CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Tuesday, July 20, 2010

ULUM HADIS : BAB 2>AL-HADIS


K... ni presentation Hana untuk subjek Ulum Hadis untuk sem ni... so, kalu terkurang kat mana-mana tu, asif jiddan ye.. Hana budak baru belajar..hehe.. semoga apa yang Hana post ni dapat membantu kawan-kawan semua untuk memahami perkara-perkara berkaitan dengan ulum hadis, sama ada saja rajin nak belajar atau pun sama cam Hana, nk kena buat presentation or assignment.... selamat membaca ye..



PENDAHULUAN
Al Hadis juga dikenali sebagai al-Sunnah. Merupakan sebagai ucapan, perbuatan , pengakuan, akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah saw. yang diriwayatkan. Sumber yang terpenting selepas Al-Quran dalam pegangan dan kepercayaan Islam.Telah diterima sejak lebih seribu tahun yang lalu secara menyeluruh iaitu semenjak kewujudan Islam itu lagi.
Sebagai sumber hukum islam yang kedua, sunnah mendapat jaminan dari Allah S.W.T akan sentiasa terjaga keasliannya hingga ke akhir zaman. Meskipun terdapat usaha-usaha oleh musuh islam yang cuba memanipulasi, memutarbelitkan kenyataan, dan melontarkan syubhat-syubhat untuk membuatkan sunnah tidak relevan lagi untuk dijadikan sumber hukum dalam islam.

PENGERTIAN AL-HADIS
Definisi
الْحَدِيْثُ مَا جَاءَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، سَوَاءً كَانَ قَوْلاً أَوْ فِعْلاً أَوْ تَقْرِيْرًا أَوْ صِفَةً
Hadis adalah segala sesuatu yang datang dari Nabi saw, baik yang berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, ataupun sifat

PENGERTIAN AS-SUNNAH
BAHASA:
sunnah berasal dari kata sanna – yasunnu – sunnatan, yang bermaksud assirah wa tariqah(jalan dan metode), merangkumi jalan dan metode yang baik ataupun yang tidak baik.


ISTILAH:
Menurut ahli hadith:
Segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W, berupa perkataan, perbuatan, taqrir, sifat perilaku baik yang terjadi sebelum masa kenabian, seperti selain penyendirian baginda di Gua Hira’ ataupun sesudah masa kenabian.
Menurut ulama’ usul fiqh:
Segala sesuatu yang bersumberkan dari Rasulullah S.A.W selain al-Quran, baik berupa perkataan, perbuatan mahupun taqrir yang dapat dijadikan landasan bagi hukum syar’i.
Menurut Ulama’ fiqh:
Segala sesuatu yang datang dari Rasulullah S.A.W, yang bukan merupakan sesuatu yang wajib ataupun fardhu.

AL-AKHBAR DAN AL-ATHAR
Menurut pandangan jumhur ulama’, secara umumnya, maksud al-akhbar dan al-athar adalah sama. Pun begitu, terdapat segelintir golongan yang menyatakan perbezaan antara kedua-dua perkataan ini dari sudut istilah.
PENGERTIAN AL-AKHBAR
الْخَبَرُ مَا جَاءَ عَنْهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَ عَنْ غَيْرِهِ مِنْ أَصْحَابِهِ أَوِ التَّابِعِيْنَ أَوْ تَابِعِ التَّابِعِيْنَ أَوْ مَنْ دُوْنَهُمْ
Khabar adalah segala sesuatu yang datang dari Nabi saw ataupun yang lainnya, yaitu shahabat beliau, tabi’in, tabi’ tabi’in, atau generasi setelahnya
Bahasa : sesuatu berita yang disampaikan daripada seseorang kepada sesorang yang lain.
Istilah.
1. al-khabar ialah berita yang bersumberkan daripada Rasulullah atau sahabat atau tabi’in. Ia jelas menunjukkan bahawa al-khabar itu meliputi hadis marfu’, hadis mawquf dan hadis maqtu’. Dapat kita fahami juga bahawa pengertian al-khabar ini lebih umum berbanding al-hadis dan al-sunnah.
2. Diitlaqkan kepada apa yang diterima daripada Rasulullah.pengertiannya sama dengan hadis tetapi al-khabar lebih umum.
3. Menurut pendapat Ibn Hajar Al-’Asqalani. Al-khabar mempunyai maksud yang sama dengan al-hadis dan al-sunnah.
PENGERTIAN AL-ATHAR
الأَثَرُ مَا جَاءَ عَنْ غَيْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الصَّحَابَةِ أَوِ التَّابِعِيْنَ أَوْ تَابِعِ التَّابِعِيْنَ أَوْ مَنْ دُوْنَهُمْ
Athar adalah segala yang datang selain dari Nabi saw, yaitu dari shahabat, tabi’in, atau generasi setelah mereka
Bahasa – kesan atau bekas kepada sesuatu.
Istilah – terdapat banyak pendapat mengenai maksud al-athar dari sudup pandangan istilah
1. Mempunyai maksud yang sama dengan hadis.
2. menurut pendapat Imam Nawawi, al-athar ialah hadis Mawquf.
3. Menurut pendapat sesetengah ahli hadis yang lain pula, al-athar hanya khusus untuk kata-kata dari Tabi’in sahaja
4. 4. Menurut pendapat Al-Zarkasyi, al-athar digunakan untuk hadis Mawquf, namun ia boleh juga digunakan untuk hadis marfu’.
5. 5. Menurut pendapat al-Tahawi, al-athar digunakan untuk perkataan yang datang daripada Rasulullah dan sahabat.
6. 6. Bagi al-Tabari pula, al-athar dikhaskan untuk perkataan yang datang dari Rasululllah sahaja.
7. Fuqaha’ Khurasan menamakan hadis Mawquf sebagai al-athar, dan Marfu’ sebagai al-khabar.

HADIS QUDSI
BAHASA
* perkataan “qudsi” berasal dari perkataan qadusa, yaqdusu, qudsan bererti hadis yang suci

-sesuai dengan kedudukannya yang datang daripada Allah dari sudut lafaz dan makna,suci daripada sifat yang tidak layak bagi-Nya

-istilah lainnya disebut sebagai Hadis Ilahiyah atau Hadis Rabbaniah kerana datang dari Allah
ISTILAH
*Sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi
kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan baginda sendiri
CONTOHNYA:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدِى بِحَبِيْبَتَيْهِ فَصَبَرَ, عَوَّضْتُهُ مِنْهَا الْجَنَّة
( رواه البخاري )
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a berkata, daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman:Apabila aku menguji hambaku dengan dua orang anak perempuan kesayangannya maka ia tetap bersabar, aku akan menggantikannya dengan syurga
CIRI-CIRI HADIS QUDSI
- Makna dan lafaz daripada Allah
- Tidak dikira ibadat orang yang membacanya
- Disandarkan kepada Allah. Rasulullah sebagai orang yang menyampaikan berita dari Allah
-Mengguanakan lafaz tertentu
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربه
قال الله فيما رواه عنه رسول الله
-Memperkatakan tentang soal fada`il,sunat dan keistimewaan-keistimewaan

PENGUMPUL HADIS QUDSI
1) `Abd al-Ra`uf Ibn `Ali al-Munawi
*al-Ithafat al-Sunniyyah bi al-Ahadith al-Qudsiyyah
*272 buah hadis

2)Abu Nasr Ibn Husayn Ibn `Ali al-Husyni al-Bukhari al-Qanuji
*Hazirah al-Taqdis wa Zakhirah al-Ta`nis
*14 buah hadis

3)al-Allamah Mula `Ali al-Qari
*al-Ahadith al-Qudsiyyah al-Arba`iniyyah
*40 buah hadis

PERBEZAAN HADIS QUDSI DENGAN AL-QUR’AN
HADIS QUDSI AL-QUR’AN
-diturunkan melalui malaikat dan melalui wahyu ilham

-tidak dikira ibadat kalau membacanya

-berdasarkan kategorinya, mengingkarinya tidak menjatuhkan seseorang itu kekufuran
-diturunkan melalui malaikat secara lisan dan talaqqi

-dikira ibadat kalau membacanya

-menolak,mendusta atau tidak menerima al-Quran hukumnya kafir


HADIS NABAWI
• BAHASA : baru @ percakapan @ perkhabaran
• ISTILAH : perkataan, perbuatan takrir dan juga sifat, yg disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
• CONTOH HADIS :
عن زيد بن أرقم قال : أن رسول الله ( ص ) قال : كتاب الله عز وجل هو حبل الله , من اتبعه كان على الهدى, ومن تركه كان على ضلالة.
( رواه مسلم )
• MAKSUDNYA :
Daripada Zaid bin Arqam r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda, “كتاب الله عز وجل adalah tali Allah, setiap yang menurutnya ia akan memperolehi hidayah, dan setiap yang meninggalkannya ia akan berada dalam kesesatan” .
Sudut Pengertian
 Pendapat ulama- Hadis Nabawi bermaksud perkataan yang keluar daripada Rasulullah tanpa dinisbahkan kepada Allah S.W.T.
 ( segala yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada perkataan, perbuatan, sifat, tubuh badan kelakuan dan ketetapan serta perjalanan hidup Rasulullah itu sendiri)
ISNAD ATAU SANAD
dinisbahkan terus ( secara langsung )kepada Rasulullah itu sendiri sebagai sabdanya.
Makna
 Mempunyai dua bahagian- sebahagiannya wahyu dan sebahagiannya ijtihad Rasulullah
 Jika terdapat mana-mana ijtihad Rasulullah yang salah, akan diperbetulkan oleh wahyu.
ISI
• Membincangkan perkara-perkara berikut:
Keperluan hidup manusia
Kepentingan manusia dan negara
Hukum halal dan haram
Perkhabaran yang baik dan buruk yang akan diterima oleh manusia sekiranya melakukan kebaikan ataupun keburukan
PERBEZAAN HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI
HADIS QUDSI HADIS NABAWI
- Makna dan lafaz daripada Rasulullah s.a.w


-Dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan lafaz : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
- Makna dan lafaz daripada Allah `Azza wajalla dan lafaz daripada Rasulullah s.a.w

- Dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w dgn lafaz : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربه



RUJUKAN
• Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2005. Pengantar Ulum Hadis Edisi kedua. Pustaka Salam. Kuala Lumpur
• عزويرا بن عبد العزيز, أحمد :امل بن حاج مت , محمد هاشم بن نواوي. 2002. فنديديقن القرءان دان السنة تيغكاتن 4 . ديوان بهاس دان فوستاك.

18 comments:

  1. salam, mohon copy.. nak buat assignment jadi rujukan tambahan... terima kasih..

    btw, ni dari ipg mane n opsyen ape..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...xpe2...bleh je copy utk rujukan...
    awk dr IPG mne?opsyen pe?sem berapa?

    ReplyDelete
  3. thanks untuk sume entry blog yang bantu sy untuk revision :) syg awokkk !

    ReplyDelete
  4. sama2... ^^
    hrp entry ni membantu n moga awk berjaya... ^^

    ReplyDelete
  5. hehe. thanks kakak. doakan kite. sok exam. hehe :)

    ReplyDelete
  6. welcome...^^
    insya-Allah...doakan akak jugak...^^
    ipg mne?

    ReplyDelete
  7. berguna untuk exam dan untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  8. terima kasih...tp masih ada byk kekurangan...
    sbb buat keje cincai...haha

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. salam hana syakira..thanx 4 ur infomations..
    mohon utk dijadikan rujukan 4 my assignment..
    semoga saudari dirahmati Allah S.W.T

    ReplyDelete
  11. assalam....mohon copy....syukran

    ReplyDelete