dh tekad dlm hati. kalau dapat jadi, alhamdulillah. tapi kalau x, Allah lebih tau apa yg terbaik utk Hana. tp bila dh dpt surat lantikan, takut la pulak.
Hana harap sgt, Hana leh jd naqibah yg baik utk adik2 junior. Hana harap jugak, adik2 usrah Hana nanti leh bg kerjasama kat Hana. x baik sgt pun xpe. asalkan bg kerjasama, senang la sket Hana nak dekati n cuba utk bawa dyorg dekati jalan yg sepatutnya (wlpn Hana sndiri pun x cukup baik...heheh)....ameen...

Friday, July 2, 2010
HUKUMAN SEBATAN KEPADA PEMINUM ARAK
Tanggal 20 Julai 2009 lepas, Malaysia digemparkan dengan suatu isu yang besar iaitu apabila seorang bekas model, kartika sari dewi sukharnor dijatuhi hukuman denda RM5000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2208. Kartika disabitkan kesalahan meminum arak berdasarkan enakmen;
“Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan”
Isu ini mendapat perhatian yang meluas dari berbagai pihak bukan sahaja pihak media, malah penulis blog dan juga badan2 NGO. Ada pihak yang bersetuju dengan hukuman sebat yang dijatuhkan, namun tak kurang juga yang membantah. Rencana ini bukanlah untuk membincangkan lebih lanjut tentang isu sebatan ke atas kartika. Namun, adalah untuk membincangkan lebih lanjut tentang hukuman sebatan kepada peminum arak yang jelas terkandung dalam hukum hudud dalam Islam. Peminum arak ialah seseorang yang meminum atau memakan benda yang yang boleh memabukkan. Dia masih dikira bersalah walaupun tidak mabuk setelah meminum arak.
Pelaksanaan hukuman sebat mengikut prosiding hukuman di malaysia adalah tertakluk di bawah enakmen 9 tahun 2004, enakmen tatacara jenayah syariah 2004, Bahagian V – Prosiding Dalam Pendakwaan, Bab 8 – Darihal hukuman dan Pelaksanaannya, Seksyen 125. Hukuman Sebat.
(1) Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.
(2) Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
(3) Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat, iaitu -
(a) sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan untuk diperakui bahawa pesalah itu adalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu;
(b) jika pesalah itu sedang hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(c) hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu;
(d) orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang;
(e) orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah;
(f) selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya;
(g) sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit;
(h) pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut Hukum Syarak;
(i) jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, dan jika pesalah itu perempuan, dalam keadaan dia duduk;
(j) jika semasa pelaksanaan hukum sebat itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan itu memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
(4) Dalam hal pesalah itu dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.
(5) Jika Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu, oleh sebab umur tua, keuzuran atau apa-apa sebab lain tidak dapat menjalani hukuman sebat pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujukkan kepada Mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksanakan mengikut cara yang difikirkannya munasabah.
Huraian - Umur tua ertinya telah mencapai umur lima puluh tahun atau lebih.
Kita lihat pula hukuman sebat menurut syarak. Jika kita mengkaji, terdapat banyak ayat Al-Qur’an dan hadis yang menerangkan tentang kesalahan meminum arak ini, antaranya;
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)
أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]
إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
Ayat alquran dan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa pesalah yang meminum arak patut dihukum dengan hukuman sebat. Justeru, sebagai umat Islam yang yakin akan syariat Allah yang telah digariskan dalam sumber rujukan utama kita yaitu alquran dan hadis, wajib bagi kita untuk percaya dan patuh pada hukuman tersebut.
Tidak berlaku sebarang diskriminasi jika hukuman ini turut dijatuhkan kepada pesalah wanita kerana sebatan dalam Islam tidak bersifat kejam dan mendera seperti hukuman sebatan yang dijalankan oleh undang2 sivil. Malahan, parut yang ditinggalkan oleh hukuman sebatan sivil hanya boleh hilang sekurang-kurangnya selepas dua tahun. Sedangkan hukuman sebatan yang dianjurkan oleh Islam mestilah tidak sampai melukakan kulit pesalah terbabit. Tambahan pula, hukuman ini bukanlah dikhaskan kepada golongan wanita sahaja, malahan juga kepada pesalah lelaki. Jika mereka memikirkan hukuman yang ringan ini sebagai tidak adil kepada kaum wanita yang lemah, sepatutnya mereka mesti berfikir, meminum arak itu lebih tidak adil kepada diri kerana ia memudaratkan badan dan otak. Sedangkan hukuman sebatan ini boleh membawa kebaikan kepada diri.
Alat sebatan yang digunakan tidak terhad hanya dengan menggunakan rotan sahaja. Tetapi terdapat banyak lagi alat lain yang boleh digunakan sebagai alat untuk menyebat pesalah seperti pelepah tamar atau ranting atau hujung kain. Pada zaman Rasulullah, kebiasaannya menggunakan pelepah tamar. Namun, pada zaman sekarang, alat yang digunakan untuk hukuman sebatan ialah rotan kerana lebih mudah. Namun, rotan tersebut hendaklah bersaiz sederhana, tidak terlalu tua atau muda, tidak pecah2 dan tidak juga berbuku-buku. Ini kerana untuk mengelakkan kecederaan kepada pesalah.
Apa yang membuatkan umat Islam di Malaysia dewasa ini begitu takut dan memandang hukuman sebatan ini sebagai kejam ialah kerana terpengaruh dengan hukuman sebatan sivil dan ada juga yang terpengaruh dengan hukuman sebatan di dalam filem “Semerah Padi”, lakonan Allahyarham P.Ramlie, Nordin Ahmad dan ramai lagi. Orang yang ditugaskan untuk melakukan hukuman sebata mestilah tidak boleh mengangkat tangan melebihi paras kepala atau boleh difahami tidak boleh mengangkat tangan lebih tinggi sehingga boleh menampakkan bahagian ketiak. Hukuman sebat ini mestilah dilaksanakan secara berturut-turut agar dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada pessalah. Hukuman sebatan ini juga mestilah dilaksanakan dihadapan khalayak umum agar dapat memberi keinsafan kepada masyarakat. Dengan ini, masyarakat tidak akan berani melakukan kesalahan yang sama setelah melihat kesadisan dan kesakitan yang dilalui pesalah.
Pesalah lelaki mestilah dalam keadaan berdiri, manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk sewaktu menerima hukuman. Pesalah mestilah dalam keadaan berpakaian biasa yang menutup aurat. Pakaian yang dipakai tidak boleh tebal kerana pakaian yang tebal boleh mengurangkan kesakitan yang diterima pesalah. Jika hal ini terjadi, matlamat hukuman ini dijatuhkan tidak akan tercapai.
Islam itu sangat teliti dari segala aspek termasuk dalam isu penjatuhan hukuman. Hukuman sebat ini boleh dilakukan di mana2 anggota badan kecuali anggota yang boleh memudaratkan pesalah iaitu muka, kepala, dada dan kemaluan. Islam juga melarang memukul pada tempat yang sama sahaja kerana juga akan memudaratkan kesihatan pesalah. Dibolehkan menyebat pesalah pada anggota lain seperti belakang badan, di bawah tengkuk adalah kerana ia dapat membawa kebaikan kepada pesalah itu dari aspek kesihatan.
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan pakar, hukuman sebat yang dilakukan antara bawah tengkuk dan atas pinggang akan merangsang penghasilan antibodi T4 Limfosit. T4 akan menguatkan daya tahan penyakit dan menguatkan badan. Ini akan membantu pesalah menyelamatkan dirinya dari virus HIV Aids yang masih belum ditemui penawarnya. Kita sendiri sedia maklum betapa seksanya penghidap HIV Aids dan masyarakat begitu takut dan gerun dengan penyakit ini. Alangkah indahnya Islam dan hebatnya syariat yang telah ditetapkan oleh Allah, khaliq kita yang Maha Besar.
Antara faedah lain pensyariatan hukuman sebat ialah ia dapat menyedarkan dan menginsafkan pesalah akan kesilapannya agar dia tidak mengulangi kesalahannya. Sepertiyang kita semua sedia maklum, permasalahan sosial di malaysiaberada pada tahap yang amat kritikal hampir sama seperti keadaan di negara barat. Zina dan meminum arakbukan lagi satu perkara asing, bahkan seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan muda-mudi. Dengan pelaksanaan hukuman sebat ini, diharap agar kes jenayah di Malaysia akan dapat dikurangkan dan masalah sosial akan dapat dibendung.
Selain itu, dengan hukuman ini, pesalah akan lebih mengingati Allah kerana kebiasaannya manusia sering lupa pada Allah ketika sihat dan senang, tetapi kerap mengingati Allah ketika susah dan sakit. Dengan rasa sakit akibat hukuman ini, diharap agar pesalah akan lebih banyak mengingati Allah. Kesakitan yang dirasai akibat hukuman sebat tersebut akan mengingatkan pesalah kepada hukuman di akhirat yang jauh lebih berat. Perasaan ini akan membawa pesalah agar lebih bertaqwa kepada Alalh dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut. Selain itu, masyarakat juga akan berasa terpanggil untuk menjauhi kesalahan yang telah dilakukan oleh pesalah kerana gerun dengan hukuman yang telah dijatuhkan kepada pesalah. Ini akan membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat. Ekonomi negara juga akan dapat ditingkatkan kerana umat Islam tidak lagi menggunakan wang ke jalan yang sia2.
Antara hikmah lain ialah penganut agama lain akan menghormati umat Islam kerana berakhlak mulia dan tidak melakukan maksiat sebagai mana yang mereka lakukan. Dengan menjauhi arak, secara automatik, hati akan menjadi lembut dan tidak suka kepada kejahatan dan maksiat. Negara2 lain juga turut akan menghormati negara kita yang pastinya akan mempunyai belia yang hebat dan berjiwa besar jika semuanya menjauhi tabiat buruk meminum arak. Umat Islam tidk akan terlibat dalam perkara yang sia2 dan membahayakan diri dan lebbih menumpukan kepada kepentingan agama, negara dan bangsa. Negara kita akan menjadikan negara kita sebagai contoh dan akan kagm dengan syariat yang kita ikuti. Secara tak langsung, semakin ramai yang akan tertarik dengan Islam sekiranya sifat Islam itu kita zahirkan melalui akhlak kita.
Seperti yang selalu disebutkan, arak itu raja kepada segala kejahatan. Ramai yang telah terjerumus ke atas kesalahan2 lain akibat mabuk kerana meminum arak. Seandainya masyarakat mula sedar akan kesalahan meminum arak, maka kuranglah kes2 maksiat lain yang dimulai dengan arak seperti zina, pembunuhan dan kemalangan. Berdasarkan apa yang telah saya kupas, adalah wajar hukuman sebatan kepada pesalah yang meminum arak ini perlu diteruskan di Malaysia dan ia perlu diubah sedikit demi sedikit agar selaras dengan syariat Islam di dalam hukuman hudud pada masa hadapan kerana sebarang perubahan hukuman di malaysia tidak boleh dilakukan secara drastik tetapi hendaklah secara beransur-ansur memandangkan Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan agama.
KHULU'
Maksud
Bahasa : tanggal
Pengertian syara‘: Penceraian yang diminta oleh isteri dari suaminya dengan memberi wang atau sebagainya.Khulu’ berlaku disebabkan beberapa hal yang tidak disenangi oleh isteri terhadap suaminya. Di kalangan masyarakat Melayu, Khulu' juga dikenali sebagai "tebus talak"
Dalil
ٱلطَّلَـٰقُ مَرَّتَانِۖ فَإِمۡسَاكُۢ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ تَسۡرِيحُۢ بِإِحۡسَـٰنٍ۬ۗ وَلَا يَحِلُّ لَڪُمۡ أَن تَأۡخُذُواْ مِمَّآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ شَيۡـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَا فِيمَا ٱفۡتَدَتۡ بِهِۦۗ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعۡتَدُوهَاۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٢٢٩)
229. talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
Sebab-sebab berlaku khulu’
• Jika kedua pihak khuatir tidak dapat melaksanakan hukum Allah.
• Jika isteri khuatir beliau tidak dapat mentaati suaminya.
• Jika suami khuatir isteri tidak dapat melaksanakan perintah suami sehingga berlaku kekerasan terhadap isteri.
Hukum khulu’
• Pendapat Pertama : Al-Khulu adalah thalak bain, dan ini merupakan pendapat madzhab Abu Hanifah, Malik dan Syafi’i dalam qaul jadid
• Pendapat Kedua : Menyatakan, Al-Khulu adalah thalak raj’i, dan inilah pendapat Ibnu Hazm
• Pendapat ketiga : Menyatakan, Al-Khulu adalah faskh (penghapusan akad nikah) dan bukan thalak. Pendapat ketiga ini merupakan pendapat Ibnu Abbas, Asy-Syafi’i, Ishaq bin Rahuyah dan Dawud Azh-Zhahiri[1]. Begitu pula zhahir madzhab Ahmad bin Hanbal dan mayoritas ahli fiqih yang muhadits (Fuqaha Al-Hadits).
PENDAPAT PERTAMA
• Menurut Mazhab Abu Hanifah,Maliki dan Syafie
• Khulu’ adalah talak bai’n PENDAPAT KEDUA
• Menurut Ibnu Hazm
• Khulu’ adalah talak raj’i PENDAPAT KETIGA
• Menurut Ibn Abbas,Syafie,Ishaq bin Rahuyah,Daud azh-Zhahiri,Zhahir Mazhab Ahmad bin Hanbal,dan para fuqaha hadis
• Khulu’ adalah fasakh (penghapusan akad nikah) dan bukan talak
Pendapat yang ketiga merupakan pendapat yang kuat. Sebagaimana Firman Allah di dalam surah al-Baqarah,ayat 229 – 230 :
ٱلطَّلَـٰقُ مَرَّتَانِۖ فَإِمۡسَاكُۢ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ تَسۡرِيحُۢ بِإِحۡسَـٰنٍ۬ۗ وَلَا يَحِلُّ لَڪُمۡ أَن تَأۡخُذُواْ مِمَّآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ شَيۡـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَا فِيمَا ٱفۡتَدَتۡ بِهِۦۗ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعۡتَدُوهَاۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٢٢٩) فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوۡجًا غَيۡرَهُ ۥۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَآ أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِۗ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ يُبَيِّنُہَا لِقَوۡمٍ۬ يَعۡلَمُونَ (٢٣٠)

230. sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali Yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin Dengan suami Yang lain. setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkanNya kepada kaum Yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.
• Dalam ayat ini,Allah menjelaskan tentang talak dua kali (boleh dirujuk ),kemudian khulu’,dan diakhiri dengan talak tiga.
• Seandainya khulu’ adalah talak,maka jumlah talak adalah empat.
• Dan talak yang tidak halal lagi kecuali menikah dengan suami yang lain adalah yang keempat.
• Oleh kerana khulu’ adalah bukan talak,maka si suami boleh menikahi semula isterinya dengan akad yang baru.
• Seandainya suami melakukan khulu’ sepuluh kali pun,ia masih boleh menikahinya dengan akad baru sebelum menikah dengan yang lainnya.
• Menurut Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah :
“…bahawasanya al-khulu’ merupakan fasakh yang memisahkan wanita dari suaminya dengan lafaz apa sahaja yang sahih.Oleh kerana itu,seandainya seorang lelaki memisahkan isterinya dengan tebusan ( khulu’) beberapa kali,maka ia masih boleh menikahinya,baik dengan lafaz talak mahupun selainnya…”
• Menurut pendapat Ibn Abbas, semua yang dihalalkan oleh harta,maka ia bukan talak ( khulu’) melibatkan penebusan isteri dengan sejumlah harta atau wang.
• Masa iddah khulu’ adalah satu kali haid iaitu sekadar memastikan isteri tidak hamil.
• Hadits Ar-Rubayyi binti Mu’awwidz Radhiyallahu anhuma yang berbunyi.
“Beliau melakukan Al-Khulu pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkannya, atau ia diperintahkan untuk menunggu satu kali haidh” [HR At-Tirmidzi dan dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam At-Ta’liqat Ar-Radhiyah ‘Ala Ar-Raudhah An-Nadiyah, 2/275]
• Menurut pendapat Ibn Abbas, semua yang dihalalkan oleh
• Khulu’ diperbolehkan setiap waktu,walaupun dalam keadaan haid atau suci setelah disetubuhi kerana khulu’ disyariatkan untuk menghilangkan kemudaratan yang menimpa wanita kerana faktor-faktor tertentu yang membawa kepada khulu’.
• Dalam khulu,isteri berkuasa penuh ke atas dirinya sendiri ( suami tidak berhak rujuk kecuali dengan redha isteri )
KESAN-KESAN KHULU’
• Tidak dianggap dalam hitungan talak yang tiga, maka tidak dibenarkan untuk suami merujuk kembali
• Jika ingin kembali, mereka memerlukan akad nikah yang baru
• Masa iddah hanya sekali haid
• Dibolehkan dalam setiap waktu sama ada isteri sedang haid atau suci
• Tiada nafkah untuk isteri
• Zihar, ‘ila dan talak yang dijatuhkan suami ke atas isterinya sepanjang tempoh iddah, maka ia tidak dikira

result sem 2 yg menyedihkan sumer orang
Semester 3 bermula pada 28 Jun yang lepas. Tak sangka pula keputusan bagi sem 2 keluar awal berbanding sem 1 dulu. majoriti jatuh pointer masing-masing. Seciput je yang naik atau dapat maintain. Saya pun tak terkecuali mengalami penurunan. Sedih sangat. Tak tahu lagi nak cakap kat parent camne. Tapi alhamdulillah, result saya bukanlah teruk sangat, tapi, seriously, memang sedih. Tapi sebenarnya saya dah jangkakan keputusan saya bagi sem 2 ni akan menurun sebab paper bagi sem 2 ni memang susah.
Empat orang dari kelas saya kena repeat paper. Saya sedih dan kesian juga. Ye la, siapa yang suka kena repeat paper kan? Tapi saya memang tabik la dengan dyorang. Xtunjuk muka sedih sangat pun. Kalau Hana, tak tahu la macam mana.
Actually, dyorang tu pernah buat Hana sedih sangat-sangat, especially 1 of them tu. Sebab sedih sangat masa tu, Hana pernah doakan agar Allah tunjukkan pada dia agar dia sedar, dia dah sakitkan sangat-sangat hati Hana. Hana ada juga cakap yang Hana tak halalkan perbuatan dia tu. Tak sangka pula Hana, Allah nak tunjukkan pada result dia. Actually, Hana agak sedih akan result dia tu. Walaupun it is not 100% related to me, tapi Hana tetap rasa apa yang jadi tu berkait juga dengan doa yang Hana pinta pada Allah dalam sedu sedan dulu.
Benda yang jadi ni buat Hana takut untuk lukakan perasaan orang macam apa yang dia dah buat kat Hana. Ye la, Hana takut nasib Hana akan jadi macam tu. Benarlah, Allah itu sebaik-baik pemberi balasan. Astaghfirullah… ampunkan hambamu ini, ya Allah…

Subscribe to:
Posts (Atom)