Monday, July 19, 2010
MIS
Alhamdulillah, setelah lima hari ia berlangsung, akhirnya Minggu Introduksi Usrah (MIS) untuk tahun ini berakhir dengan jayanya. Untuk MIS kali ini, Hana bukan lagi terlibat sebagai peserta seperti tahun lepas, tetapi kali ini Hana berdiri sebagai naqibah. Naqibah??? Hehe..kelakar kan? Hana sendiri pun masih tak percaya, tapi terpaksalah percaya.
Hana bergandingan dengan seorang lagi kawan sebagai naqibah untuk usrah Hana. Namanya macam nama Hana, tapi beza sket je. Nama dia Hanna. Hehe…padan sangat la tu. Adik usrah Hana ada 6 orang. 3 Sarawakian, 2 Sabahan, dan seorang Selangorian… huhu…setakat ni, semuanya baik-baik (Hana harap semuanya berkekalan baik la…hehe)
Minggu ni memang sangat-sangat penat sebab, Hana baru je habis dari satu program, terus sambung dengan MIS. Program yg sebelum tu start hari Ahad sampai Selasa. MIS dari Rabu hingga Ahad. Then, hari ni (Isnin) dah start minggu baru. So tired. Tapi Alhamdulillah, Allah banyak Bantu Hana untuk terus bersemangat.
Walaupun Hana ni bukanlah akak naqibah yang baik dan alim macam naqibah-naqibah lain(camne la dyorg leh pilih Hana???ish2), tapi Hana janji, Hana akan buat yang terbaik untuk adik-adik semua. Insya-Allah…
Sejak bergelar NAQIBAH ni, Hana kena fakir banyak kali dulu sebelum nak buat sesuatu perkara tu. Tak leh dah nak wat perangai Hana yang pelik-pelik cam dulu tu lagi dah. Kang tak pasal-pasal sesat lak budak-budak tu..heheh..
Yang agak hampeh, classmate Hana. Tak habis-habis usik Hana, ‘Kakak naqibah’… takpe-takpe, ni waktu korang. Tunggu la kalau korang jadi akak naqibah untuk next year, Hana la orang pertama yang nak gelak terguling-guling…haha…jahatnyer Hana..ish2… akak Naqibah kena jaga akhlak, xleh gelak cam gitu..hehe..
Rasanya tu je kot nak citer buat masa ni. Kang banyak yang ditulis, banyak yang Hana mengarut. Susah pulak nanti. Hana kan kena skema sekarang, xleh mengarut-ngarut cam dulu. hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment