CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Friday, July 23, 2010

al-hiwayah

Urm… apa yang Hana nak tulis kali ni ek? Hana citer pasal hobi la.urm.. hobi? Sebenarnya Hana ni ada banyak sangat hobi. Berubah-ubah dari semasa ke semasa.ish2, x tetap pendirian langsung…hehe

Kecik2 dulu, Hana suka sangat melukis. Ingat lagi, masa tu rumah kayu. Parent tak mampu nk cat rumah, then parent just tampal kertas mahjung kat diding sebab nak bagi nampak lawa. Tapi apa yang Hana wat? Apa lagi, kan? Mesti la ambil peluang yang ada. Gunakan sebaik-baiknya. Hehe.. nampak putih bersih je. So, Hana pun ‘pinjam’ (tanpa kebanaran) pen abang Hana. Hana pun memulakan kegiatan seni Hana kat dinding tu..haha.. cian kat parent, penat2 dyorg tampal kertas mahjung nak lawakan dinding, boleh pulak Hana ‘mencantikkan’ lagi. Ada jugak Hana melimpahkan karya kat buku-buku latihan abang. Teruk betul dapat adik yang mulut senyap, tapi tangan laju je. Pantang takde orang, ada la something yang Hana akan buat. Yang pasti, benda tu akan menghuru harakan keadaan…haha..

Hana ni suka lukis orang. Tapi orang perempuan je. Kalau lelaki, Hana tak pandai lukis. Antara kartun yang favourite sket Hana lukis, kartun sailormoon. Huhu.. entah la. Kanak2 kan, memang terpengaruh sket dengan kartun. Tapi seronok betul melukis ni.

Bila dah masuk sekolah menengah, Hana dah jarang melukis. Sebab dah mula sibuk dah. Masa form 3, Hana mula suka menulis cerpen. Cerpen cinta, cerpen persahabatan. Cerpen islamik tak tulis la pulak, sebab Hana tak berani nak tulis sal cerpen Islamik ni, takut tersalah info. Pernah la jugak sekali, cerpen Hana masuk majalah sekolah. Hehe..

Tapi, bila masuk matrik, semua hobi tu hilang. Macam dah takde hobi la pulak. Bukan tak rindu nak melukis, menulis, tapi kat matrik Hana memang betul-betul sibuk. Sibuk dengan pelajaran, sibuk dengan aktiviti.

Bila kat sini pulak, Hana dah bertukar hobi dengan surf internet sebab dah ada laptop. Banyak jugak habiskan masa kat facebook (jangan tiru ek). Tapi sekarang, Hana dah kurangkan sikit berfacebook tu. Hana buka, tapi tak layan sangat. Kalau boleh Hana nak start menulis balik. Sekarang Hana tengah kumpul maklumat. Takleh la buat cerpen cincai2 cam dulu. kalau boleh, kali ni Hana nak tulis dengan baik macam penulis hebat cam Kak Su, Hlovate n Ramlee Awang Murshid.

Sebanarnya, satu je hobi yang Hana tak pernah tinggalkan semenjak Hana sekolah rendah ialah lukis mata. Just mata. Sebab mata ni menceritakan segala-galanya. Mata ni seakan cermin kepada hati. Sebab tu Hana sangat suka sangat lukis mata. Mata yang Hana lukis tu, menggambarkan rasa hati Hana.

Yang Hana perasan, hobi ni mempengaruhi karakter dan personaliti seseorang. Macam Hana, Hana perasan karakter Hana turut berubah sedikit demi sedikit bila hobi Hana bertukar. Tapi bila difikirkan semula, sebenarnya, karakter kita bertukar, maka hobi pun akan turut berubah la. Apa yang Hana mengarut ni??ish2… okey la, as a conclusion, tak salah untuk mempunyai hobi, tapi biarlah hobi yang bawa kebaikan pada diri. Hobi yang salah tu, jauhkanlah…okey, selamat berhobi...heheh.. (^_^)

No comments:

Post a Comment