Thursday, May 26, 2011
kronologi exam....
Monday, May 16, 2011
SELAMAT HARI GURU!!!
selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia....kepada semua guru yang pernah mengajar Hana (tadika KEMAS blok B 1996, SKSB 1997-2002, SMKATJ 2003-2007, KMNS 08/09 n IPIS 2009-now), Hana ingin mengucapkan terima kasih atas segala ilmu dan kasih sayang yang telah diberikan. Mohon dihalalkan semua ilmu. Hana selaku pelatih guru juga nak ucapkan selamat hari guru kat diri Hana sendiri...hehe...
معلم البلاد
نحن معلّمو البلاد
نقرّ ونعد
نهذّب ونرشد
فتى وفتاة بلادنا
لصاحب الجلالة
نبذل طاعاتنا
أكان بلادنا
دستور لحياتنا
في ميدان العمران
نشارك معا
نتعاون... ننشئ
بلادنا المحبوبة
الأمانة بين أيدينا
لا نضيّعها
ما الّذي نعاهد
نؤدّية بل نؤدّيه
GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada seri paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan 2x
Saturday, May 14, 2011
KOMPANG DIPALU PENGANTIN BARU
Tuesday, May 10, 2011
CAF
C&S
- Kesan jangka serta merta : segera-1 tahun
- Kesan jangka pendek : 1-5 tahun
- Kesan jangka sederhana : 5-25 tahun
- Kesan jangka panjang : lebih dari 25 tahun
- Bebanan kerja akan berkurang
- Pekerja tidak akan berasa stress lagi semasa bekerja
- Pekerja tidak akan ponteng kerja mereka
- Ramai orang akan kehilangan pekerjaan
- Produktiviti pekerja akn meningkat kerana kurang bebanan kerja
- Kualiti pekerja akan meningkat
- Pekerja akan mula berasa bosan dengan kerjanya
- Hubungan sosial antara pekerja akn terbatas
- Pekerja akan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga
- Pekerja hanya akan mendapat sedikit pengalaman kerja kerana banyak daripada kerjanya dilakukan oleh robot
PMI
M - MINUS (keburukan)
I - INTERESTING (menarik)
- Melihat kedua-dua belah pihak (kebaikan dan keburukan)
- Lihat setiap tindakan tersebut dari sudut yang berbeza
- Fikir sedalamnya tentang isu tersebut
PLUS (kebaikan)
|
MINUS (keburukan)
|
INTERESTING (menarik)
|
Mengurangkan waktu untuk anak-anak ibu terbabit menonton televisyen. (5)
|
Minda anak-anak akan kurang berkembang kerana menerima kurang maklumat. (-3)
|
Ianya unik kerana belum pernah dilakukan oleh ibu-ibu. (3)
|
Dapat mengawal wang anak-anak dari dibazirkan ke tempat lain. (5)
|
Mereka akan lebih meluangkan masa di luar. (-5)
|
Satu cara untuk mengajar anak-anak untuk menyimpan wang. (3)
|
Dapat menggunakan duit tersebut untuk membayar bil elektrik. (3)
|
Wang poket yang sepatutnya digunakan untuk membeli makanan dan buku rujukan digunakan untuk menonton televisyen. (-5)
|
Kaedah yang digunakan menyerupai seperti telefon awam. (1)
|
Anak-anak akan mempunyai masa yang lebih untuk menyiapkan kerja sekolah. (5)
|
Satu cara untuk mengajar anak-anak. (3)
|
grammar sket...
Walaupun exam ELP dh abes, xpe la, sje nk share sket notes sal verb ni...lagipun ni bukan notes sem ni, tp notes sem 1 PISMP dulu nun...hehe..k, cam biasa, amek yg bermanfaat, abaikan yang x bermanfaat ek.. ^^
THE INFINITIVE
1. She works hard
2. She try to work hard
In sentence 1, the Verb works has she for its subject. Hence the Verb is limited by person and number. This Verb is called a Finite Verb.
In sentence 2, “to work” does not refer to a subject. It merely names the action denoted by the Verb tries and is not limited by person or number. It is called the Infinitive Verb.
*word “to” is frequently used with Infinitives, but it is not always necessary.
Example : I cannot afford to waste time.
He would rather die than surrender.
ACTION VOICE AND PASSIVE VOICE
1. Fikri drives the car.
2. The car is driven by Fikri.
The sentences express the same meaning. From sentence 1, the Verb drives is said to be in Active Voice because the Subject (Fikri) does something (drives the car).
But, sentence 2, something (is driven by Fikri) is done to the subject (the car). The Verb is driven is said to be in the Passive Voice.
*The Object of the Verb in the Active Voice becomes the subject in the Passive Voice. Thus, only the Transitive Verb can be used in the Passive Voice
ACTIVE VOICE | | PASSIVE VOICE |
John helps her | SIMPLE PRESENT TENSE | She is helped by John |
He is writing a letter | PRESENT CONTINUOUS TENSE | A letter is being written by him |
They have built a house | PRESENT PERFECT TENSE | A house has been built by them |
A dog chase the cat | SIMPLE PAST TENSE | A cat was chased by a dog |
He was writing a letter | PAST CONTINUOUS TENSE | A letter was being written by him |
Faris had written a letter to Hana | PAST PERFECT TENSE | A letter had been written by Faris to Hana |
Haikal will sing a song to Mawaddah | SIMPLE FUTURE TENSE | A song will be sung by Haikal to Mawaddah |
Fikri will be reading a book | FUTURE CONTINUOUS TENSE | [no passive voice] |
Sue will have taken a test | FUTURE PERFECT TENSE | A test will have taken by Sue |
*Most of the sentences in the Passive form make use of the word ‘by’ for the doer of the action.
Note :
i) The Active Voice is used when the doer of the action is to be made prominent; the Passive, when the person or thing acted upon is to be made prominent.
ii) The Passive Voice is preferred if the Active Voice would involve the use of a vague or indefinite thing (they, people , someone etc.) as the doer of the action, e.g.
Malay is spoken here
(People speak Malay here)
11.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT OPERASI KONKRIT
Perkembangan kognitif sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sekiranya guru menjalankan proses P&P dengan berkesan, ia pasti akan lebih merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak ini.
Jadi, bagi menjana perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini, guru boleh meneruskan penggunaan bahan yang maujud atau konkrit terutamanya untuk mengajar perkara atau kemahiran baru. Adalah digalakkan menggunakan bahan-bahan maujud yang mempunyai bentuk dan warna yang menarik. Ini bagi menarik minat murid dan sekaligus meransang mindanya.
Selain itu, guru perlulah memberi peluang kepada murid untuk memanipulasi, menguji dan meneroka sendiri objek-objek yang diajar. Ini kerana, perkembangan kognitif murid akan berkembang dengan lebih pantas sekiranya diberi peluang menterjemah sesuatu melalui pengalamannya sendiri.
Seterusnya, guru perlulah membentangkan pelajaran yang diajar dengan ayat yang ringkas dan tersusun. Ini kerana, murid mungkin akan keliru dengan arahan atau pengajaran yang menggunakan ayat yang panjang dan kompleks. Dengan penggunaan ayat yang ringkas dan tersusun, bukan sahaja perkembangan kognitif murid yang akan teransang, bahkan perkembangan bahasa murid juga turut berkembang dengan lebih pesat.
Guru juga boleh menggunakan contoh-contoh yang bersesuaian yang mempunyai hubungkait dengan minat atau diri murid. Contohnya, jika guru mengajar tentang kepentingan puasa, guru boleh mengaitkannya dengan cerita Upin dan Ipin. Sekiranya guru mengajar tentang nilai tidak berputus asa, guru boleh mengaitkannya dengan watak Naruto di dalam cerita Naruto. Mungkin ianya dianggap cerita yang hanya membuang masa, namun cerita-cerita kartunlah antara yang menjadi kegemaran murid. Jadi, guru perlulah meletakkan diri pada tahap kanak-kanak ini dan mengaitkan pengajaran dengan sesuatu yang disukai murid agar mereka lebih mudah mengingatnya.
Sebagai pertambahan, guru boleh memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Guru perlu menunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah, tersusun dan sistematik. Dengan ajaran guru yang tersusun dan mudah difahami, perkembangan kognitif murid akan teransang lalu akan lebih cepat untuk memahami dan meneroka sesuatu perkara baru.
Kesimpulannya, perkembangan kognitif murid bukan hanya bergantung kepada faktor baka semata-mata, namun turut dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Justeru, penggunaan kaedah P&P yang bersesuaian pasti akan lebih meransang perkembangan kognitif murid.
10.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL
Seperti yang telah diterangkan dalam pendahuluan, perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Antara contoh aktiviti-aktiviti fizikal ialah duduk, berjalan, berlari, melompat, memanipulasi objek dan sebagainya. Perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori terutamanya penglihatan dan pendengaran.
Perkembangan fizikal tidak boleh dipandang enteng kerana ia mampu memberikan implikasi yang besar bagi diri setiap kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perkembangan fizikal sebenarnya banyak mempengaruhi perkembangan kognitif, bahasa, kendiri dan emosi seseorang kanak-kanak.
Berdasarkan perkembangan fizikal ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kemampuan fizikal mereka. Contohnya, kanak-kanak ini masih belum sesuai untuk diberi peluang bermain permainan yang terlalu lasak seperti permainan ragbi. Apatah lagi jika disuruh bermain dengan orang yang jauh lebih besar berbanding mereka. Ia boleh menyebabkan murid ini tercedera.
Selain itu, pemakanan yang bersesuaian adalah perlu bagi memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak ini tidak terjejas dan terbantut. Pengambilan makan seimbang adalah penting untuk mengelakkan obesiti ataupun terlalu kurus. Ini kerana, pada peringkat umur ini, kanak-kanak sedang membesar.
Sekiranya perkembangan fizikalnya terbantut, ia boleh mengganggu emosinya dan menghilangkan keyakinannya untuk bersama dan bersosial secra sihat dengan rakan-rakan sebaya. Ia juga boleh membantut minatnya yang menjurus ke arah berbentuk fizikal contohnya bermain bola sepak.
Seterusnya, guru perlu bijak menempatkan murid-murid di dalam kelas mengikut saiz badannya. Sekiranya murid kecil, maka perlulah diletakkan di hadapan agar mudah baginya untuk menjalani proses P&P. Sekiranya penyususunan meja di dalam kelas secar berkumpulan, guru tidak seharusnya meletakkan seorang murid yang kecil bersama ramai murid yang besar. Ini mungkin boleh menyebabkan dia dibuli oleh rakan-rakannya.
2. 3 PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Terdapat beberapa prinsip asas perkembangan. Salah satunya ialah proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Prinsip ini dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan bahasa. Contohnya, kanak-kanak hanya dapat bercakap dengan kata-kata yang tidak jelas dan ringkas sebelum dapat berkata-kata dengan jelas dan lengkap.
Perubahan dalam perkembangan ini berlaku secara beransur-ansur daripada yang umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seseorang bayi mesti belajar menggenggam objek dengan tangan sebelum boleh belajar menggunakan jarinya. Namun, proses ini berlaku berterusan, tidak seperti pertumbuhan yang terhenti apabila sampai hadnya.
Selain itu, pola perkembangan seseorang individu dengan individu yang lain hampir sama, namun kadar perkembangannya berbeza bagi setiap individu. Terdapat individu yang berkembang dengan pantas, namun ada pula individu yang berkembang dengan perlahan. Contohnya, ada kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran membaca atau menulis seawal usia enam tahun, namun ada pula individu yang masih belum menguasai kemahiran ini sedangkan kedua-dua mereka dihantar untuk belajar di sekolah.
Di samping itu, perkembangan adalah hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan dapat ditakrifkan sebagai potensi diri yang terpendam dalam setiap individu, yang mana ia dipengaruhi oleh genetik yang terdapat dalam trait setiap individu. Pembelajaran pula ialah hasil yang diperoleh daripada latihan dan identifikasi yang mana ia memerlukan usaha. Kesimpulannya, setiap manusia telah sedia mempunyai potensi diri yang tersendiri dan ianya akan dicungkil dan diperkembangkan melalui pembelajaran.
3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Namun begitu, faktor baka bukanlah satu-satunya faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, kendiri mahupun sosioekonomi seseorang individu. Persekitaran juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas perubahan perkembangan fizikal individu.
Ramai pengkaji yang berdebat tentang pengaruh faktor-faktor ini ke atas perkembangan kanak-kanak sejak sekian lama. Ada yang berpendapat faktor baka memainkan peranan yang lebih penting, namun ada pula pihak yang emndakwa faktor persekitaran lebih mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ada pula pihak lain yang berpendapat baka menetapkan had atau tahap perkembangan individu manakala persekitaran menambah atau menghalang perkembangannya.
Namun, apa yang pasti, kedua-dua faktor ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan indivdiu. Tidak hairanlah salah satu aspek yang ditekankan oleh Rasulullah di dalam hadis Baginda yang bermaksud:
“"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Dalam hadis tersebut, keturunan dan kecantikan merupakan faktor baka, manakala harta dan agama merupakan faktor persekitaran. Ia menjadi bukti dan dalil bahawa, kedua-dua faktor ini sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan individu.
Dari segi perkembangan fizikal, sekiranya sepasang suami isteri mempunyai kulit yang cerah, besar kemungkinan anak-anaknya akan mempunyai kulit yang cerah juga. Sekiranya ada antara anak-anaknya mempunyai kulit yang gelap, mereka mungkin mewarisi gen berkulit gelap yang tersembunyi dalam trait ibu bapanya. Ini kerana, mungkin ibu bapa pasangan terbabit iaitu datuk dan nenek anak-anaknya berkulit gelap.
Selain itu, kita dapat lihat, kebanyakan orang melayu mempunyai rambut ikal mayang berwarna hitam. Oran cina juga mempunyai rambut yang hitam namun lurus. Manakala orang mexico pula kebanyakannya mempunyai rambut yang merah keperangan. Ini terjadi kerana ia dipengaruhi oleh faktor baka.
Pun begitu, faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi kulit anak-anak ini. Walaupun ibu bapanya berkulit cerah, namun anaknya boleh mempunyai kulit yang gelap jika sering terlibat dengan aktiviti luar yang terdedah dengan matahari. Kita dapat lihat, kebanyakan orang yang bekerja di laut mempunyai kulit yang gelap kerana sering terdedah dengan cahaya matahari dan suasana di pantai dan laut sangat panas.
Seterusnya, kedua-dua faktor ini juga turut mempengaruhi perkembangan kognitif. Kebiasaannya, ibu bapa yang pandai akan mempunyai anak-anak yang pandai. Selain itu, bakat seni ibu bapa biasanya akan turut diwarisi oleh anak-anaknya. Oleh sebab itulah, salah satu cirri yang perlu ada pada wanita atau lelaki yang ingin dikahwini adalah keturunan yang baik. Ini kerana, perkembangan kognitif seseorang itu juga dipengaruhi oleh faktor baka.
Sungguhpun begitu, faktor persekitaran tidak ketinggalan mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang. Walaupun seseorang itu mempunyai otak yang genius, namun persekitarannya membantutnya untuk meneroka ilmu, perkembangan kognitifnya juga turut terbantut. Contohnya, jika seseorang kanak-kanak itu mempunya otak yang genius, tetapi sering dibuli, emosinya akan terganggu dan akan mengganggu dan membantutkan perkembangan kognitifnya juga. Tidak ketinggalan, sekiranya seseorang itu mempunyai sikap yang malas, menjalani gaya hidup bebas dan tidak menumpukan pelajaran atau sering ponteng, perkembangan kognitifnya juga boleh terganggu.
Kerana itulah, tidak semua anak-anak orang yang terpelajar berjaya di dalam peperiksaan dan kebanyakan kanak-kanak yang tinggal di pedalaman tidak tahu menulis dan membaca. Ini kerana persekitaran mereka mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.
Kesimpulannya, kedua-dua faktor ini perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan guru dalam membentuk identitit kanak-kanak agar cemerlang bukan sahaja dalam aspek akademik, malah juga dalam aspek sahsiah dan ketrampilan diri.
PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sekolah adalah institusi yang paling penting dan utama dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagaimana yang kita tahu, “Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri seri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bukanlah suatu usaha yang ringan. Aspek-aspek seperti budaya sekolah, peranan guru, disiplin murid, aktiviti ko-kurikulum dan juga aspek kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius dan dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan di semua sekolah. Dengan itu, tidak mustahil hasrat FPK dapat direalisasikan.
Aspek yang terpenting ialah aspek pembudayaan sekolah. Sesetengah pihak memanggilnya iklim sekolah. Budaya sekolah ini mestilah merangkumi kelima-lima elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu, rohani, intelektual, emosi, jasmani dan sosial. Elemen rohani ialah dengan menerapkan kepentingan agama tanpa menentang agama lain. Contohnya ialah dengan mewujudkan budaya sekolah yang mengamalkan bacaan Al-Qur’an setiap pagi dan solat fardhu secara berjemaah. Semua murid pula mestilah menutup aurat. Ia akan menyedarkan murid akan tanggungjawabnya dalam memelihara agama dan kehormatan diri. Secara tak langsung akan melahirkan murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Dari elemen fizikal pula ialah dengan menyediakan kemudahan sekolah yang selesa, ceria dan kondusif yang dapat menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia akan dapat merangsang minat murid dalam menuntut ilmu. Ia sejajar dengan hasrat FPK iaitu untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial.
Seterusnya, dalam elemen intelek, sekolah mestilah menggalakkan pembuadayaan ilmu dalam kalangan murid dan guru. Pihak sekolah boleh menganjurkan program-program akademik seperti program NILAM. Ia akan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid. Semangat murid untuk membaca juga semakin meningkat dengan adanya penganugerahan seperti anugerah NILAM. Melalui pembacaan, minda murid akan lebih berkembang dan murid mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Ia sejajar dengan hasrat FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Dalam elemen sosial, murid mestilah diberi pendedahan akan kepentingan bersosial dengan cara yang betul sesama murid, guru, ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Contohnya budaya member salam yang diamalkan di sesetengah sekolah akan mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama murid dan guru, dan dengan keluarga dan masyarakat jika turut dipraktikkan di luar. Budaya ini akan melahirkan murid yang menghormati guru dan rakan-rakannya serta akan membenihkan rasa kasih dan sayang guru terhadap murid. Ia akan menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara seperti yang terdapat di dalam FPK.
Seterusnya ialah dalam aspek aktiviti ko-kurikulum. Melalui gerak kerja ko-kurikulum, sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan murid dapat dipupuk. Gerak kerja ko-kurikulum ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat melahirkan murid yang seimbang perkembangan mental, sosial, jasmani dan rohani. Ia dapat mencungkil bakat murid, menambah kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri setiap murid. Secara tidak langsung, murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar dan hadir ke sekolah.
Aspek disiplin juga turut sama pentingnya bagi merealisasikan hasrat FPK. Disiplin berkaitan dengan tatatertib. Tatasusila, kesopanan dan akhlak. Sekolah merupakan institusi terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih lancar, mudah dan menarik seandainya masalah disiplin adalah sifar di sekolah. Ini kerana, masalah disiplin akan menjejaskan tumpuan murid kepada pelajaran. Untuk mengawal disiplin setiap murid bukanlah tugas guru dan sekolah semata-mata. Namun, ibu bapa seharusnya memainkan peranan, contohnya melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Selain itu, aspek kepimpinan juga memainkan peranan penting untuk membantu memenuhi tuntutan FPK. Fungsi kepimpinan dalam menguruskan dan mengendalikan sekolah adalah amat penting. Kepemimpinan di sekolah haruslah sentiasa proaktif dan bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan seiring dengan perubahan arus masa yang semakin mencabar kredibiliti guru seperti penyaluran budaya kuning.
Sekolah yang berkesan dapat dinilai melalui stail kepimpinannya yang bukan sahaja mampu membawa kecemerlangan, malah berjaya membawa perubahan yang besar kea rah kebaikan. Ianya tidak menumpukan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran semata-mata, iaitu aspek akademik, malahan tumpuan yang diberikan adalah secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dalam kelima-lima aspek JERIS. Tugas kepemimpinan ini bukanlah terhad di pundak guru besar atau pengetua semata-mata, malah setiap warga sekolah mestilah memainkan peranan dan tugas masing-masing, termasuklah jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Menurut Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979).
Peranan guru juga merupakan aspek yang penting dalam memainkan peranan sekolah untuk merealisasikan hasrat FPK. Guru seharusnya berusaha mendekati murid dan menjalin hubungan yang erat dan mesra dengan murid agar murid berasa selesa untuk berhadapan dengan guru. Guru merupakan insan yang perlu dihormati selepas ibu bapa. Martabat seorang guru diangkat dengan begitu tinggi kerana peranan guru amat besar untuk membentuk nilai dan sahsiah seseorang murid. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar, bahkan juga sebagai pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan inovator. Tuntasnya, guru bertanggungjawab untuk mengembangkan bakat dan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Kesimpulannya, hasrat FPK pasti akan dapat dicapai seandainya semua pihak memainkan peranan dan tugas masing-masing dengan baik.