CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Friday, July 2, 2010

KHULU'

Maksud
Bahasa : tanggal
Pengertian syara‘: Penceraian yang diminta oleh isteri dari suaminya dengan memberi wang atau sebagainya.Khulu’ berlaku disebabkan beberapa hal yang tidak disenangi oleh isteri terhadap suaminya. Di kalangan masyarakat Melayu, Khulu' juga dikenali sebagai "tebus talak"

Dalil
ٱلطَّلَـٰقُ مَرَّتَانِ‌ۖ فَإِمۡسَاكُۢ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ تَسۡرِيحُۢ بِإِحۡسَـٰنٍ۬‌ۗ وَلَا يَحِلُّ لَڪُمۡ أَن تَأۡخُذُواْ مِمَّآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ شَيۡـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَا فِيمَا ٱفۡتَدَتۡ بِهِۦ‌ۗ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعۡتَدُوهَا‌ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٢٢٩)
229. talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.

Sebab-sebab berlaku khulu’
• Jika kedua pihak khuatir tidak dapat melaksanakan hukum Allah.
• Jika isteri khuatir beliau tidak dapat mentaati suaminya.
• Jika suami khuatir isteri tidak dapat melaksanakan perintah suami sehingga berlaku kekerasan terhadap isteri.

Hukum khulu’
• Pendapat Pertama : Al-Khulu adalah thalak bain, dan ini merupakan pendapat madzhab Abu Hanifah, Malik dan Syafi’i dalam qaul jadid
• Pendapat Kedua : Menyatakan, Al-Khulu adalah thalak raj’i, dan inilah pendapat Ibnu Hazm
• Pendapat ketiga : Menyatakan, Al-Khulu adalah faskh (penghapusan akad nikah) dan bukan thalak. Pendapat ketiga ini merupakan pendapat Ibnu Abbas, Asy-Syafi’i, Ishaq bin Rahuyah dan Dawud Azh-Zhahiri[1]. Begitu pula zhahir madzhab Ahmad bin Hanbal dan mayoritas ahli fiqih yang muhadits (Fuqaha Al-Hadits).

PENDAPAT PERTAMA
• Menurut Mazhab Abu Hanifah,Maliki dan Syafie
• Khulu’ adalah talak bai’n PENDAPAT KEDUA
• Menurut Ibnu Hazm
• Khulu’ adalah talak raj’i PENDAPAT KETIGA
• Menurut Ibn Abbas,Syafie,Ishaq bin Rahuyah,Daud azh-Zhahiri,Zhahir Mazhab Ahmad bin Hanbal,dan para fuqaha hadis
• Khulu’ adalah fasakh (penghapusan akad nikah) dan bukan talak

Pendapat yang ketiga merupakan pendapat yang kuat. Sebagaimana Firman Allah di dalam surah al-Baqarah,ayat 229 – 230 :
ٱلطَّلَـٰقُ مَرَّتَانِ‌ۖ فَإِمۡسَاكُۢ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ تَسۡرِيحُۢ بِإِحۡسَـٰنٍ۬‌ۗ وَلَا يَحِلُّ لَڪُمۡ أَن تَأۡخُذُواْ مِمَّآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ شَيۡـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَا فِيمَا ٱفۡتَدَتۡ بِهِۦ‌ۗ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعۡتَدُوهَا‌ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٢٢٩) فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوۡجًا غَيۡرَهُ ۥ‌ۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَآ أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۗ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ يُبَيِّنُہَا لِقَوۡمٍ۬ يَعۡلَمُونَ (٢٣٠)
229. talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
230. sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali Yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin Dengan suami Yang lain. setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkanNya kepada kaum Yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

• Dalam ayat ini,Allah menjelaskan tentang talak dua kali (boleh dirujuk ),kemudian khulu’,dan diakhiri dengan talak tiga.
• Seandainya khulu’ adalah talak,maka jumlah talak adalah empat.
• Dan talak yang tidak halal lagi kecuali menikah dengan suami yang lain adalah yang keempat.
• Oleh kerana khulu’ adalah bukan talak,maka si suami boleh menikahi semula isterinya dengan akad yang baru.
• Seandainya suami melakukan khulu’ sepuluh kali pun,ia masih boleh menikahinya dengan akad baru sebelum menikah dengan yang lainnya.
• Menurut Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah :
“…bahawasanya al-khulu’ merupakan fasakh yang memisahkan wanita dari suaminya dengan lafaz apa sahaja yang sahih.Oleh kerana itu,seandainya seorang lelaki memisahkan isterinya dengan tebusan ( khulu’) beberapa kali,maka ia masih boleh menikahinya,baik dengan lafaz talak mahupun selainnya…”

• Menurut pendapat Ibn Abbas, semua yang dihalalkan oleh harta,maka ia bukan talak ( khulu’) melibatkan penebusan isteri dengan sejumlah harta atau wang.
• Masa iddah khulu’ adalah satu kali haid iaitu sekadar memastikan isteri tidak hamil.
• Hadits Ar-Rubayyi binti Mu’awwidz Radhiyallahu anhuma yang berbunyi.
“Beliau melakukan Al-Khulu pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkannya, atau ia diperintahkan untuk menunggu satu kali haidh” [HR At-Tirmidzi dan dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam At-Ta’liqat Ar-Radhiyah ‘Ala Ar-Raudhah An-Nadiyah, 2/275]
• Menurut pendapat Ibn Abbas, semua yang dihalalkan oleh
• Khulu’ diperbolehkan setiap waktu,walaupun dalam keadaan haid atau suci setelah disetubuhi kerana khulu’ disyariatkan untuk menghilangkan kemudaratan yang menimpa wanita kerana faktor-faktor tertentu yang membawa kepada khulu’.
• Dalam khulu,isteri berkuasa penuh ke atas dirinya sendiri ( suami tidak berhak rujuk kecuali dengan redha isteri )

KESAN-KESAN KHULU’
• Tidak dianggap dalam hitungan talak yang tiga, maka tidak dibenarkan untuk suami merujuk kembali
• Jika ingin kembali, mereka memerlukan akad nikah yang baru
• Masa iddah hanya sekali haid
• Dibolehkan dalam setiap waktu sama ada isteri sedang haid atau suci
• Tiada nafkah untuk isteri
• Zihar, ‘ila dan talak yang dijatuhkan suami ke atas isterinya sepanjang tempoh iddah, maka ia tidak dikira

2 comments: