Semester 3 bermula pada 28 Jun yang lepas. Tak sangka pula keputusan bagi sem 2 keluar awal berbanding sem 1 dulu. majoriti jatuh pointer masing-masing. Seciput je yang naik atau dapat maintain. Saya pun tak terkecuali mengalami penurunan. Sedih sangat. Tak tahu lagi nak cakap kat parent camne. Tapi alhamdulillah, result saya bukanlah teruk sangat, tapi, seriously, memang sedih. Tapi sebenarnya saya dah jangkakan keputusan saya bagi sem 2 ni akan menurun sebab paper bagi sem 2 ni memang susah.
Empat orang dari kelas saya kena repeat paper. Saya sedih dan kesian juga. Ye la, siapa yang suka kena repeat paper kan? Tapi saya memang tabik la dengan dyorang. Xtunjuk muka sedih sangat pun. Kalau Hana, tak tahu la macam mana.
Actually, dyorang tu pernah buat Hana sedih sangat-sangat, especially 1 of them tu. Sebab sedih sangat masa tu, Hana pernah doakan agar Allah tunjukkan pada dia agar dia sedar, dia dah sakitkan sangat-sangat hati Hana. Hana ada juga cakap yang Hana tak halalkan perbuatan dia tu. Tak sangka pula Hana, Allah nak tunjukkan pada result dia. Actually, Hana agak sedih akan result dia tu. Walaupun it is not 100% related to me, tapi Hana tetap rasa apa yang jadi tu berkait juga dengan doa yang Hana pinta pada Allah dalam sedu sedan dulu.
Benda yang jadi ni buat Hana takut untuk lukakan perasaan orang macam apa yang dia dah buat kat Hana. Ye la, Hana takut nasib Hana akan jadi macam tu. Benarlah, Allah itu sebaik-baik pemberi balasan. Astaghfirullah… ampunkan hambamu ini, ya Allah…
Friday, July 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment