CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Friday, July 2, 2010

HUKUMAN SEBATAN KEPADA PEMINUM ARAK


Tanggal 20 Julai 2009 lepas, Malaysia digemparkan dengan suatu isu yang besar iaitu apabila seorang bekas model, kartika sari dewi sukharnor dijatuhi hukuman denda RM5000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2208. Kartika disabitkan kesalahan meminum arak berdasarkan enakmen;

“Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan”

Isu ini mendapat perhatian yang meluas dari berbagai pihak bukan sahaja pihak media, malah penulis blog dan juga badan2 NGO. Ada pihak yang bersetuju dengan hukuman sebat yang dijatuhkan, namun tak kurang juga yang membantah. Rencana ini bukanlah untuk membincangkan lebih lanjut tentang isu sebatan ke atas kartika. Namun, adalah untuk membincangkan lebih lanjut tentang hukuman sebatan kepada peminum arak yang jelas terkandung dalam hukum hudud dalam Islam. Peminum arak ialah seseorang yang meminum atau memakan benda yang yang boleh memabukkan. Dia masih dikira bersalah walaupun tidak mabuk setelah meminum arak.

Pelaksanaan hukuman sebat mengikut prosiding hukuman di malaysia adalah tertakluk di bawah enakmen 9 tahun 2004, enakmen tatacara jenayah syariah 2004, Bahagian V – Prosiding Dalam Pendakwaan, Bab 8 – Darihal hukuman dan Pelaksanaannya, Seksyen 125. Hukuman Sebat.
(1) Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.

(2) Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

(3) Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat, iaitu -
(a) sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan untuk diperakui bahawa pesalah itu adalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu;

(b) jika pesalah itu sedang hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c) hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu;

(d) orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang;

(e) orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah;

(f) selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya;

(g) sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit;

(h) pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut Hukum Syarak;

(i) jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, dan jika pesalah itu perempuan, dalam keadaan dia duduk;

(j) jika semasa pelaksanaan hukum sebat itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan itu memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
(4) Dalam hal pesalah itu dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.

(5) Jika Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu, oleh sebab umur tua, keuzuran atau apa-apa sebab lain tidak dapat menjalani hukuman sebat pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujukkan kepada Mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksanakan mengikut cara yang difikirkannya munasabah.
Huraian - Umur tua ertinya telah mencapai umur lima puluh tahun atau lebih.

Kita lihat pula hukuman sebat menurut syarak. Jika kita mengkaji, terdapat banyak ayat Al-Qur’an dan hadis yang menerangkan tentang kesalahan meminum arak ini, antaranya;

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

Ayat alquran dan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa pesalah yang meminum arak patut dihukum dengan hukuman sebat. Justeru, sebagai umat Islam yang yakin akan syariat Allah yang telah digariskan dalam sumber rujukan utama kita yaitu alquran dan hadis, wajib bagi kita untuk percaya dan patuh pada hukuman tersebut.

Tidak berlaku sebarang diskriminasi jika hukuman ini turut dijatuhkan kepada pesalah wanita kerana sebatan dalam Islam tidak bersifat kejam dan mendera seperti hukuman sebatan yang dijalankan oleh undang2 sivil. Malahan, parut yang ditinggalkan oleh hukuman sebatan sivil hanya boleh hilang sekurang-kurangnya selepas dua tahun. Sedangkan hukuman sebatan yang dianjurkan oleh Islam mestilah tidak sampai melukakan kulit pesalah terbabit. Tambahan pula, hukuman ini bukanlah dikhaskan kepada golongan wanita sahaja, malahan juga kepada pesalah lelaki. Jika mereka memikirkan hukuman yang ringan ini sebagai tidak adil kepada kaum wanita yang lemah, sepatutnya mereka mesti berfikir, meminum arak itu lebih tidak adil kepada diri kerana ia memudaratkan badan dan otak. Sedangkan hukuman sebatan ini boleh membawa kebaikan kepada diri.

Alat sebatan yang digunakan tidak terhad hanya dengan menggunakan rotan sahaja. Tetapi terdapat banyak lagi alat lain yang boleh digunakan sebagai alat untuk menyebat pesalah seperti pelepah tamar atau ranting atau hujung kain. Pada zaman Rasulullah, kebiasaannya menggunakan pelepah tamar. Namun, pada zaman sekarang, alat yang digunakan untuk hukuman sebatan ialah rotan kerana lebih mudah. Namun, rotan tersebut hendaklah bersaiz sederhana, tidak terlalu tua atau muda, tidak pecah2 dan tidak juga berbuku-buku. Ini kerana untuk mengelakkan kecederaan kepada pesalah.

Apa yang membuatkan umat Islam di Malaysia dewasa ini begitu takut dan memandang hukuman sebatan ini sebagai kejam ialah kerana terpengaruh dengan hukuman sebatan sivil dan ada juga yang terpengaruh dengan hukuman sebatan di dalam filem “Semerah Padi”, lakonan Allahyarham P.Ramlie, Nordin Ahmad dan ramai lagi. Orang yang ditugaskan untuk melakukan hukuman sebata mestilah tidak boleh mengangkat tangan melebihi paras kepala atau boleh difahami tidak boleh mengangkat tangan lebih tinggi sehingga boleh menampakkan bahagian ketiak. Hukuman sebat ini mestilah dilaksanakan secara berturut-turut agar dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada pessalah. Hukuman sebatan ini juga mestilah dilaksanakan dihadapan khalayak umum agar dapat memberi keinsafan kepada masyarakat. Dengan ini, masyarakat tidak akan berani melakukan kesalahan yang sama setelah melihat kesadisan dan kesakitan yang dilalui pesalah.

Pesalah lelaki mestilah dalam keadaan berdiri, manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk sewaktu menerima hukuman. Pesalah mestilah dalam keadaan berpakaian biasa yang menutup aurat. Pakaian yang dipakai tidak boleh tebal kerana pakaian yang tebal boleh mengurangkan kesakitan yang diterima pesalah. Jika hal ini terjadi, matlamat hukuman ini dijatuhkan tidak akan tercapai.

Islam itu sangat teliti dari segala aspek termasuk dalam isu penjatuhan hukuman. Hukuman sebat ini boleh dilakukan di mana2 anggota badan kecuali anggota yang boleh memudaratkan pesalah iaitu muka, kepala, dada dan kemaluan. Islam juga melarang memukul pada tempat yang sama sahaja kerana juga akan memudaratkan kesihatan pesalah. Dibolehkan menyebat pesalah pada anggota lain seperti belakang badan, di bawah tengkuk adalah kerana ia dapat membawa kebaikan kepada pesalah itu dari aspek kesihatan.

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan pakar, hukuman sebat yang dilakukan antara bawah tengkuk dan atas pinggang akan merangsang penghasilan antibodi T4 Limfosit. T4 akan menguatkan daya tahan penyakit dan menguatkan badan. Ini akan membantu pesalah menyelamatkan dirinya dari virus HIV Aids yang masih belum ditemui penawarnya. Kita sendiri sedia maklum betapa seksanya penghidap HIV Aids dan masyarakat begitu takut dan gerun dengan penyakit ini. Alangkah indahnya Islam dan hebatnya syariat yang telah ditetapkan oleh Allah, khaliq kita yang Maha Besar.

Antara faedah lain pensyariatan hukuman sebat ialah ia dapat menyedarkan dan menginsafkan pesalah akan kesilapannya agar dia tidak mengulangi kesalahannya. Sepertiyang kita semua sedia maklum, permasalahan sosial di malaysiaberada pada tahap yang amat kritikal hampir sama seperti keadaan di negara barat. Zina dan meminum arakbukan lagi satu perkara asing, bahkan seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan muda-mudi. Dengan pelaksanaan hukuman sebat ini, diharap agar kes jenayah di Malaysia akan dapat dikurangkan dan masalah sosial akan dapat dibendung.

Selain itu, dengan hukuman ini, pesalah akan lebih mengingati Allah kerana kebiasaannya manusia sering lupa pada Allah ketika sihat dan senang, tetapi kerap mengingati Allah ketika susah dan sakit. Dengan rasa sakit akibat hukuman ini, diharap agar pesalah akan lebih banyak mengingati Allah. Kesakitan yang dirasai akibat hukuman sebat tersebut akan mengingatkan pesalah kepada hukuman di akhirat yang jauh lebih berat. Perasaan ini akan membawa pesalah agar lebih bertaqwa kepada Alalh dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut. Selain itu, masyarakat juga akan berasa terpanggil untuk menjauhi kesalahan yang telah dilakukan oleh pesalah kerana gerun dengan hukuman yang telah dijatuhkan kepada pesalah. Ini akan membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat. Ekonomi negara juga akan dapat ditingkatkan kerana umat Islam tidak lagi menggunakan wang ke jalan yang sia2.

Antara hikmah lain ialah penganut agama lain akan menghormati umat Islam kerana berakhlak mulia dan tidak melakukan maksiat sebagai mana yang mereka lakukan. Dengan menjauhi arak, secara automatik, hati akan menjadi lembut dan tidak suka kepada kejahatan dan maksiat. Negara2 lain juga turut akan menghormati negara kita yang pastinya akan mempunyai belia yang hebat dan berjiwa besar jika semuanya menjauhi tabiat buruk meminum arak. Umat Islam tidk akan terlibat dalam perkara yang sia2 dan membahayakan diri dan lebbih menumpukan kepada kepentingan agama, negara dan bangsa. Negara kita akan menjadikan negara kita sebagai contoh dan akan kagm dengan syariat yang kita ikuti. Secara tak langsung, semakin ramai yang akan tertarik dengan Islam sekiranya sifat Islam itu kita zahirkan melalui akhlak kita.

Seperti yang selalu disebutkan, arak itu raja kepada segala kejahatan. Ramai yang telah terjerumus ke atas kesalahan2 lain akibat mabuk kerana meminum arak. Seandainya masyarakat mula sedar akan kesalahan meminum arak, maka kuranglah kes2 maksiat lain yang dimulai dengan arak seperti zina, pembunuhan dan kemalangan. Berdasarkan apa yang telah saya kupas, adalah wajar hukuman sebatan kepada pesalah yang meminum arak ini perlu diteruskan di Malaysia dan ia perlu diubah sedikit demi sedikit agar selaras dengan syariat Islam di dalam hukuman hudud pada masa hadapan kerana sebarang perubahan hukuman di malaysia tidak boleh dilakukan secara drastik tetapi hendaklah secara beransur-ansur memandangkan Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment